Banner Raya Haji & Halloween Berjaya Megamall

>> 14 October 2012

Heboh sejak semalam berhubung isu poster besar menggabungkan Hari Raya Aidiladha dengan perayaan agama lain (Hallowen) yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.

Poster besar itu dikatakan dipasang di salah sebuah pasar raya besar di negeri Pahang iaitu di Berjaya Megamall Kuantan. Isu ini tersebar di halaman Facebook dan beberapa forum terkenal Malaysia.

KONGSA KONGSI
Raya Haji & Halloween 2012

Poster bertajuk Raya Haji and Halloween 2012 itu didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain. - MiLo SuaM

Atas inisiatif pihak tertentu yang telah berbincang dengan pihak terbabit, mereka telah berjaya menurunkan poster besar tersebut daripada menjadi tatapan umum. Tahniah diucapkan kepada mereka! Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jangan main redah je...malu weh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP