Review The Hobbit: An Unexpected Journey

>> 16 Disember 2012

Peminat filem The Lord of the Rings arahan Peter Jackson sudah semestinya menantikan tayangan filem terbaru The Hobbit: An Unexpected Journey. Filem yang sudah pun ditayangkan di pawagam Malaysia ketika ini boleh dikatakan mendapat sambutan hangat daripada para penonton di sini sebab aku tengok seat penuh je malam tadi. Entah macam mana jumlah kutipannya di hari mendatang, sama-samalah kita nantikan.


Aku bukanlah penonton yang fanatik atau obses dengan filem The Lord of the Rings (TLotR). Nama karakter pun banyak dah lupa tapi aku suka dan dah layan semua siri filem TLotR sebelum ini. Sampai sekarang pun masih ingat sikit-sikit jalan ceritanya. Cuma, bab dari mana datangnya cincin yang menjadi rebutan tu memang aku tak tahu menahu kisahnya.


Dalam The Hobbit, kisah dari mana datangnya cincin itu akan terjawab walaupun mungkin ada sesetengah penonton tak pernah mempersoalkan dari mana datangnya cincin tersebut. Filem yang diadaptasi dari penulisan J.R.R. Tolkien, The Hobbit ini mengisahkan kisah yang berlaku di Middle-earth 60 tahun sebelum bermulanya kisah TLotR. Makanya bukan sambungan TLotR ye...


Filem pengembaraan yang berdurasi selama 2 jam setengah ini diselitkan dengan banyak "sejarah" mengenai TLotR. Dah nama pun 2 jam setengah, mungkin akan timbul rasa bosan pada beberapa bahagian. Mana la tahu kan. Nasib baik ada unsur humor diselitkan sepanjang cerita.


Makhluk bernama Gollum tidak ketinggalan memberi keceriaan kepada penonton dalam filem ini. Walaupun penampilan yang seakan toyol, ada ketikanya Gollum kelihatan comel terutamanya ketika bermain teka-teki dengan Bilbo Baggins.

The Hobbit: An Unexpected Journey memang tidak habis penceritaannya. Kisahnya akan bersambung dalam The Hobbit: The Desolation of Smaug (Disember 2013) dan The Hobbit: There and Back Again (Julai 2014). Pandai mereka buat duit kan?

Keseluruhannya, The Hobbit: An Unexpected Journey sesuai menjadi pilihan untuk dijadikan juadah di panggung wayang. Aku rasa best!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP