Apa Itu Selfie? Sampaikan Menjadi Perkataan Terbaik 2013

>> 27 November 2013

Apa itu selfie? Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuatnaik ke laman sosial.

KONGSA KONGSI

Perkataan ini telah diumumkan sebagai perkataan terbaik tahun 2013 oleh Oxford English Dictionary dan ia telah dimasukkan ke dalam kamus versi dalam talian mereka. Australia dipilih menjadi asalnya kata nama ini setelah penggunaan terawal perkataan "selfie" dikesan dalam pos forum Australia pada September 2002.

Paparan perkataan selfie boleh ditemui dalam Kamus Oxford versi dalam talian;

KONGSA KONGSI
"occasional selfies are acceptable, but posting a new picture of yourself every day isn’t necessary"

Selalunya, selfie akan diambil oleh empunya yang tampil kasual, samada ianya diambil dalam jarak kamera yang dipegang di tangan atau di dalam cermin. Bukan sahaja secara individu, selfie juga boleh diambil bersama orang lain selagi muat. Terserah bilangannya dan apabila ini berlaku ia dinamakan "selfie berkumpulan".

Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan selfie dengan "hashtag selfie" muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas digunakan pada 2012 apabila banyak media semakin menggunakannya. Ahli sosiologi dan kajian wanita, profesor Gail Dines menghubungkan perkara ini kepada kebangkitan budaya lucah dan idea bahawa "there's only one way to visibility, and that's f*ckability."


Rujukan:
Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Selfie,
Oxford Dictionary - http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/selfie,
Berita Harian - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Selfie_perkataanuniktahunini/Article/

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP