Top 10 Physically Modified People

>> 31 Mei 2011

Ini antara 10 spesies orang yang aku nak kongsi. Mungkin mereka tak mampu nak beli motosikal atau kereta. Tapi jiwa mereka jiwa modify. Nak tak nak, mereka terpaksalah buat kat diri sendiri. Macam-macam pesen ada...

***********
10. Leopard Man

Kisah Disebalik Gambar Itik

>> 29 Mei 2011

Sebelum ni, aku pernah guna gambar itik di bawah dalam entri Kisah-kisah Makan Orang. Disebabkan entri itu berunsur kejam sikit, aku nak menggambarkan kekejaman ibu itik ini yang seperti sengaja melupuskan anak-anaknya ke dalam longkang.

gambar itik

Tiga scene di atas ni je aku pernah tengok. Sebenarnya ada sambungannya lagi. Rasa bersalah pula sebelum ni tuduh ibu itik itu kejam. Mungkin ini kali pertama si ibu membawa anak-anaknya masuk bandar. Tu yang tak biasa tu kot.

Ini sambungan kisah ibu itik dengan anak-anaknya...

KL Gangster vs. KL Hamster

>> 28 Mei 2011

hari tu time tengok kongsi, sempat gak tengok trailer kl gangster ni kat panggung. gaya macam memang ganas habis ma. tak tau la kalau menghampakan macam kongsi gak ke. tapi aku rasa filem ni ok kot. sebab aku tengok filem syamsul sebelum ni boleh pakai gak. cuma mungkin orang tak berapa suka tengok mamat ni berlakon. mungkin...

kat bawah ni trailer filem kl gangster tersebut. keluar kat panggung 9 jun 2011 ni. rasanya aku masih bergaji lagi time tu. boleh la tengok. huhu...


dalam keghairahan menunggu filem ni keluar, aku terjumpa kewujudan satu video parody ni yang telah dikongsi oleh membe aku kat facebook. dengan tajuk kl hamster je buat aku rasa nak tengok video mende pe la ni...

Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian

>> 27 Mei 2011

Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Hari-hari Tanpa Air Di Kuantan

>> 25 Mei 2011

ni dah masuk hari kedua dah kot tak de air kat Kuantan ni. dengarnya satu Bandar Kuantan tak de air. kat rumah sewa aku pun nasib baik ada baldi. dan la tadah air untuk mandi pagi tadi. cukup syarat je. huhu…

kat office agak menyeksakan hari ni. air tank kat level aku dah habis. kebiasaannya, pagi-pagi aku buat air milo. kedai makan yang terdekat pun pakat tutup belake. masing-masing gi sembahyang zohor kat masjid. tu pun nyaris-nyaris je kat masjid tak de air gak. air untuk ambil air sembahyang je ada. kat tandas dah kering…

tambah lak, aku nak gi makan tengahari tadi nampak budak polisas tengah konvo. macam mana la keadaan dalam tu. cuaca panas ngan pakai jubah lagi. aku pun tak tau pe yang dorang rasa sebab konvo aku dulu pun aku tak pergi. tapi nampak dorang semua tadi happy je. kalau nak terkencing payah gak tu. tapi sekarang ni dah ada lampin untuk orang dewasa. aku pikir posotif je la…

berikut ni petikan artikel dari Pahang Daily Online:

Tiada Kata Secantik Bahasa

>> 24 Mei 2011

aku selalu kongsi lagu yang aku suka dengar dalam blog ni. pernah dengar lagu Tiada Kata Secantik Bahasa? dah lama gak naik kot. aku kenal lagu ni pun sebab Monoloque. untuk lagu ni aku nak kasi panjang sikit sebab banyak mende yang aku baru tau and jumpa. huhu...


lagu ni adalah nyanyian asal daripada P Ramlee di dalam filem Anakku Sazali. sebelum ni aku memang tak pernah tau pun P Ramlee ada nyanyi lagu ni. rasanya memang pernah layan Anakku Sazali tapi tak ingat sebab time tu aku kanak-kanak lagi...

10 Lapangan Terbang Paling Berbahaya

>> 21 Mei 2011

lapangan terbang @ airport

Tahu tak apa itu lapangan terbang? Dalam bahasa Inggerisnya disebut airport. Aku belum pernah jejakkan kaki lagi ke airport, apatah lagi naik kapal terbang. Tengah simpan impian untuk terbang juga suatu hari nanti. Sementara menunggu impian untuk terbang itu tercapai, moh kenal dulu beberapa lapangan terbang yang boleh dikatakan paling berbahaya di dunia. Ada 10 semuanya.

1. Lukla Airport
Nepal
lapangan terbang @ airport

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

>> 19 Mei 2011

Sufyan Atsauri berkata,  "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
  4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
  6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu."

Kerana Bulu

>> 17 Mei 2011

pernah tengok budak ni? kalau tak silap aku citer budak ni penah keluar kat astro channel nat geo or discovery. kalau tak silap la...moh baca sikit pasal budak istimewa ni. artikel kat bawah ni merujuk kepada sumber asal kat SINI!


Guinness Book of Records telah menobatkan seorang gadis sebelas tahun dari Thailand sebagai "World's Hairiest Girl."

Supatra Sasuphan telah hidup dalam penderitaan disebabkan kanak-kanak lain yang menggelarnya 'wajah monyet', 'gadis serigala' dan gelaran mengerikan yang lain. Kini semua itu berubah dan kemasyuran yang baru ditemuinya telah membuat dia sangat popular di sekolah.

Baju Hujan GIVI

>> 14 Mei 2011

cuaca tak berapa menentu sejak kebelakangan ni. kadang-kadang panas giler, kadang-kadang tu hujan. dalam dua tiga hari ni, hujan selalu turun selepas jam 12 malam sampai ke pagi. macam hari ni, pagi tadi hujan gak. tapi tak pe, aku ada baju hujan (mintak maap la, naik moto je) untuk ke office. no hal la. huhu...

sebijik macam ni...
***********
kat office...lingkungan jam 3.30 petang, aku selalu turun untuk keluar hisap nusantara hijau (satu jenama rokok antarabangsa tapi murah je). rasanya tak pernah lagi tak hisap rokok masa waktu pejabat. duduk kat luar office, dapat la tengok kereta lalu lalang depan tu. ada gak mat-mat despatch yang selalu hantar barang time gitu...

LELAGU : Kasabian - Underdog

>> 11 Mei 2011



LIRIK : Kasabian - Underdog

Kill me if you dare, hold my head up everywhere
Keep myself right on this train
I'm the underdog, live my life on a lullaby
Keep myself riding on this train
Keep myself riding on this train

Love in Technicolor sprayed out on walls
Well, I've been pounding at the pavement till there's nothing at all
I got my cloak and dagger in a bar room brawl
See the local loves a fighter, loves a winner to fall

Feels like I'm lost in a moment
I'm always losing to win
Can't get away from the moment
Seems like it's time to begin

Kill me if you dare, hold my head up everywhere
Keep myself right on this train
I'm the underdog, live my life on a lullaby
Keep myself riding on this train
Keep myself riding on this train

It don't matter, I won't do what you say
You've got the money and the power, I won't go your way
I can't take from the people, they don't matter at all
I'll be waiting in the shadows till the day that you fall

Feels like I'm lost in a moment
I'm always losing to win
Can't get away from the moment
Seems like it's time to begin

Kill me if you dare, hold my head up everywhere
Keep myself right on this train
I'm the underdog, live my life on a lullaby
Keep myself riding on this train

Tell me if you're down, throw your weapons to the ground
Keep myself right on this train
Hey bird you're on the wire, sold yourself for another one
Keep myself riding on this train
Keep myself riding on this train

APAN dapat kat SINI!

Makan Malam

>> 09 Mei 2011

"Awak nak balik pukul berapa ni? Dah-dah la tu kerja. Balik la awal sikit ye. Saya dah masak untuk awak malam ni. Saya masak masakan kegemaran awak. Cepat balik tau. Nanti boleh makan sama-sama…lagipun, ni kan malam Jumaat."

"Baik Lisa, sikit je lagi ni. Perut pun lapar gak sekarang ni. Awak pun tau kan saya ni draftsman je. Kena la cari duit lebih sikit. Anak-anak dah tidur ke?"

"Dah la awak. Adik asek dok tanya je bila awak nak balik. Ok…saya tunggu awak tau. Assalamualaikum."

"Ok dear…Waalaikummussalam."

Tanpa berlengah, Afhan terus pulang ke rumah. Panggilan isterinya Lisa menyedarkan yang jam telah menunjukkan pukul 10 malam.

Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia

>> 03 Mei 2011

8 kes berikut merupakan antara himpunan kes kelahiran pelik yang pernah berlaku di dunia. Sebahagiannya sukar untuk diterima akal sebab aku sendiri pun rasa macam tak masuk akal. Cuba korang pula yang baca. Tengok, masuk ke tak ke akal korang...

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 Mei 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walau bagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7 kg.

Minat Yang Tak Diundang

>> 02 Mei 2011

APAN menambah : sebelum tu aku nak bagitau dulu...entri ni agak panjang daripada biasa. kalau takut bosan hentikan pembacaan anda kat sini. kalau korang dah baca entri aku sebelum ni kat SINI dan SINI  korang boleh paham la kot...abaikan kekalahan man utd di tangan arsenal malam tadi. hidup perlu diteruskan. huhu...

***********
erm…masa ada laptop sebelum ni, tiap-tiap malam rasa nak online. teruja je rasa nak buka blog. nak tengok komen baru, follower baru, nak balas jejak yang dikesan dalam shoutbox, nak gi baca entri baru membe blog dan macam-macam lagi la pasal blog. memang semangat la time tu…

bila sebulan terbiasa hidup tanpa laptop, semangat berblog macam dulu dah berkurang. macam tak sampai hati je nak tinggal habit yang aku buat selama sebulan tu. biarpun ada habit tu nampak bodoh dan pelik sikit, aku buat gak sebab memang aku tak tau nak wat pe dah time tu. kesumbatan yang teramat. sampaikan aku pernah start moto aku tapi tak tau nak ke mana. aku pusing-pusing bandar kuantan jap sambil cucuh rokok sebatang dan akhirnya balik kat rumah semula. dah la pusing jalan sama je. tak pe la, janji ada inisiatif untuk mengelakkan aku daripada terbunuh diri sendiri. haha…

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP