Ketaksuban Remaja Untuk Mendapatkan Selfie Terbaik

>> 27 Mac 2014

London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.

ketagih selfie
Danny Bowman
Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar. Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.

Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny. Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.

"Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri. Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa," kata Danny.

Kini, dia yang mula memuat naik 'selfie' di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa. Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.

Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar 'selfie' di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal. Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui 'like' atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya. Ia akan merosakkan sesiapa saja," katanya. - myMetro (23/03/2014)

Patut pun muka dan gaya macam Leonardo Di Caprio, idola dia rupanya. Nak kata buruk, tak juga mamat ni. Smart je gaya tapi dia punya ketagih kalah orang yang muka standard macam aku ni. Alhamdulillah, walaupun muka standard, aku tak punya tabiat untuk berselfie. Rasa-rasanya pun, makin senonoh muka, makin tinggi nafsu untuk berselfie.

ketagih selfie

ketagih selfie

ketagih selfie

ketagih selfie

Semua gambar termasuk yang di atas sekali diambil dari Mail Online.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP