Selesai Sudah

>> 04 November 2011

aku malas nak citer sebenarnya. tapi sebab macam ada yang nak tahu aku citer la...kalau yang tertengok entri Rabu Yang Bisu #16 - Selesai Sudah, mesti perasan gambo aku ni. ni ha, aku kongsi banyak lagi gambo yang panas-panas. haha...

kita mula dengan apa yang berlaku di kampung aku pada 27 Oktober 2011 (Khamis). majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan di rumah untuk mendoakan perjalanan dan majlis perkahwinan yang akan berlansung berjalan dengan lancar.


tak jemput ramai orang pun. orang blok dan jiran dekat-dekat je. mak aku buat lepas asar...

menjelang esoknya, 28 Oktober 2011 (Jumaat), keluarga aku bergerak ke Selayang untuk majlis akad nikah abang sulung aku. masa ni aku tak de. aku kat Kuantan lagi...



merah semacam je mata mak aku...


itulah abang aku...



pada 29 Oktober 2011 (Sabtu), rombongan dari Felda Chini 3 menuju ke rumah pengantin perempuan di Selayang. masa ni baru aku turun...


dan-dan lak sampai kena tukar pakai baju melayu. aku ikutkan je la...mende bukan hari-hari kahwin. tak pakai nanti, mende dah buat. tapi masalah masa tu, tak de port nak tukar. aku salin dalam kereta je...


merah dan bertambah merah...


lagi satu mende yang aku ikutkan je la...tak pernah lagi dalam hayat aku buat mende ni. main tabur-tabur kat pengantin. tah macam manalah masa tu... 


rombongan dari kampung aku pergi naik bas. masa ni mereka dah nak bergerak pulang ke Pahang. pergi makan, pastu balik terus. memang layanlah tido dalam bas lepas tu kot... 


salah satu sebab aku tersadai lama kat situ. kena tunggu sesi bergambar dengan pengantin. tapi, abang aku sorang lagi tak de pun...


lepas tu, sementara menunggu untuk angkat hantaran daripada pihak pengantin perempuan, macam mana tah tanjak pengantin tu boleh ada atas kepala aku. aku rasa adik aku yang sarung. jadi, gaya sakai macam tu tak mungkin nak jadi pengantin kot. dan terjawab sudah soalan mereka yang bertanya tuh. haha...


aku gerak dari Kuantan dengan 2 orang membe aku ni. nasib baik dorang boleh tunggu sampai semua setel. dekat pukul 4 petang gak baru habis. ye la...malam tu final Piala Malaysia. tapi aku tak pergi tengok pun...


waktu malam diisi dengan membe-membe yang belajar kat sana. aku tido pun dalam UPM. dapat gak merasa masuk u. haha...gambo di atas masa pukul 4 pagi rasanya. tak de keje lepak KLCC masa tu.

tak de mende dah nak tulis...harap perkahwinan abang aku ni berkekalan la. orang cakap, makin murah rezeki lepas kahwin ni. harap-harap gitu la. satu keluarga boleh tumpang senang. hajat nak cari yang dekat-dekat je. tu pun kalau jumpa. kalau tak melekat, kena apply yang jauh gak la...

"awak, masa kita akan tiba!" haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP