Aksi Mario Balotelli Meraikan Gol Menjadi Bahan Lawak Internet

>> 04 July 2012

Nama Mario Balotelli antara nama pemain yang sering disebut-sebut sepanjang kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Jaringannya semasa menentang Jerman diakui antara jaringan tercantik sepanjang kejohanan yang telah pun melabuhkan tirainya.

Di samping kegagalannya membantu Itali menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir, aksi Super Mario 'meraikan' gol semasa menentang Jerman di peringkat separuh akhir masih menjadi bualan. Banyak sangat gambar Mario Balotelli yang telah diedit terpampang di Internet ketika ini. Hanya berpunca daripada satu gambar yang menayangkan susuk tubuhnya yang bajet seksi.

Ini antara beberapa gambar yang telah diedit:

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

Banyak lagi versi gambar ini di Internet. Gayanya seperti mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan gambar yang paling lawak. Lawak-lawak sekalipun, tindakan pengeditan berleluasa ini sedikit sebanyak menjadi api perkauman kepada mereka yang berkulit hitam.

Beberapa lagi gelagat penyerang Manchester City ini yang berjaya dirakam semasa sesi latihan Euro 2012.

Apa perasaan korang bila ada ahli pasukan macam ni? Berlagak macam BOS! 

Rakaman video Mario Balotelli bermain bendera.


Bila dah popular, agak susah untuk mengelak daripada masuk 9gag.

Untuk video di bawah, aku rasa video ini memang kelakar. Cuba kira berapa kali dia ikat tali kasut. Why Always You?


Dalam suasana untuk bersuka-suka dengan koleksi gambar lawak Mario Balotelli di Facebook, ada juga pihak yang cuba menunjukkan kebaikannya kepada umum.


Info ringkas Mario Balotelli:

Dilahirkan dengan nama Mario Barwuah pada 12 Ogos 1990 di Palermo, Sicily, Itali. Ibu bapa kandungnya, Thomas dan Rose Barwuah merupakan pendatang Ghana beragama Kristian. Semasa kecil, dia mengalami komplikasi usus yang memerlukannya menjalani beberapa pembedahan.

Masalah kesihatan Mario dan kesempitan hidup keluarganya menyebabkan pasangan Barwuah meminta bantuan daripada jabatan kebajikan yang kemudiannya mencadangkan supaya dia dijaga oleh keluarga angkat. Dia kemudiannya dijaga oleh Francesco dan Silvia Balotelli - pasangan yang mewarisi warisan Yahudi Itali. - Wikipedia

Itulah serba sedikit latar belakang Balotelli. Pemain pelik tetapi hebat di atas padang! haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP