I'm Sorry
>> 26 April 2011
Bro…aku nak minta maaf kat kamu. Aku pun tak sure apa salah aku kat kamu sampai aku kena minta maaf. Dan kamu pun kena minta maaf kat aku sebab kamu memang ada buat salah. Haha…
Sebagai seorang manusia yang menganggap kamu sebagai seorang membe, expectation aku kat kamu lagi tinggi berbanding expectation aku kat orang lain. Sebab ada unsur kepercayaan dalam hati aku yang sedikit berbunga semenjak kebelakangan ni. Kalau kamu jadi aku, kamu akan rasa mende yang sama gak kot. Mungkin…
Senang citer, kamu janji semingggu. Ni dah sebulan ma. Biarpun pada ketika itu, tak de pun ayat “aku janji…bla…bla…bla…” tapi aku dah anggap kata-kata kamu tu dah macam janji ma. Bukan salah aku sebab aku manusia biasa je yang terbiasa mengharap ngan kata-kata membe. Haha…
Tapi bila dipikir balik, kamu pun manusia biasa gak. Mungkin terbiasa berjanji bila berkata-kata. Kita boleh cakap apa kita nak buat esok tapi kita tak boleh nak tentukan apa yang akan jadi esok. Jadi, aku mencuba untuk menjadi positif dalam hal ni tapi malangnya aku gagal bro…
Penantian aku selama sebulan tanpa laptop ni sudah tidak dapat dikawal lagi. Tah apa berita la laptop aku sekarang. Aku mesej kamu, kamu enggan balas. Jadi, petang tadi aku singgah beli laptop baru. Dapat la aku siapkan entri ni…
Sangap ma. Haha...
0 komen:
Catat Ulasan