Video Justin Bieber Hidu Durian

>> 15 Julai 2012

Jumlah pengikut dan peminat yang ramai menjadikan Justin Bieber salah seorang artis antarabangsa terkenal masa kini. Bila dah terkenal, duit pun banyak. Bila duit dah banyak, macam-macam benda boleh buat. Cuma, satu benda ni je yang dia fail - bau durian.


Raja Buah - durian, yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia sukar diterima oleh kebanyakan rakyat luar negara. Bukan setakat untuk makan, nak hidu baunya pun dah tak sanggup. Macam dalam video di bawah. Walaupun JB berjaya melalui 'cabaran' yang diberikan, jelas menunjukkan mereka 'jijik' dengan bau durian.


Mengikut sumber daripada YouTube, klip ini daripada rancangan MTV, Silent Library. Usia Justin Bieber ketika ini 15 tahun. Baru nak naik la kot.

Lantaklah nak kata bau durian busuk macam mana sekali pun, kami rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang durian. Setuju? haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP