Piala Malaysia 2012: Pahang lwn Selangor

>> 05 September 2012

Agak kurang sebenarnya layanan aku terhadap sukan bola sepak tempatan kecuali yang melibatkan perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan, ada jugalah aku ambil tahu. Kalau bab skuad Pahang, memang aku tak tahu mende walaupun aku diberanakkan di sini. Entah siapa yang main pun aku tak kenal.

Namun, itu tidak menghalang aku untuk masuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur antara pasukan Pahang dan Selangor untuk saingan Piala Malaysia 2012. Agak ramai penyokong Pahang rupanya. Stadium yang baru dibaik pulih sempena SUKMA 2012 hampir penuh dengan kehadiran penyokong. Sudah tentu majoritinya penyokong Pahang.

Masuk-masuk je, orang dah berarak masuk ke atas padang. Aku berdiri je sepanjang 90 minit permainan sebab malas nak menyelit. Senang sikit nak menikmati pengalaman kali pertama tengok Pahang main di laman sendiri.

Harap maklum, semua gambar diambil menggunakan stupidphone je. Kualiti agak kurang.






Puas hati tengok jumlah kehadiran penonton. Rasa macam kat Old Trafford pun ada. haha...tapi tak puas hati dengan keputusan perlawanan. Dah kalah memang tak puas hati la kan. Sepatutnya, dengan kehadiran penonton seramai tu di laman sendiri, pemain Pahang perlu menunjukkan aksi dan memberikan keputusan yang lebih baik.

Selangor menang 4-1...jumlah jaringan agak besar berjaya dihasilkan walaupun keputusan gah Pahang sebelum ini membelasah Sarawak 6-0 di stadium yang sama. Seperti yang telah dimaklumkan tadi, aku tak pasti status Pahang dalam saingan Piala Malaysia ini. Dengar kata, ada satu lagi perlawanan. Entah...

Tiket masih tercatat nama Stadium Temerloh sebagai laman tuan rumah walaupun skuad Pahang telah bermain di Stadium Darul Makmur. Kasi update la pihak persatuan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP