Maksud Lambang Bunga Merah Pada Jersi Pemain EPL
>> 28 Disember 2013
Pada bulan November setiap tahun, kami yakin anda akan melihat pasukan bola sepak Inggeris akan meletakkan bunga berwarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini? Jika tak tahu, hari ini kami akan menerangkan sejarah bunga merah ini.
Bunga merah ini ialah bunga poppy (popi). Ia dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November bagi memperingati hari berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.
Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915, puisi bertajuk In Flanders Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban di Flanders Field, Belgium. Pertempuran di Flenders Field adalah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung, bunga Poppy merah yang ditanam di Flenders Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.
Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth, namun amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth, ianya masih diamalkan. Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan pasca Perang Dunia Pertama.
Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan di mana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964.
Di Malaysia, amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60-an. Kami tak tahu mengapa ianya dihentikan di negara kita tetapi kami rasakan mungkin dilakukan atas sebab patriotisme dan hari poppy ialah amalan peninggalan penjajah. Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan.
Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat pada jersi Wayne Rooney, Fernando Torres dan Luis Suarez. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya! - Blog Serius
Boleh tahan lama aku tertanya-tanya mende nih sebab diri ini selalu tonton perlawanan EPL. Memang aku perasan kadang-kadang mereka akan pakai jersi yang ditambah dengan lambang bunga popi, cuma tak perasan ianya berlaku setiap tahun pada bulan November.
Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa pasukan dan pemain yang tampil dengan bunga popi pada jersi mereka.
Manchester City |
Chelsea |
Aston Villa |
West Ham |
Aaron Ramsey dan Javier Hernandes |
David Beckham dan entah siapa... |
0 komen:
Catat Ulasan