DIPLOMA AKU

>> 27 May 2010

Aku sekarang ni dalam proses-proses akhir untuk dapat diploma aku. Dilemanya sekarang ni samada kerja atau sambung belajar. Kalau sambung belajar, aku memang ada apply. Itu pun semuanya last minit. Macam mana nasib nanti pun tak tahu la. Kalau kerja, aku tak mungkin diserap company tempat aku praktikal. Berbanding dengan kawan-kawan lain, mereka banyak dapat tawaran untuk terus kerja daripada company tempat mereka praktikal. Aku ada apply gak kerja kat tempat lain. Menurut khabar yang diterima daripada seorang membe yang menolong untuk mendapatkan kerja tu, kemungkinan besar aku boleh dapat. Berharap je la sekarang ni...

Dalam family aku sekarang ni pun abang aku ada diploma je. Aku tengok dia macam tak berapa cerah je hidup. Cukup-cukup untuk tampung diri sendiri beli rokok. Nasib baik stay dengan mak aku kat kampung. Makan minum automatik dah free. Kepada adik-adik aku, harap boleh potong pencapaian abang aku tu. Belum ada dalam family aku lagi yang ada degree. Aku??? Macam tak berminat untuk mendapatkan degree tu. Tapi bila tengok abang aku hidup macam tu, rasa macam was-was lak untuk berharap kat diploma ni...

Aku tumpang bangga gak kepada semua kawan-kawan sekolej aku yang dapat kerja terutamanya kawan-kawan se-mecky. Kiranya fakulti kita yang tak nampak kebagusannya di mata orang lain boleh gak bagi kerja kat kita. Terpulanglah kepada mereka nak accept offer kerja or nak sambung belajar. Masing-masing dah besar. Kalau mereka senang, boleh gak aku tumpang senang. Kalau...

Aku pernah pikir. Eh, lebih kepada angan-angan sebenarnya. Aku nak terbang dengan diploma aku. Aku nak tunjuk kat dunia aku boleh berjaya guna diploma aku. Aku nak tunjuk yang diploma aku laku untuk aku kerja kat Korea dan Dubai. Tapi kenapa Korea ngan Dubai? Lantak la...niat aku bukan nak menunjuk-nunjuk. Aku nak tunjuk je. Lagipun aku pernah janji dengan mak aku. Atas hitam putih lagi. Aku ada tulis aku nak buat rumah baru untuk mak aku. Aku ingat lagi semua tu. Mak aku pernah tanya gak dulu pasal tu tapi aku senyap je. Aku tak berani nak janji guna kata-kata sangat. Nanti tak dapat lagi sakit hati. Tunggu dan lihat je la wahai MAK. Diam aku ada ubi. haha...

Sebenarnya aku takut dengan diri aku. Aku tak takut pasal aku tak de degree. Aku takut aku give up sebab dalam hidup aku, aku selalu give up. Orang cakap rezeki ada kat mana-mana. Lain orang lain cara Tuhan nak bagi rezeki tu. Ada orang dapat cepat, ada orang dapat lambat. Ada orang selalu dapat, ada orang payah dapat. Tapi aku yakin dengan Tuhan aku. Biarpun aku bukan hamba yang baik, tapi aku rasa Dia dah banyak tolong aku dan aku yakin Dia akan sentiasa tolong aku...

Itulah misi aku setakat ni. Kalau gagal memang 100% salah aku. Kalau aku sambung belajar balik kiranya Tuhan takdirkan hidup aku memang macam tu dan aku sebagai hamba perlu hargai apa yang Tuhan aku bagi...

11 komen:

Fay Nana (Cik Fana) 2:06 PM, May 27, 2010  

Never say give up ok! Tuhan takkan tolong orang yg mula-mula dah say give up. Siapa kata kalau setakat diploma tak boleh berjaya? yang penting usaha. Sekarang kalau ada degree pun x jamin boleh hidup senang. :)

paie.zah 3:46 PM, May 27, 2010  

ko dh apply due2 kn tuk smbung blajar n keje? tggu mane dtg dulu. klu sume dtg serentak dan nk kan keputusan yang pantas, time tu la lah ko kene pk yg terbaik utk pilih yang mane. org skrg xde diploma pn boleh lagi berjaya dr org yg ade master. yg penting percaya pd diri sendiri dan berdoa kn :)

APAN 7:35 PM, May 27, 2010  

tq kpd sis2...:)
harap2 misi berjalan lancar...

miSs tEry 6:59 PM, May 30, 2010  

hip2 horeey kerana berjaya melepasi satu lagi fasa kehidupan...
moga berjaya tuk apa pon yang ko pilih tuk masa depan...

APAN 7:04 PM, May 30, 2010  

terima kasih sis asma...
lme menghilang....
jage anak ke???
haha...

Gadis Imaginasi 2:59 AM, June 01, 2010  

ALL THE BESTT!! :) usaha tangga kejayaan.jgn gune eskelator ye. hee.

APAN 8:45 AM, June 01, 2010  

tq sis 4 ur support...
huhu...

miSs tEry 9:15 PM, June 01, 2010  

haah...
jaga anak org lain...
nak mintak aku tolong jaga anak ko ke?
berbakat aku nie...
hahaha

APAN 10:06 PM, June 01, 2010  

haha...isi borang dulu r...
minggu depan intebiew...

AkuMuzikFilem 10:11 PM, March 21, 2012  

kira sekarang ni saat aku tanya ni pada tahun 2012 ni, kau dah sambung degree ke? atau terus kerja

APAN 11:32 PM, March 21, 2012  

to AkuMuzikFilem

aku dah kerja skang bro...belajar setakat dip je la.dah setahun setengah kerja. tp maklum la, basic kecik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP