Uncle Seekers : Antara Ramalan Atau Kebetulan

>> 26 October 2011

uish...agak lama dah simpan info ni. perlu dikeluarkan gak. nanti basi ma. walaupun aku tengah cuti seminggu dan perlu berada di kampung ketika ini, aku gigih pulang ke Kuantan untuk update blog. kat kampung nak online tak feel lansung. line macam biskut. kejap ada, kejap tak de. at least terubat gak hati ni dek kekalahan Manchester United di tangan Manchester City baru-baru ni. papepun, aku mengaku aku memang gigih...

ini info kelakar pasal Uncle Seekers yang suka skodeng hantu tu. kalau yang dah pernah baca, abaikan entri ini...

*****
Macam-macam cerita jugak si Uncle Seekers nie, dari kerja mencari hantu, menulis tentang Mantan Permaisuri Agong, bertikam lidah dengan Dato' Fadzilah Kamsah, kini Uncle Seekers muncul dengan ramalan tentang selebriti pulak...


Menurut Uncle, dia mendapat ramalan-ramalan ini dari aktiviti tidur siang, lalu bermimpi dan ditafsir mimpinya tue dengan ramalan-ramalan seperti kat bawah nie...

Seperti yang kita sedia maklum, Allahyarham Ahmad Jais telah pulang ke rahmatullah. Sebelum beliau meninggal, Uncle Seekers ada menulis di blognya tentang mimpi beliau yang seorang selebriti terkenal bakal meninggal dunia. Walaupun tidak menyebut dengan jelas siapakah gerangan selebriti yang dinyatakan, Uncle memaparkan gambar Ahmad Jais...

Tapi bagi Sensasi nie cuma kebetulan sahaja, Uncle menulis tentang ramalan kematian seorang selebriti tersebut pada 25 September 2011, pada masa tue Ahmad Jais dah pun terlantar sakit dengan Unit Kawalan Separa Rapi di Hospital KPJ sejak 22 September lagi. Mungkin Uncle Seekers ada mengambil tahu tentang keadaan Ahmad Jais ketika itu dan mengambil kesempatan untuk membuat ramalan kononnya untuk membuktikan beliau pandai meramal...

Sensasi memang sangatlah tak percaya, tambah-tambah lagi mimpi di siang hari. Mimpi disiang hari sememangnya takda maksud, lainlah kalau mimpi tengah malam sehingga subuh.

Antara ramalan Uncle Seekers:
  • Reputasi Zizan Raja Lawak bakal jatuh ekoran kes 'seks'.
  • Perjalanan karier Nabil Raja Lawak perlahan dan menyebabkan Nabil mula berniaga.
  • Pemimpin PAS, Nik Aziz bakal letak jawatan sebelum 2013.
  • Anuar Zain akan membujang sehingga ketua.
  • Lisa Surihani dan Yusry KRU tidak akan kahwin.
  • Siti Nurhaliza harus meminta maaf kepada seseorang kerana kesilapan yang sengaja/tidak sengaja beberapa tahun lalu sekiranya mahu dapatkan zuriat.
  • Bijan ceraikan ahkak pink.
So kita tunggu dan lihat mana tau ada ramalan yang menjadi kenyataan. huhuhu...

Apapun ramalan masa depan adalah syirik melainkan tafsir mimpi.

Tapi sensasi rasa kelakar jugaklah pasal reputasi Zizan jatuh kerana kes seks..hadoi..bia bena nie.

sumber : my-sensasi

*****
berkaitan isu bertikam lidah dengan Dato' Fadzilah Kamsah, aku rasa video di bawah inilah yang dimaksudkan. telah dimuat naik dalam youtube pada tahun 2006 tapi pada tahun 2011 ni baru aku perasan kewujudan video ni. ye lah...masa kecik-kecik dulu mana pernah nak amek port isu semasa sangat. kemudahan pun terhad dulu. paling berat pun, tengok Melodi je lah...


angkuh dan bodoh kan beliau? taksub sangat dengan hantu. penonton yang bersorak dalam studio tu pun bagi aku bodoh bendul gak. entah dorang tahu ke tak, apa yang dorang sorakkan tu. main ikut je. sokong sangat Uncle karut sorang nih...

bersambung bab ramalan Uncle ni, banyak lagi rupanya ramalan-ramalan dia. kalau nak tengok boleh klik link blog dia kat SINI. ada part 1 sampai part 23. memang kuat tido siang betul dia ni. oh...dapat traffic free je la dia nanti. yang penting jangan terpedaya dengan mende dalam tu dah la. bagi aku semua yang dia ramalkan tu karut je. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP