Ketahui Sebab & Rawatan Mati Pucuk

>> 06 March 2014

Definisi Mati Pucuk: Ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

mati pucuk

Sebab-sebab mati pucuk:
  • Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis).
  • Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan.
  • Kecederaan pada otak dan saraf tunjang.
  • Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah.
  • Kegagalan hati dan buah pinggang.
  • Penyakit Parkinson.
  • Angin ahmar.
  • Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku).
  • Kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Simptom:
  • Ketidakupayaan untuk memperoleh dan mengekalkan ketegangan.
  • Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks.
  • Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Komplikasi:
  • Kemurungan
  • Kebimbangan semasa hubungan
  • Masalah perkahwinan
  • Rasa rendah diri
  • Kualiti hidup rendah/kurang

Rawatan Bukan Ubat:

Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki dalam masalah ini seperti:
  • Berhenti merokok.
  • Mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Meningkatkan aktiviti fizikal.
  • Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
  • Pengurusan stres.

Rawatan Ubat-ubatan:

Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut.

Pencegahan:
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol.
  • Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima.
  • Cara hidup yang sihat.

Rehabilitasi:
  • Pengendalian stres.
Sumber: MyHEALTH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP