Nasi Briyani Special - Arab Mari

>> 12 October 2011

rata-rata rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu sekarang ni pernah makan nasi briyani. tambah-tambah kat negara kita ni dilimpahi dengan restoran mamak dan nasi briyani ni antara menu wajiblah kalau kat restoran mamak. seingat aku, belum cecah lima kali lagi aku makan nasi briyani mamak...mahal ma.

ini apa yang aku nak kongsi. pasal nasi briyani - made by Arabian. mungkin lebih popular dengan nama nasi arab kot. aku pun tak pasti. kalau ikut dalam email yang aku dapat, tertulis nasi briyani. haha...  

kali pertama tengok gambar-gambar kat bawah ni, aku agak terkejut. biasa daging yang digunakan sebagai lauk, orang guna daging ayam, lembu atau kambing. kali ni guna daging lain. segar dari padang pasir...

subjek sedang dikejar untuk dijadikan lauk...
aku tak paham sangat apa maksud gambar-gambar ni...siap sarung selipar lagi tuh.
antara hasil tangkapan untuk hari tersebut...
subjek dibawa pulang untuk disembelih. bukan main masak gitu je...
keadaan setelah dibogelkan kulitnya. bahagian ekor diasingkan...
proses pemburaian organ dalaman lak...ekor yang diasingkan tadi dipotong pendek-pendek.
proses memasak bermula...
siap sudah...ada bran nak cuba?

kepada yang tak tahu, subjek yang dimasak tu bukan cicak, biawak atau buaya yang bersarang kat belakang rumah kita tuh. mungkin mereka sama spesies tapi mereka ni halal dimakan. subjek dikenali sebagi 'dhab'. mungkin lepas ni  aku buat entri dhab lak. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP