Padah Bercium Dengan Kura-kura

>> 23 Mac 2014

Tindakan seorang pemilik kura-kura mencium haiwan peliharaannya sebagai simbolik selamat tinggal tidak disambut baik oleh haiwan tersebut. Ciuman mulut ke mulut itu berakhir seperti dijangkakan (oleh kebanyakan orang), apabila si kura-kura bertindak tidak melepaskan kucupan daripada pemiliknya.

gambar comolot

Gambar-gambar insiden telah dikongsikan oleh kawan-kawan mangsa, yang merasakan insiden ini terlalu kelakar untuk tidak dikongsi dengan dunia. Malah, mereka turut mengemaskini gambar kecederaan selepas 'kucupan' tersebut yang menampakkan bibir mangsa membengkak besar. Sudah tentu sakit!

gambar comolot

gambar comolot

gambar comolot

gambar comolot

Menurut sumber, kura-kura atau lebih tepatnya aligator snapping turtle itu akan dilepaskan daripada peliharaan lelaki berkenaan. Haiwan peliharaan eksotik sebegini memerlukan penjagaan rapi daripada pakar, dan rasanya lelaki dari wilayah Fujian, China ini bukanlah pakar yang dimaksudkan. Nasib baik, si amfibia tidak nekad untuk terus mengucup bibir lelaki berkenaan. Entah apa yang mereka lakukan untuk memisahkan pemilik dan kura-kura ini daripada terus berkucup?

Pautan: Oddity Central

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP