5 Binatang Kudung Dengan Kisah Tersendiri

>> 18 June 2014

Lima binatang ini tidak cukup anggota fizikal, namun mereka terpaksa mengatasi kekurangan diri masing-masing untuk meneruskan hidup. Mujur masih ada manusia yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menyayangi mereka kecuali hanya satu sahaja daripada lima yang hidup tidak bertuan. Ikuti kisah suka duka lima binatang kudung dalam mengharungi hari-hari mereka sebagai seekor binatang.

Faith - Mampu Berjalan Seperti Manusia

binatang/haiwan kudung
Faith
Faith, nama anjing berkaki dua yang dilahirkan pada Disember 2002 di Amerika Syarikat. Awalnya, dia mempunyai tiga kaki - dua kaki belakang yang normal dan satu kaki hadapan yang cacat, namun kaki yang cacat itu terpaksa dipotong ketika usianya tujuh bulan selepas ia mula "mengecut". Pemiliknya, Jude Stringfellow mengambil tugas menjaga Faith setelah ibu anjing tersebut mula menyisihkannya.

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

Di sebalik kekurangan itu, anjing betina ini mampu berjalan menggunakan dua kaki belakangnya seperti manusia. Faith menjadi popular sehinggakan sebuah buku berjudul "With a Little Faith" telah diterbitkan untuk berkongsi kisah hidup anjing istimewa ini. Selain itu, Faith dan pemiliknya, Jude Stringfellow, pernah menjadi jemputan dalam rancangan televisyen The Oprah Winfrey Show, The Montel Williams Show, Animal Attractions Television dan Ripley's Believe It or Not. Disebabkan menjadi perhatian media, anjing ini juga mempunyai laman webnya sendiri, malah turut mempunyai akaun MySpace (zaman dulu punya cerita), sudah tentu dikendalikan oleh tuannya. - Wikipedia

Motala - Mangsa Periuk Api Tinggal

binatang/haiwan kudung
Motala
Pada 1999, seekor gajah kehilangan salah satu kaki hadapannya selepas terpijak periuk api tinggalan daripada konflik yang berterusan di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar. Semasa kejadian, gajah betina bernama Motala ini dibiarkan penjaganya mencari makanan di hutan. Tuannya cuba untuk menyelamatkan kaki Motala daripada dipotong namun usaha tersebut gagal.

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

Pada 2006, Motala menerima kaki tiruan hasil bantuan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai alat bantuan sementara untuk membiasakannya berjalan semula sebelum ia dipakaikan kaki palsu kekal (permanent prosthesis) pada 2009. Memandangkan kaki palsu tersebut perlu dipadankan mengikut berat si gajah, ia dipastikan ditukar mengikut kesesuaian atau keperluan. Setakat tahun 2011, sudah tiga kali kaki palsu Motala digantikan. – Mail Online

Septimus - Kura-kura Beroda

binatang/haiwan kudung
Septimus
Semasa sedang berhibernasi di dalam tanah, di laman rumah pemiliknya, kedua-dua kaki depan kura-kura ini digigit tikus. Gigitan itu menyebabkan kaki depan Septimus, nama si kura-kura, berulat. Doktor haiwan menasihatkan pemilik Septimus menentukan samada kaki yang telah dijangkiti itu dipotong atau riwayat Septimus ditamatkan untuk kebaikan.

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

Pemilik Septimus, Darren Strand dan keluarga yang menjadikan reptilia ini sebagai haiwan peliharaan di rumah mereka di England mengambil keputusan supaya kaki Septimus dipotong. Untuk membolehkan Septimus boleh bergerak bebas, doktor haiwan memasang sepasang roda kecil sebagai pengganti kepada kaki depannya. – Funzug.com

binatang/haiwan kudung

Papepun, jangan sesekali cium kura-kura walaupun ianya haiwan peliharaan kesayangan anda. Ini kesannya!

Si Bao - Anjing Gelandangan China

binatang/haiwan kudung
Si Bao
Si Bao dulunya seekor anjing peliharaan. Selepas ditinggalkan tuan, ia hidup merempat di jalanan China dan telah terlibat dengan satu kemalangan. Ia dilanggar oleh sebuah keretapi laju, mengakibatkan ia kehilangan kedua-dua kaki belakangnya. Meskipun cacat anggota, semangat anjing betina ini kuat untuk membesarkan anak-anaknya.

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

Terdapat lebih 130 juta ekor anjing liar yang hidup di jalanan China, dengan Si Bao dan anak-anaknya hanya sebahagian kecil daripada populasi itu. Urbanisasi di China menyebabkan banyak keluarga berpindah ke kawasan bandar. Mereka tinggal di pangsapuri bertingkat tinggi yang mempunyai ruang terhad untuk haiwan peliharaan. Jadi, kebanyakan pemilik akan meninggalkan haiwan peliharaan mereka daripada membawanya tinggal bersama di kediaman baru.

Hero - Si Kucing Malaya

binatang/haiwan kudung
Hero
Peristiwa ini berlaku pada Mei 2005 dan ia pernah popular di Malaysia disebabkan satu video yang dimuat naik di YouTube selepas kejadian. Hero, seekor kucing malang telah dipotong kedua-dua kaki hadapannya sebelum dibuang di tepi longkang oleh pelaku yang tidak diketahui identiti. Menurut saksi, lelaki yang dipercayai sebagai pelaku datang menaiki kereta lalu membuang Hero ke kawasan berkenaan sambil menyatakan kucing itu pembawa sial dan sering mencuri makanan di kedainya.


Orang ramai yang berkerumun di tempat Hero ditinggalkan menarik perhatian seorang lelaki bernama Mohd Hairey Yahya yang singgah untuk membeli minuman di kedai runcit berhampiran. Dia bertindak menyelamatkan kucing malang itu dengan membawa Hero pulang ke rumah. Disebabkan masalah kewangan ketika itu, dia tidak mampu menghantar Hero mendapatkan rawatan di klinik. Dia sendiri yang merawat dan menjaga Hero di rumah.

binatang/haiwan kudung

binatang/haiwan kudung

Selepas lebih sebulan dirawat di rumah, keadaan Hero semakin pulih, namun payah untuk si kucing ini membiasakan diri hidup tanpa kedua-dua kaki hadapannya. Bertuah Hero mendapat tuan a.k.a. PapaHero (PH) yang begitu sayangkannya selepas itu. Pada September 2009, blog KAKIMOTONG diwujudkan. Ia merupakan medium untuk PH berkongsi kisah dan perkembangan Hero dengan pembaca. Apa yang aku kongsikan ini pun, diringkaskan daripada blog tersebut. Harap maklum!

Untuk makluman, Hero mati pada 24 November 2013 yang lalu.

binatang/haiwan kudung
Untuk maklumat lanjut, lawati blog di atas.

Kisah-kisah di atas datangnya berasingan sebelum dikumpulkan dalam satu entri ini. Bertahun-tahun tersimpan dalam inbox. Alhamdulillah, siap juga. Semoga kita mendapat inspirasi dalam mengharungi pahit getir kehidupan seterusnya sayang menyayang antara makhluk ciptaan Tuhan.

Penyokong mana-mana team yang kena belasah dalam Piala Dunia 2014, cool beb! Masih ada harapan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP