Jadi Diri Sendiri

>> 11 December 2010

erm...

bila cakap senang. kadang-kadang main lepas je. dah tak pikir dah. katanya itulah dirinya yang sebenar. tak kisah la apa orang nak kata. bukan kacau orang pun. BE YOURSELF! boleh ke macam tu? senangnya hidup...

tak salah rasanya kalau nak jadi diri sendiri. memang patut pun. tapi kena ingat la dulu bagus sangat ke diri tu. cukup  ke sifat-sifat dalam diri tu untuk tunjuk kat orang lain?

ada orang gelabah nak tunjuk diri sendiri dia kat orang lain. dah macam tak takut tuhan pun ada. pastu bangga and kata inilah dirinya yang sebenar. amboi (cam nyah je bunyi)... sendiri mau ingat la. cam jahil sangat je macam tu. sejahat-jahat aku pun, aku tak buat jahat depan orang lain. ye la tu kot. haha...

aku ni pun tak yakin lagi ngan diri aku. tak harap pun aku ni untuk jadi diri sendiri. tah macam mana la gaya nanti. tak rupa orang dah kot. lagi elok jadi macam apa yang aku belajar tu dah la. yang baik jadi ikutan, yang jahat jadi sempadan. haha...

sekadar pendapat aku je ma. mintak maap la kalau ada yang tak setuju. kita hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang je. ada lagi orang lain. bila kita buat salah sikit mesti ada orang kata. so, kena kisahkan orang lain gak. tak boleh taksub ngan bayangan diri sendiri tu....

kononnya, orang melayu hidup dengan kesopanan dan tatasusila. dok canang-canang keliling dunia. lantak la. aku tak kisah sangat kalau orang dah tak boleh hidup ikut cara melayu tapi kan kita ada agama. tak kan tak nak ikut gak kot. kebal betul. haha...

sekadar gambar hiasan. idola siapa tah ni. haha...

3 komen:

sha 11:42 PM, December 11, 2010  

BE YOURSELF...memang tak kacau orang pun...sebab yourself yg kena 'jawab' di 'sana' nanti..

+dieabella+ 12:13 AM, December 12, 2010  

tu pix didie alias ke?artis ckp xnak jadik hipokrit..ape puye alasan la kan..mbe2 pon ade mcm nih..kesian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP