Lintasan Hidupan Liar Menarik Di Serata Dunia

>> 26 February 2014

Wildlife overpassesgreen bridges dan ecoducts, semua merujuk kepada struktur yang dibina samada di atas atau bawah jalan raya untuk membolehkan hidupan liar menyeberang jalan dengan selamat. Kebanyakan struktur adalah di antara 10 m (30 kaki) dan 60 m (180 kaki) lebar. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies haiwan. Berikut beberapa gambar lintasan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
 Taman Negara Banff, Alberta, Kanada.
Di Taman Negara Banff, Alberta, Kanada, kini terdapat 41 struktur lintasan hidupan liar - 6 overpasses (laluan atas) dan 35 underpasses (laluan bawah) bagi membantu hidupan liar melintasi Lebuhraya Trans-Kanada dengan selamat. Sejak pemantauan bermula pada tahun 1996, 11 spesies mamalia besar termasuk beruang, rusa dan kucing besar telah menggunakan struktur yang dibina lebih daripada 200,000 kali.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Taman Negara Banff, Alberta, Kanada.
Struktur sebegini dibina untuk mengurangkan bilangan kemalangan kenderaan yang melibatkan haiwan dan untuk mengurangkan kematian hidupan liar.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Ecoduct di Perancis.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Jambatan hijau di Grevesmühlen, Jerman.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Jambatan hijau di Boeblingen, Jerman.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Ecoduct di Belanda.
Belanda merupakan salah satu negara pertama yang memperkenalkan binaan khusus untuk hidupan liar melintas.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Ecoduct De Woeste Hoeve, Belanda.
Ecoduct De Woeste Hoeve merintangi sebuah lebuh raya. Belanda mempunyai lebih daripada 600 lintasan hidupan liar yang dibina untuk melindungi populasi babi hutan, rusa merah, kijang dan badger Eropah yang terancam.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Ecoduct (jambatan hidupan liar) di Veluwe, Belanda.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Ecoduct The Borkeld, Belanda.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
'Jambatan haiwan' di Montana, Amerika Syarikat.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Lintasan hidupan liar berhampiran Tasik Keechelus, Washington, Amerika Syarikat.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Lintasan hidupan liar berhampiran Hutan Karawatha, Queensland, Australia.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
Taman Negara Pulau Krismas, Australia.
Laluan atas luar biasa yang disediakan untuk ketam merah meyeberangi jalan di Pulau Krismas. Tiba musim membiak, ketam merah dewasa akan berhijrah beramai-ramai dari hutan ke kawasan pantai. Sila baca Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas. Serius banyak!

Gambar-gambar di bawah pula tidak dapat dipastikan lokasi binaannya. Papepun, still menarik!

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
#JustForFun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP