Amalan Seterika Payudara

>> 22 June 2011

Cameroon merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika. Anda akan terkejut apabila melihat budaya mereka yang sangat pelik dan aneh. Mereka mengamalkan tradisi "breast ironing".

Breast Ironing

Apakah itu breast ironing? Breast ironing adalah satu tradisi di mana mereka cuba untuk "menghancurkan" (mengempiskan) payudara anak perempuan mereka. Ini untuk mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual kerana payudara adalah bahagian yang dapat meningkatkan dan menarik nafsu lelaki untuk melakukan seks.

Sebaik sahaja anak perempuan mencapai akil baligh, dalam lingkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang iaitu batu yang dibakar di atas unggun api sehingga panas.

Bayangkan kesakitan diseterika dengan batu yang panas. Mereka meraung dan menangis kesakitan tetapi tiada sesiapa pun dapat membantu disebabkan mereka berpegang teguh pada tradisi.

Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari. Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat teruk.

FAKTOR "BREAST IRONING" - supaya lelaki tidak terdorong untuk melakukan seks dan tidak memandang anak perempuan mereka.

*******
Jika mengikut carian aku di Google, artikel yang berkaitan dengan amalan ini agak banyak. Paling awal, ia telah dikongsikan pada 2008 dan yang lain majoritinya pada 2010. Kiranya perkara ini sudah lama dikongsikan sebenarnya. Aku je baru tau...

Aku cuba mencari gambar lain yang boleh diselitkan dalam entri ini tapi macam tak sesuai lak. Gambar yang satu ini pun dah boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk berimaginasi.

Tak pasti samada tradisi ini masih diamalkan lagi atau tak. Agak kejam! Aku memang tak setuju mereka buat macam ini. Walaupun kesedaran untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku itu ada, tapi gayanya terlalu radikal lak.

Tradisi ini memang tak diamalkan di Malaysia sebab orang kita masing-masing nak jaga "aset" tersebut. Macam-macam iklan keluar di TV dan surat khabar. Nak kasi montok la, kasi pejal la, kasi besar la dan macam-macam kasi lagi. Bagus kalau semua pakat nak jaga kasi "lawa" tapi bila dah lawa tu pakat dok tunjuk lak. Masalah gak tu.

Berbalik kepada amalan di atas, ditambah satu video demonstrasi bagaimana mereka melakukan penyeterikaan payudara kepada anak-anak mereka. Jangan risau, demonstrasi je ma. Bukan real!


"Biar mati anak, jangan mati adat", sanggup ke korang nak mati anak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP