Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

>> 19 February 2011

Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita = 20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

APAN dapat kat SINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP