JobsMalaysia

>> 19 Mac 2011

erm...sekarang dah lebih 5 bulan aku kerja. alhamdulillah syukur dengan apa yang aku dapat sekarang. walaupun pendapatan yang masih kecil untuk menyuruh mak aku pergi melamar anak orang, tapi aku agak selesa dengan apa yang aku buat sekarang...

aku menganggur dekat 4 bulan lepas aku habis pengajian diploma aku dulu. memang rasa camdoh je time tu. tengok membe-membe lain ramai yang dah start kerja. mana boleh tahan kalau dorang kawen dulu sebelum aku. ceh...

sebab tu gak la aku malas nak contact membe-membe sebab aku dah dapat agak soalan mereka nanti. "pe citer?", "keje mane skang bro?", and yang panasnya bila aku dah jawab aku tak kerja lagi, ada lak soalan kedua, "ko tak try cari ke?" sedap betul soalan...

macam-macam la aku try time tu. ada gak respon selepas aku hantar resume aku. siap aku buat entri pasal interview aku dulu kot. kalau nak baca klik SINI! dan SINI! kedua-dua interview ni disebabkan pertolongan membe-membe. walaupun aku still tak dapat kerja lepas interview tu, tapi pertolongan mereka ni amat dihargai. mungkin belum rezeki aku time tu...


antara sumber utama aku time tu ialah internet. banyak tempat gak aku isi dan salah satunya ialah kat jobsmalaysia. aku isi je la sebab antara soalan yang gemar ditanya, "ko isi tak jobsmalayia?" senang sikit aku nak jawab. kalau tak isi panjang lak cerita nanti. buat sakit hati je...

tapi...baru sekarang ni ada respon dari pe yang aku isi dalam jobsmalaysia dulu. ingat tak laku dah aku. tak tau la kenapa take time sampai berbulan-bulan. seingat aku lebih enam bulan kot. tu pun nasib baik aku selalu cek email aku...



so...kepada yang nak habis belajar dah tu, cepat-cepat la isi. tak payah tunggu  habis belajar baru nak isi. konon-konon plan nak rehatkan minda kat rumah. biar dulu la. takut-takut kegembiraan kat rumah nanti bertukar menjadi kebosanan yang membawa penyesalan. tak pasal-pasal kes bunuh diri meningkat lak nanti sebab pengangguran terlampau...

untuk melayari laman web jobsmalaysia, klik SINI! dan isi gak la kat laman-laman pekerjaan lain yang boleh diisi. banyak gak kot...

sedikit penambahan pasal jobsmalaysia ni, macam bidang aku tak banyak sangat pilihan kerja dalam tu. tu pasal banyak yang aku apply technician je. nak pilih engineer ada diploma je pun. tu pasal kena belajar tinggi-tinggi. degil...

buat masa sekarang ni, aku buat bodoh je la ngan email-email padanan pekerjaan dari jobsmalaysia tu, lambat sangat pun nak bagi respon. tapi terbukti (terbukti?) mende ni memang boleh membantu. insyaallah...

entri ni dibuat bersasarkan pengalaman aku. tak tau la orang lain macam mana lak kan. agak panjang gak. tapi bukan aku nak mengarut pun. aku nak bitau je ma...selamat!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP