Siasatan Kes Ular Sawa Gergasi Malaysia
>> 11 November 2011
aku yakin ramai yang dah pernah tengok gambar di bawah ni. kelihatan seekor ular sawa gergasi yang digantung pada sebuah jengkaut ataupun aku panggil kapal korek. tak silap aku, kali pertama aku tengok gambar ni melalui handphone membe aku beberapa tahun lepas...
...sambil dok tayang gambar kat aku, sambil tu jugalah dia bercerita pasal ular ni. lepas dapat satu email baru-baru ni, aku teringat cerita ular ni tapi apa yang aku pernah dengar sebelum ni berbeza dengan apa yang aku baru jumpa dalam internet.
tahukah korang sebenarnya banyak lagi cerita pasal gambar ular gergasi ni? ini antara apa yang aku dah jumpa.
*****
Lahad Datu:
Kisah penemuan ular sawa gergasi dari spesis ular sawa batik oleh kontraktor yang menjalankan pembersihan pembukaan kawasan tanah di Jalan Dam. Ular itu dipercayai mati apabila kepalanya terkena jengkaut yang digunakan di situ. Namun begitu kesahihan perkara ini tidak dapat disahkan kerana perkara itu dikatakan berlaku pada bulan Febuari dan berita tentang kejadian ini hanya diperolehi daripada maklumat orang ramai yang pernah menyaksikan gambar tersebut.
Kontraktar yang dikatakan menjumpai ular ini telah berhenti dari menjalankan kerja-kerja pembersihan di sini dan digantikan oleh kontraktor yang baru dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Apa yang merisaukan orang ramai ialah mereka mempercayai yang masih ada pasangan ular tersebut yang mendiami kawasan tersebut walaupun perkara ini tidak dapat disahkan.
Ada khabar angin di facebook yang mengatakan ular tersebut telah berjaya dijual pada harga rm25000.
*****
info yang boleh kita dapat daripada entri di atas ni, kejadian berlaku di Lahad Datu. aku rasa macam tu la maksud penulis asal. Jalan Dam tu pun aku tak tau area mana...
*****
Pada bulan Ogos 2008, seekor ular sawa raksasa telah dibunuh kerana cuba menyerang seorang pemandu jentolak. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lepar Banjir, Paloh Hinai, Pahang. Terdapat perbincangan sensasi di forum lowyat mengenai kesahihan gambar ular raksasa tersebut. Pendapat kami, sudut pandangan yang diambil menyebabkan ular itu kelihatan lebih besar dari yang sepatutnya. Gambar ular tersebut juga telah disiarkan dalam The Star.
*****
untuk entri di atas ni, kejadian berlaku di Paloh Hinai, Pahang. dekat sangat dengan kampung aku. tak sampai sejam kalau nak pergi Lepar Banjir ni. cuma tak pernah lak dengar cerita pasal ular ni. dalam entri ni juga disertakan beberapa gambar lain. bolehlah masuk tengok...
cuba la gak klik link The Star ni. gambar yang sama turut dimuatkan dalam tu...tukang kirim gambar tu siap menag RM50 lagi...
cerita yang lebih kurang serupa boleh dijumpai dalam entri Ular Sawa Terbesar Dijumpai Di Hutan Pahang :) cuma dalam entri ni tidak dinyatakan lokasi spesifik kejadian. cuma entri dengan satu gambar macam kat atas sekali tu dan pesanan supaya jangan lari. haha...
*****
Photograph purporting to show a 55ft snake found in a forest in Malasia has become an internet sensation.
The thread claimed the snake was one of two enormous boas found by workers clearing forest for a new road. They apparently woke up the sleeping snakes during attempts to bulldoze a huge mound of earth.
"On the third dig, the operator found there was blood amongst the soil, and with a further dig, a dying snake appeared," said the post.
"By the time the workers came back, the wounded boa had died, while the other snake had disappeared. The bulldozer operator was so sick that he couldn’t even stand up."
The post claimed that the digger driver was so traumatised that he suffered a heart attack on his way to hospital and later died.
The dead snake was 55ft (16.7m) long, weighed 300kg and was estimated to be 140 years old, according to the post.
*****
entri di atas ni dalam bahasa Inggeris dan sumber asal entri ni pun mungkin daripada blog atau laman web luar negara. gambar ular gergasi sensasi Malaysia tersebar ke seluruh dunia. haha...kalau korang perasan ada ejaan Malasia dalam ayat mula-mula sekali. aku malas nak betulkan sebab nak kekalkan keaslian artikel. aku rasa tak de negara nama Malasia tu....Malaysia mungkin.
dalam banyak-banyak entri, entri ni paling berperisa sekali. siap dikaitkan dengan kematian sekali. tak tahu la tu...
cerita yang 100% sama macam membe aku pernah cerita dulu belum jumpa lagi. seingat aku, cerita dia lebih kurang macam kes yang berlaku di Pahang tu cuma lokasi je lain. dia cakap dulu kat Jengka kot...
satu lagi versi gambar. aku rasa gambar yang ni lebih asli kot. yang atas sekali tu macam dah kena crop je. tambah lak yang ni siap ada date and time stamp lagi - 04-Aug-08 09:23 kalau tak silap aku...
jadi, apa kesimpulan korang? atau mungkin ada nak tambah lagi satu cerita menarik ke? haha...
panjang ma entri ni...terima kasih kalau ada yang baca sampai habis. tarikh pun baik je - 11.11.11
0 komen:
Catat Ulasan