Berwaspada Menunggang Motosikal Ketika Hujan

>> 24 November 2013

Kekerapan hujan sekarang ini menandakan musim tengkujuh yang akan kembali. Hujan yang turun tidak menentu semestinya akan membasahi jalan raya dan menyebabkan air bertakung di sesetengah laluan yang selalu kita gunakan untuk kegunaan harian


Kalau tempat air bertakung tu molek jalannya, selamat lagi kita. Kalau kat situ tiba-tiba ada lubang, naya kot. Sedia maklum dengan keadaan jalan di negara kita macam mana. Baru je turap, pastu gi korek balik tanam kabel bagai. Seram rasa kalau kena menunggang motosikal di laluan macam ni.






Walau kemalangan dalam gambar-gambar di atas tidak berlaku di sini, risiko untuk berlaku masih ada selagi jalan raya di Malaysia tidak diselenggara dengan baik. Tak payah tunggu hujan, kalau tak hujan pun ramai je yang langgar lubang. Dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang ini, semoga kita dielakkan daripada terpaksa tukar rim motosikal mahupun kereta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP