Kita Tertipu! Dr. Haron Din Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas

>> 29 November 2011

Kisah Dato' Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Dr. Haron Din

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada umum. Berikut adalah penjelasan Dato' Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:


"Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu." – Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato' Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan. Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah SAW.

Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini. Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

Sumber: Kerana DIA...

Terkesima membawa maksud tercengang, termangu-­mangu atau hilang akal. Apa cerita? Adakah anda telah terkesima setelah mengikuti penjelasan di atas?

Serius, aku pernah dengar cerita yang Dr. Haron Din pindahkan jin menggunakan bas sebelum ini. Salah seorang penceritanya ialah cikgu sekolah rendah aku. Aku ingat lagi sampai sekarang sebab bagi aku cerita tersebut sangatlah 'cool'. Lebih malang lagi, cerita yang disampaikan turut diceritakan kepada kawan-kawan aku yang lain. Naya weh...

Siapalah yang buka cerita pasal ini dulu? Lawak pun ada, setepek terus kena kat muka. Selama tolak tambah hampir 10 tahun aku dengar cerita ni, rupa-rupanya cerita rekaan je...

Tapi takpe, Ustaz Haron Din tetap nampak 'cool' walaupun cerita dongeng yang didengari sebelum ini sedang disingkirkan daripada memori aku sekarang.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP