Rabu Yang Bisu #20 - Ayam Mengidam Cacing

>> 30 November 2011

Kita Tertipu! Dr. Haron Din Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas

>> 29 November 2011

Kisah Dato' Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Dr. Haron Din

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada umum. Berikut adalah penjelasan Dato' Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:

Satu Cerita - Mak Apan Hilang

pernah dulu aku google nama sendiri - APAN, sebab nak tengok result apa yang keluar. antara result yang pernah keluar masa tu termasuklah satu story ni. tapi aku tak pernah baca sampai habis pun sebelum ni...

baru-baru ni, membe office aku forward story tu ke aku. siap tukar nama tempat dalam story tu kepada nama kampung aku. masa ni baru aku rajin nak baca sampai...

*****
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit-sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai. Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

Bekas Skinhead Jalani 25 Pembedahan Selama 16 Bulan Untuk Buang Tatu

>> 28 November 2011

Tatu yang menutupi muka seorang lelaki menunjukkan kebencian dan perkauman yang pernah wujud di dalam dirinya. Bryon Widner adalah salah seorang samseng skinhead kulit putih Amerika yang yang paling ganas dan terkenal, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada tatu yang banyak di bahagian mukanya. Selepas meninggalkan kumpulan skinhead, dia masih gagal mencari pekerjaan kerana keadaan mukanya yang bertatu. Dia mengambil keputusan untuk menjalani satu proses panjang dan rumit untuk menghilangkan tatu di wajahnya dengan harapan dapat memulakan satu kehidupan baru.


Hari-hari Malang Alex Ferguson Bersama Manchester United

>> 27 November 2011

Sir Alex Ferguson menyifatkan kekalahan kepada Manchester City pada 23 Oktober 2011 sebagai hari terburuk untuk pasukannya yang telah dibimbing selama 25 tahun. Terdapat beberapa lagi perlawanan lain yang akan sentiasa menjadi igauan buat Manchester United dan penyokong-penyokong mereka termasuklah aku.

Man City 5 - 1 Man Utd (23 September 1989)


The Have-Nots vs Billy Joel - We Didn't Start The Fire

>> 25 November 2011

The Have-Nots...sebuah band yang banyak memainkan lagu penyanyi atau band lain aka cover. dalam banyak-banyak video yang di-upload di YouTube, ada satu video yang best bagi aku. sebab video ni mereka dah ubah lirik kepada versi Malaysia. aku tahu ni pun sebab ada membe share di facebook...

cubalah layan. macam-macam perkataan keluar. boleh buat lagu subjek sejarah dah kot. haha...



Ujian Dara Untuk Gadis Di Irian Jaya

>> 24 November 2011

Di Irian Jaya iaitu berdekatan Kepulauan Papua, masih diamalkan adat nenek moyang dengan mengadakan ritual ujian dara bagi gadis-gadis di kampung tersebut. Gadis yang masih dara akan ditandakan dengan cat putih dan menerima sijil sebagai bukti mereka masih dara. Mereka berpeluang untuk mendapat lelaki dari kalangan orang yang baik-baik...


Rabu Yang Bisu #19 - Gambar Biru

>> 23 November 2011

Luaran Bukan Ukuran

Jangan ingat anda bagus sangat...


Mungkin anda paling ditakuti oleh orang lain...

Tahniah Harimau Muda!

>> 22 November 2011

dua orang hero kita yang bermain dengan cemerlang...

Kalau Besar Sangat Pun Payah Gak

Las Vegas: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.

Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Kursus Kahwin Di Masjid Sultan Ahmad Shah

>> 21 November 2011

dulu, masa kolej aku anjurkan kursus kahwin aku tak pergi. konon-kononnya ganas sangatlah masa tu. padahal dah bayar sekali yuran masa awal semester kot. alasan aku masa tu, banjir...malas nak berbaju Melayu meredah air banjir pergi kursus kahwin.

bila dah kerja ni, kesedaran untuk pergi tu timbul disebabkan membe office aku ajak. lagipun elok pergi berteman daripada pergi sorang-sorang je nanti. nak tak nak isi je la borang dan bayar RM80. lagi pun aku dengar tempoh kursus kahwin lepas ni mungkin akan makan masa seminggu. bila waktu kursus semakin panjang, automatik yuran kursus pun meningkat. aku rasa eloklak kalau pergi kursus kahwin awal-awal.

Sukan SEA 2011 - Selamat Berjaya Skuad Bola Sepak Malaysia!

nak tulis apa ni? macam dah lama tinggal je blog ni. aku hajat nak kongsi video di bawah ni je. cambes lak kalau tengok sempena Perlawanan Akhir Bola Sepak Suka SEA di Indonesia yang menemukan pasukan tuan rumah dengan pasukan Malaysia malam nanti...



Petua Rasulullah SAW Buat Yang Menghidap Penyakit Kronik

>> 17 November 2011

Sekiranya kita mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakaat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah SAW;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Kisah Nobita Dan Sizuka Yang Tiada Dalam TV/Komik

Pada suatu malam di depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu...Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe...

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah...betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe...

Mereka pun menuju ke i-City...

Rabu Yang Bisu #18 - Pisang Yang Jahat

>> 16 November 2011

Ular Telan Biawak

These pictures were taken by one of the Main Roads road crew at Cooyar (North of Toowoomba, QLD) last week. It took a total of 5 hours for the snake to finish off the Goanna. As you can see, they put some signage up so it couldn't be run over.


Surat Khabar Sama Dalam Drama Dan Filem Hollywood

>> 15 November 2011

mengikut sumber, jika kita selalu sangat menonton drama dan filem hollywood, kita mungkin boleh perasan terdapat prop yang sama digunakan berulang-ulang kali di dalamnya. disebabkan aku bukan 'selalu sangat' menonton, jadi aku tak pernah dan tak rajin untuk perasan mende-mende gini. 

ini beberapa drama dan filem hollywood yang telah berjaya dikesan menggunakan surat khabar atau paper yang sama.

Back to the Future

Bridgette Jordan - Wanita Terkecil Di Dunia

>> 14 November 2011


Wanita paling kecil di dunia berasal dari Illinois, Amerika Syarikat. Ketinggiannya hanya 69 cm dan ia telah tercatat di dalam Guinness Book of Records.

Review Immortals : Kisah Purba Ganas

>> 13 November 2011

aku ada baca review filem Immortals ni di HafizRahim.Com. tak tau pun ada tayang filem ni kat panggung. lepas baca review dalam tu, rasa cambes je kalau dapat tengok. dan-dan sorang membe aku ajak keluar mencari barang. lepas setel barang, aku try cucuk membe aku tengok citer Immortals ni...

lepas habis tengok baru aku tau citer ni daripada penerbit 300. tu pasal aksi dalam tu style semacam je. yang dah tengok 300 mesti tau macam mana aksi dalam tu dan dalam citer ni pun aksi yang lebih kurang sama turut diselitkan. terpancut-pancut darah keluar dan aku rasa ada scene yang mungkin telah dipotong.

lagi, citer ni berunsur ketuhanan atau kedewaan. dia punya tagline dalam poster pun, The Gods Need A Hero. kalau tak baca sinopsis sebelum pergi tengok mungkin payah sikit nak paham jalan citernya. jadilah macam aku nanti. haha...

Penyakit Dan Ubat Pada Sayap Lalat

>> 11 November 2011

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
(Riwayat al-Bukhari)


Kemusykilan

Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Siasatan Kes Ular Sawa Gergasi Malaysia

aku yakin ramai yang dah pernah tengok gambar di bawah ni. kelihatan seekor ular sawa gergasi yang digantung pada sebuah jengkaut ataupun aku panggil kapal korek. tak silap aku, kali pertama aku tengok gambar ni melalui handphone membe aku beberapa tahun lepas... 


...sambil dok tayang gambar kat aku, sambil tu jugalah dia bercerita pasal ular ni. lepas dapat satu email baru-baru ni, aku teringat cerita ular ni tapi apa yang aku pernah dengar sebelum ni berbeza dengan apa yang aku baru jumpa dalam internet.

Berhati-hati Ketika Bergambar Bersama Monyet!

>> 10 November 2011

peringatan untuk awek-awek yang suka tayang tubuh kepada umum. ini mungkin salah satu akibat daripada tindakan anda. bukan setakat orang je, monyet pun jadi tak duduk diam...

kononnya nak berjinak-jinak dengan monyet...

Rabu Yang Bisu #17 - Apam Balik Pondan

>> 09 November 2011

Dalam 10 Cakap 1 Nombor

bes gak layan video youtube kat bawah ni. entah betul-betul wujud ke tak la lagu ni. belum pernah pun tengok dalam tv sebelum ni. mungkin aku tak perasan kot...



Gambar Artis Barat Sebelum Dan Selepas Repair Gigi

>> 08 November 2011

Tom Cruise

Bila Diri Overconfident Semasa Bergambar

>> 05 November 2011

Entah macam mana membe aku boleh forward email yang mempunyai attachment seperti gambar-gambar di bawah ni. Memang pelik taste orang KL sebab membe aku yang forward ni kerja kat sana. Bagi aku inilah kesan bila diri overconfident semasa bergambar. Parok sangat gayanya. haha...


9 Siti Yang Patut Dicontohi

1) SITI KHADIJAH
Merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak baginda. Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, serta sanggup menghantar makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

2) SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah s.a.w yang amat tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Saidina Ali Karamallahu wajhah. Walaupun Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali, namun Siti Fatimah tidak pernah merungut. Rasulullah pernah berkata, "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu."

Selesai Sudah

>> 04 November 2011

aku malas nak citer sebenarnya. tapi sebab macam ada yang nak tahu aku citer la...kalau yang tertengok entri Rabu Yang Bisu #16 - Selesai Sudah, mesti perasan gambo aku ni. ni ha, aku kongsi banyak lagi gambo yang panas-panas. haha...

kita mula dengan apa yang berlaku di kampung aku pada 27 Oktober 2011 (Khamis). majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan di rumah untuk mendoakan perjalanan dan majlis perkahwinan yang akan berlansung berjalan dengan lancar.

Sebab Jari Kecut Apabila Basah

>> 03 November 2011

Antara sebab jari kita menjadi kecut apabila basah adalah kerana ia menyerap terlalu banyak air. Menurut Mark Changizi, ahli neurobiologi dari Lab 2AI di Boise, Idaho, hujung jari manusia perlu berkerut atau kecut, sebagai bentuk adaptasi yang membantu manusia memegang dengan erat ketika tangannya licin kerana basah.

Penjelasan yang masuk akal. Bayangkan ketika berada di kolam renang, kita tergelincir dan tidak dapat keluar dari kolam kerana jari kita tidak dapat memegang tangga. Bahaya bukan?

Jangan Menggaru Kemaluan Dalam Kelas!

Menggaru…memang nikmat kalau kena tepat pada sasarannya. Macam yang pelajar di bawah ni buat.


Rabu Yang Bisu #16 - Selesai Sudah

>> 02 November 2011

Pencakar Bumi Bandar Mexico

Para arkitek telah mereka 'pencakar bumi' 65 tingkat yang luar biasa di mana ia menjunam 300 meter ke dalam tanah. Piramid terbalik yang menakjubkan di tengah-tengah Bandar Mexico ini direka kerana kekangan had ketinggian untuk bangunan baru di ibu negara tersebut. Bangunan bawah tanah ini akan dibahagikan kepada empat bahagian - rumah, kedai dan muzium masing-masing akan diperuntukkan 10 tingkat, manakala 35 tingkat lagi diperuntukkan untuk pejabat.

senibina unik
Dalam: 'Pencakar bumi' 65-tingkat ini direka menjunam 300 meter ke dalam tanah di bawah Bandar Mexico.

Penyamun Berparang Gagal, Namun Tiga Beranak Ditetak

>> 01 November 2011

KUALA LUMPUR: Bagaikan telur di hujung tanduk. Itu perumpamaan bagi menggambarkan nasib tiga beranak yang ditetak bertubi-tubi dua penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Rabu lalu.


  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP