Gali Terowong Bawah Tanah Untuk Curi Duit Dalam ATM

>> 30 Januari 2012

Sekumpulan pencuri menghabiskan masa selama enam bulan menggali terowong untuk mencuri wang dari sebuah mesin ATM (automatic teller machine). Kumpulan itu telah menggali terowong sepanjang 100 kaki (30 meter) melalui bawah tempat letak kereta dan sebahagian daripada kedai video di Manchester, England. Mereka memasang lampu dan penyokong dinding serta dipercayai telah menggerudi lubang-lubang kecil ke dalam lantai kedai untuk pemasangan kamera kecil bertujuan untuk pemantauan.


Review Journey 2: The Mysterious Island

Kelapangan dan kebosanan di hujung minggu dikesempatkan dengan aktiviti tengok wayang di ECM. Pembacaan review Underworld: Awakening, yang kurang memuaskan di beberapa blog menyebabkan Journey 2: The Mysterious Island terpilih untuk dijadikan bahan tontonan. Rabak sikitlah sebab cerita ni 3D. Harga sudah tentu mahal sikit.

Sinopsis: Sebuah filem kesinambungan daripada filem hit 2008 "Journey to the Center of the Earth", filem "Journey 2: The Mysterious Island" bermula apabila Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri yang disangka tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan yang pelik dan banyak rahsia yang menakjubkan di sana. Selepas gagal menghalang Sean meneruskan niat untuk pergi ke pulau tersebut, Hank (Dwayne Johnson) menyertai usaha anak tiri barunya itu. Bersama-sama dengan juruterbang helikopter (Luis Guzman) dan anak perempuan yang cantik (Vanessa Hudgens), mereka berlepas untuk mencari pulau itu. Mereka berusaha menyelamatkan satu-satunya penghuni tunggal di pulau itu dan bekerjasama keluar sebelum pulau itu tenggelam bersama dengan khazanahnya buat selama-lamanya.

6 Hubungan Aneh Antara Binatang

>> 28 Januari 2012

Sudah banyak gambar dan artikel yang boleh dijumpai mengenai hubungan aneh antara binatang. Dalam banyak-banyak yang diperolehi, ada 6 kes yang ingin aku kongsikan di sini. Semuanya bukan berlaku secara semulajadi. Setiap kes ada unsur campur tangan manusia di atas sebab-sebab tertentu. Kalau tak, mustahil hubungan kebinatangan seperti ini boleh terhasil sendiri kot.

Kucing Betina Dan Tikus Jantan (2002)

Auan dan Jeena. Jilat-jilat ada makna ke tu?

Auan, seekor kucing betina yang berusia 7 tahun berkongsi hidangan dengan Jeena, seekor tikus jantan berusia 3 tahun. Gambar diambil di sebuah rumah seorang petani di tengah wilayah Phichit, 281 kilometer utara Bangkok pada 7 Ogos 2002. Pemilik haiwan ini berkata Auan berjumpa Jeena tiga tahun lalu dan kemudian mereka menjadi rakan sepermainan.

Petua Mengatasi Insomnia/Masalah Tidur Cara Islam

>> 26 Januari 2012

Insomnia adalah masalah untuk tidur atau sentiasa terjaga sepanjang malam. Ia boleh berlaku secara berkala/jangka pendek (boleh mencecah 3 minggu) atau berpanjangan (kronik).

Aku ada tengok satu filem, The Machinist. Daripada filem ni baru aku tahu serba sedikit tentang insomnia. Mamat hero tu mengalami insomnia tahap kronik. Bila nak sampai ke penghujung baru aku tahu mamat tu lama giler tak tidur. Daripada sinopsis yang aku baca ni, setahun dia kena insomnia. Tak peliklah rupa dia berubah sampai macam tu sekali.

Kesan insomnia yang boleh dilihat dalam filem The Machinist.

Jumpa Kembali Cincin Kahwin Selepas 16 Tahun Hilang

Seorang wanita Sweden telah menemui cincin perkahwinannya pada sebatang lobak merah yang sedang membesar di kebunnya. Cincin itu dikatakan telah hilang 16 tahun yang lalu iaitu pada 1995 dan telah dijumpai pada penghujung 2011 lalu.

Lobak bercincin.

Puan Paahlsson dan keluarganya tinggal di sebuah ladang berhampiran Mora di tengah-tengah Sweden. Beliau menanggalkan cincin itu untuk menyiapkan hidangan bersama anak perempuannya sempena Krismas tetapi ia hilang dari tempat ia ditinggalkan. Keluarganya mencari di merata tempat sehinggakan jubin di atas lantai turut ditanggal semasa pengubahsuaian rumah beberapa tahun selepas itu dengan harapan menjumpai cincin itu kembali.

Rabu Yang Bisu #28 - Hiduan Tahap Maksima

>> 25 Januari 2012

Lembu Nak Jaga vs Moves Like Jagger

>> 24 Januari 2012

Selamat kembali daripada bercuti semua. Aku baru sampai rumah sewa petang tadi. Apa bikin cuti baru ni? Makan limau je ke? Aku menghabiskan masa bermain 'panggilan tugas' a.k.a Call of Duty. Sehari main, habis satu campaign. Macam pendek sangat rasanya. Kena selidik balik lepas ni.

Kita dah boleh tengok banyak video parody rakyat Malaysia dalam YouTube sekarang. Selain menggunakan 'inspirasi' dalam negara seperti Ombak Rindu, pembikin parody Malaysia juga ada menggunakan sumber luar negara. Macam video di bawah ni, lagu Maroon 5 pun boleh ma.


Putus Silaturahim Dilarang Dalam Islam

>> 20 Januari 2012

Saya tersinggung dan terasa hati dengan bapa mertua kerana dia pernah menghina serta pernah memberitahu bencikan saya. Dia juga pernah meminta saya menceraikan anaknya. Sejak itu saya berjanji tidak mahu berjumpanya lagi. Berdosakah jika saya membenci sikapnya itu dan adakah wajar tindakan saya tidak menjenguknya?

Jawapan:

Setiap Muslim mesti memahami Islam sangat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.

Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10).

Perkembangan Liga Blogger Malaya

>> 19 Januari 2012

Sebelum tertunda lebih lama, eloklah aku cuba siapkan entri ini sebaik mungkin. Ini pun dah lari daripada jadual asal. Apa yang nak dikongsikan ini berkenaan dengan Fantasy Premier League.

Sekarang ini sudah masuk pertengahan musim dalam Liga Perdana Inggeris. Dah berapa point setakat ni? Ranking no berapa?

Serba sedikit tentang 'apakah' ini, boleh baca dalam entri Fantasy Premier League.

Rabu Yang Bisu #27 - Pondan Diperlukan

>> 18 Januari 2012

Pencemaran Sungai Citarum

>> 17 Januari 2012

Sungai Citarum terletak di Jawa Barat, Indonesia. Ia mempunyai peranan penting kepada kehidupan penduduk Jawa Barat sebagai sumber bekalan air, pertanian, perikanan, perindustrian, pembetungan, elektrik dan sebagainya. Terdapat tiga empangan janakuasa Hidroelektrik di sepanjang sungai ini iaitu Saguling, Cirata dan Ir. H. Djuanda (Jatiluhur) untuk membekalkan elektrik ke kawasan Bandung dan Jakarta.

Kira-kira lima juta orang tinggal di kawasan sungai ini, sekaligus menyebabkan berlaku pencemaran yang teruk. Tidak hairan jika sungai ini pernah dikenali sebagai sungai paling tercemar di dunia.


Serangan Harimau Bintang Di India

Seekor harimau bintang dewasa telah menyerang dan mencederakan empat orang selepas tersesat ke kawasan perumahan di Guwahati, India. Seorang penduduk berjaya mengurung harimau bintang tersebut selepas ia masuk ke dalam sebuah rumah. Ia dikunci sehingga pegawai jabatan hutan tiba dan diberikan ubat pelali.

Serangan menyebabkan seorang lelaki terbunuh dan tiga cedera. 

Seorang saksi berkata, mereka terkejut harimau bintang itu berada di dalam rumah dan tidak lama kemudian ia mula menyerang. Salah seorang yang cedera di kepala dan mukanya dimasukkan ke hospital. Harimau itu telah dibawa ke Zoo Negeri Assam di Guwahati.

Video Gersang Kekasih Kepada Kekasih

>> 15 Januari 2012

Aku sudah lama perasan video 'berani-kena-maki' ini di Facebook. Masa tu, aku tak ghairah nak tengok sebab banyak lagi video best yang dikongsi oleh membe-membe Facebook. Tambah pula guna broadband, pemilihan video sampah perlu dikurangkan supaya pelayaran internet tak melebihi 5GB sebulan.

Sehingga 'kekasih' @ 'B' beliau turut buat satu video untuk membalas kegersangan kekasihnya. Lepas tengok video B, baru aku tengok video asal.

Di bawah, video asal yang dimaksudkan...

Harris Alif - Ombak Rindu OST (Cover)

>> 14 Januari 2012

Dah tengok Ombak Rindu? Agak minat dengan lagu soundtrack dalam filem ni. Ditambah dengan adanya pemangkin dalam rumah sewa aku, hari-hari terpasang lagu ni. Sampaikan budak-budak pun dah pandai nyanyi lagu ni buat cover...

Doa Kekal Hidayah

>> 13 Januari 2012


Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahhab.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Ini Baru Betul-betul Horsepower

Kenderaan ini diberi nama Naturmobil. Ia sebagai simbol untuk membantu menyelamatkan alam sekitar dan membuktikan betapa mudahnya untuk membina sebuah kenderaan yang tidak memerlukan bahan api fosil. Apa yang diperlukan adalah seekor kuda yang kuat dan sedikit imaginasi.


Apa Salahnya Lelaki Jadi Model Kereta?

>> 12 Januari 2012

Kenapa lelaki tidak boleh jadi model kereta? Bagi aku, tak salah rasanya kalau lelaki diberi peluang jadi model kereta. Jangan pose macam dalam gambar-gambar di bawah sudah. Memang boleh jadi bahan kutukan dan muntahan. Itu semua pose perempuan. Memanglah jijik kalau lelaki pun buat. Apa salahnya pose sebagai lelaki?

Aku tahu gambar-gambar di bawah hanya sekadar gurauan. Tapi secara realitinya, majoriti model kereta ialah perempuan. Kenapa?


Fitnah Terbesar

Hadith :

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, "tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita."

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian :
  • Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
  • Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

Rabu Yang Bisu #26 - Bluetooth & Wi-Fi

>> 11 Januari 2012

5 Perkahwinan Manusia Dengan Binatang

>> 09 Januari 2012

Berikut 5 perkahwinan antara manusia dengan binatang yang telah berlaku di dunia. Ada yang rela, dan ada juga yang terpaksa. Sebagai manusia normal dan beragama, harapnya kita semua dijauhkan daripada mende ini.

1998 - Lelaki Mengaku Berkahwin Dengan Kuda


Mei 1998 - The Jerry Springer Show mempunyai sebuah episod bertajuk "I Married a Horse!". Rancangan tersebut akhirnya tidak disiarkan oleh kebanyakan stesen televisyen seperti yang dirancang. Kemungkinan disebabkan oleh kebimbangan tentang kebolehterimaan penyiaran sebuah episod di mana seorang lelaki mengaku mempunyai hubungan emosi dan seksual dengan seekor kuda. Lelaki dan kuda tersebut kemudiannya terlibat dalam sebuah dokumentari British untuk membincangkan hubungan mereka. - Wikipedia

ECO Team Alignment At Lake Kenyir Resort

>> 08 Januari 2012

Ini kali kedua aku menyertai membe office yang lain untuk program team alignment. Sebelum ni, team alignment dijalankan di Bukit Tinggi. Kali ni, di Tasik Kenyir pula. Seingat aku, ini kali pertama aku ke sini.

Perjalanan ke Kenyir menggunakan dua buah bas. Sebuah bas bertolak dari office di Kuantan, sebuah lagi dari office di Kerteh. Berbeza dengan di Bukit Tinggi sebelum ni yang disertai oleh semua department, team alignment kali ni dibahagikan mengikut department. Department aku di Kuantan bergabung dengan department yang sama dari office Kerteh.

Honda Musnahkan Kereta Yang Terjejas Dalam Banjir Di Thailand

>> 06 Januari 2012

Tahun lepas, Thailand dilanda banjir terburuk dalam temph 50 tahun. Salah satu kilang yang turut ditenggelami air pada ketika itu ialah kilang kereta Jepun, Honda. 1055 buah kereta yang sudah siap dipasang tenggelam beberapa hari semasa banjir melanda. Pada 27 Disember lepas, pihak Honda telah memusnahkan semua kereta yang telah terjejas dalam banjir itu.


Status Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

>> 05 Januari 2012

Keputusan:

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1-Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2-Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3-Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4-Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Menempuh Perjalanan Berliku Untuk Ke Sekolah

Menurut sumber, gambar-gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dari sebuah kampung kecil di barat laut China untuk pergi ke sekolah. Perjalanan yang begitu mencabar dan berisiko untuk golongan seperti mereka.



Rabu Yang Bisu #25 - Tiada Lagi "Tumpang Lalu"

>> 04 Januari 2012

Tahun Baru 2012

Alhamdulillah...masuk sudah tahun 2012. Nasib baik urusan duniawi yang dihajatkan sebelum ni berjaya ditunaikan. Kalau mende tu tak setel, berat je nak bawa mende tu untuk tahun 2012 ni...

Buat masa sekarang ni pun, takde info 'menarik' yang nak dikongsi dalam blog ni. Mood tahun baru yang agak suram turut mempengaruhi keghairahan aku mengemaskini blog macam sebelum ni. Sebulan dua ni, rasa gaji lambat sangat nak masuk. Alangkah indahnya kalau jadi engineer...

Ada juga beberapa entri tertunggak yang tak sempat dikongsi. Nak tak nak, usaha juga untuk kongsi entri tu lepas ni. Baru boleh nampak sikit aku sebagai manusia hidup dengan adanya entri tu nanti. Memanjang je bersumberkan entri orang lain...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP