10 Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Malaysia

>> 08 Mei 2012

Ini merupakan 10 perkongsian foto seram dan aneh yang pernah diambil di Malaysia dan telah dikongsi dalam AmazingNara. Beberapa gambar mungkin telah diketahui akan kesahihannya. Aku sendiri pun malas nak mengadap semua gambar ini lama-lama. Kalau takut tak boleh tidur malam, anda dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan gambar-gambar ini. Tak pasal-pasal kencing malam atas tilam nanti. (kami=AmazingNara)

1. Hantu Budak Cina Plaza Tol
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada pihak akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan tanda hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan diambil selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat tempat kejadian. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta tetapi ketika rakan tadi melihat gambar yang diambil, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Menjenguk Di Tingkap
Gambar asal telah dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar ini menjadi terkenal selepas disiarkan dalam akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 lembaga di dalam gambar ini yang diambil oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun, keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar ini diambil di sebuah balai polis tinggal di sekitar Lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tiada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka menggunakan kamera berfilem. Sebenarnya pelajar tersebut bersama rakan-rakannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka namun lembaga ini muncul di bahagian tepi.

7. Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan pada lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar ini juga menjadi terkenal selepas disiarkan dalam akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja di dalam sebuah resort di Pahang dan telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar tahun 90-an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.

10. Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlakunya beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga telah disiarkan dalam akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian utara Semenanjung.

Dalam banyak-banyak kisah di atas, yang no. 4 je aku paling ambil tahu kot sebab aku memang lalu situ kalau nak balik kampung. Cerita yang lain, aku tak berapa nak carakan sangat. Apa pula cerita yang korang dengar dari gambar-gambar ini? Mana tahu ada cerita lain. Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Video di bawah mungkin boleh dijadikan kesimpulan kepada kita semua:

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP