Cukai Jalan

>> 20 February 2011

erm...hari ni 20 februari 2011. hari yang agak membosankan sebab cuti and duduk sorang-sorang tanpa melakukan aktiviti yang menaikkan semangat. mujo ada laptop dan broadband celcom pakej student ni. hmmm...

pukul 8 malam tadi tengok berita kat tv9. ada berita pasal mat rempit. biasa ar tu. malam minggu kan malam semalam. antara kesalahan biasa road tax tamat tempoh dan tiada lesen...

tiba-tiba teringat pasal road tax aku. gi amek wallet dalam bilik dan terkejut bila tengok kat tarikh tu...

moto buruk je
3 januari 2011. dah lebih sebulan aku lupa. sepanjang tempoh lupa tu aman je rasa. bila dah perasan ni jadi tak sedap lak. harap-harap selamat lagi la menempuh hari mendatang. huh!

[UPDATED-21 februari 2011]

...akhirnya road tax motosikal aku sudah berjaya diperbaharui. tapi boleh renew untuk 6 bulan je sebab ada saman yang perlu dilunaskan (bukan saman aku ye). terima kasih kepada yang membantu. tak sangka gak boleh renew hari ni. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP