Hari-hari Malang Alex Ferguson Bersama Manchester United
>> 27 November 2011
Sir Alex Ferguson menyifatkan kekalahan kepada Manchester City pada 23 Oktober 2011 sebagai hari terburuk untuk pasukannya yang telah dibimbing selama 25 tahun. Terdapat beberapa lagi perlawanan lain yang akan sentiasa menjadi igauan buat Manchester United dan penyokong-penyokong mereka termasuklah aku.
Man City 5 - 1 Man Utd (23 September 1989)
Sebelum ini, kali terakhir United dimalukan City adalah di Maine Road. Gol City dijaringkan oleh David Oldfield (2), Trevor Morley, Ian Bishop dan Andy Hinchcliffe manakala gol saguhati United dijaringkan oleh Mark Hughes. Kedua-dua pasukan menamatkan musim di kedudukan bottom half - dijarakkan sehingga 31 mata daripada tempat teratas.
Title winners: Liverpool
Man Utd 1 - 4 QPR (1 Januari 1992)
QPR mengejutkan Old Trafford dengan mendahului 2-0 dalam masa lima minit melalui Andy Sinton dan Dennis Bailey. Bailey mengukuhkan kedudukan kepada 3-0 dalam separuh masa kedua dan melengkapkan hatriknya selepas Brian McClair merapatkan kedudukan dengan satu gol untuk United. Kini, QPR dimiliki oleh Tony Fernandes. Tauke syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Title winners: Leeds
Newcastle 5 - 0 Man Utd (20 Oktober 1996)
Pengurus Newcastle, Kevin Keegan memastikan skuadnya mengalahkan United di St James' Park. The Magpies telah kehilangan Perisai Komuniti dengan kekalahan 4-0 pada awal musim. 5 jaringan ketika itu dijaringkan oleh Darren Peacock, David Ginola, Les Ferdinand, Alan Shearer dan Philippe Albert.
Title winners: Man Utd
Southampton 6 - 3 Man Utd (26 Oktober 1996)
Seminggu selepas dimalukan di St James' Park, United terperangkap lagi. Selepas Eyal Berkovic memberikan Saints pendahuluan awal, Roy Keane telah diarah keluar padang dan Saints mengambil kesempatan dengan hatrik daripada Egil Ostenstad dan jaringan berikutnya daripada Berkovic dan Matt Le Tissier. David Beckham, David May dan Paul Scholes merapatkan kedudukan untuk pasukan pelawat.
Title winners: Man Utd
Chelsea 5 - 0 Man Utd (3 Oktober 1999)
Penjaga gol United, Massimo Taibi membenarkan gawangnya dibolosi Chelsea pada minit pertama permainan hasil jarigangan Gus Poyet. Selepas jaringan itu, tuan rumah tidak memberi ruang lansung kepada United dan rekod tanpa kalah United dalam 29 perlawanan sebelum ini berakhir begitu saja. Harapan United berakhir apabila Nicky Butt telah diarah keluar padang. 4 gol Chelsea yang berikutnya dijaringkan oleh Poyet, Chris Sutton dan Jody Morris termasuk 1 gol sendiri Henning Berg.
Title winners: Man Utd
Man Utd 1 - 4 Liverpool (14 Mac 2009)
Cristiano Ronaldo berjaya meletakkan United mendahului pada minit ke-23 tetapi jaringan Fernando Torres dan Steven Gerrard (penalti) selepasa itu mula mengubah keadaan. Nemanja Vidic dilayangkan terus kad merah 15 minit sebelum berakhir perlawanan. Pasukan pelawat menggunakan kelebihan itu untuk mendominasi permainan dan berjaya menambah jaringan hasil daripada Fabio Aurelio dan Andrea Dossena. Aku rasa aku tengok perlawanan ni masa aku belajar di Kelantan dulu. Hampa giler masa tu...
Title winners: Man Utd
sebagai kenangan dan pengajaran untuk United dalam perlawanan-perlawanan mendatang, aku masukkan sekali highlight perlawanan menentang City di Old Trafford pada 23 Oktober 2011. namun itu bukan penghalang untuk menjuarai liga. sebab dalam kes-kes di atas ni, walaupun kena belasah teruk United masih boleh menang liga ma. itu pasal aku sokong Manchester United. mereka tak sembang kosong. haha...
sebagai kenangan dan pengajaran untuk United dalam perlawanan-perlawanan mendatang, aku masukkan sekali highlight perlawanan menentang City di Old Trafford pada 23 Oktober 2011. namun itu bukan penghalang untuk menjuarai liga. sebab dalam kes-kes di atas ni, walaupun kena belasah teruk United masih boleh menang liga ma. itu pasal aku sokong Manchester United. mereka tak sembang kosong. haha...
sumber : Mirror Football
0 komen:
Catat Ulasan