Terlanjur Bersama Kekasih Gelap Dari Bangladesh
>> 03 Julai 2012
Saya berusia 27 tahun dan ada teman lelaki. Kami bercinta sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, dia menetap di Kuala Lumpur manakala saya di Johor Bahru.
Masalahnya, saya mula jatuh hati kepada seorang warga Bangladesh yang bekerja di tempat sama dengan saya. Pada mulanya saya cuba menghindari perasaan ini.
Apabila saban hari dilimpahi rayuan dan kata-kata janji manisnya, saya tidak sampai hati dan mula jatuh cinta dengannya. Memikirkan hubungan kami tidak mungkin sampai ke mana, saya cuba lawan perasaan ini.
Saya paksa dia lupakan saya tetapi saya pula yang rindu padanya. Sampaikan saya ternanti-nanti panggilan serta SMS daripadanya. Akhirnya saya mengalah dan mula menghantar SMS kepada kekasih gelap saya.
Tambahan pula, saya pernah terlanjur dengannya sehingga ke tempat tidur. Mengingati peristiwa itu, saya pula berasa menyesal. Apakan daya, ia sudah terjadi dan disebabkan itu, saya sukar melupakannya.
Saya tidak tahu mengapa saya boleh bertindak tidak rasional seperti ini. Pada hal saya tidak pernah terlanjur dengan teman lelaki walaupun kami bercinta sembilan tahun.
Apa perlu saya buat untuk melupakan lelaki Bangladesh itu? Saya takut untuk hadapi masa depan. Mungkin saya dihantui perasaan bersalah kerana terlalu jauh tersasar dalam menjalin hubungan dengannya.
ROZANA
Johor Bahru
Sudah acapkali peringatan diberi, malah seawal usia ‘baligh’ bab menjaga pergaulan dititipkan supaya perempuan Muslim berusaha menjaga maruahnya.
Apabila berdua-duaan, ia boleh mengundang pihak ketiga di sini yang selalunya mendorong pasangan lelaki dan perempuan terjerumus ke dalam kancah zina.
Meskipun pasangan saat berdua itu bukan kekasih hati, kejadian terlanjur apabila terpukau janji manis ditabur dan sumpah setia dilabur oleh rakan sekerja warga Bangladesh.
Dang Setia sarankan saudari terus bertaubat dan tanam penyesalan dalam hati supaya babak terlanjur bersama kekasih Bangladesh tidak berulang.
Elak menghubungi, apatah lagi bertemu kekasih gelap, kerana ia nyata membuatkan saudari jauh terpesong.
Kuatkan hati dan jadikan sesalan mahupun rasa berdosa menggunung sebagai tembok menghalang saudari bertemu dengannya. Tambah pula saudari mempunyai kekasih yang setia menjalin kasih sembilan tahun lamanya.
Fikirkan secara rasional mengenai masa depan hubungan bersama kekasih Bangladesh yang hampir tiada kerana mungkin menerima tentangan keluarga yang keberatan menerimanya. - myMetro
Entah ayat apa yang Mat Bangla tu guna sampai boleh jadi macam tu sekali? 9 tahun bercinta dengan teman lelaki tapi tak pernah terlanjur pun. Tiba-tiba kena ayat dengan kekasih gelap, terus tak boleh tahan.
Salah satu dugaan kalau bercinta jarak jauh. Jangan mudah terpedaya. Simpan kehormatan yang dimiliki untuk orang yang sepatutnya. Kalau tak mengumpankan diri, manakan diri mudah-mudah boleh dibaham.
Apa pengalaman anda bersama kekasih gelap? haha...
1 komen:
Syabas..semua pempuan melayu memang senang diperbodohkan walau oleh lelaki yang datang dari negara mundur sbb pempuan melayu adelah pempuan terbodoh dalam senarai pempuan yang terbodoh di dunia (berfikiran singkat xmcm pempuan bangsa lain yang berfikiran jauh ke depan..fikir dulu ape akan jadi seterus kalau menjalin hubungan dengan lelaki warga asing!? Ni semua gara-gara nak rase batang yang perisa lain konon..melambak pempuan jenis mcmni skrg..bunuh campak dalam longkang jer..hidup memalukan bangsa sendiri
Catat Ulasan