Entri Untuk Dia

>> 28 Jun 2010

dia...bukan emma watson. nama sebenar pun aku tak pasti. tapi aku selesa bila bersama dia. hidup aku gembira je bila tengok dia. dia tak pernah wat hati aku terluka. bila dapat bersama, rasa macam tenang je fikiran. memang dia...

aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa. dia pun tak mungkin mendengar apa yang aku luahkan. hanya blog ini menjadi medium aku untuk aku luahkan. memang dia...

aku mengerti kenapa dia tidak memahami kerana dia memang dilahirkan begitu. baginya semua yang ada di depan mata indah untuknya walaupun buruk bagiku. memang dia...

6 bulan...6 bulan dia ku tinggalkan...6 bulan. memang dia...

kini...bila dapat selalu melihat wajahnya, aku gembira. aku senang. aku bahagia. sungguh indahnya ciptaanNya...

SUBHANALLAH!!!

LELAGU : Superman Is Dead - Musuh Sahabat

>> 27 Jun 2010


LIRIK : Superman Is Dead - Musuh Sahabat

Berdiri tegak menantang
Tak pernah menyerah, tak mau mengalah
Berdiri tegak menantang
Tak peduli setan, engkau kan kulawan

Kau pikir kau slalu benar, engkau yang terhebat
Mendekati Tuhan
Tapi kau tak pernah tau, tentang kehidupanku
Apa yang kulalui

Semua omong kosong dan perbuatan pengecutmu
Kan membuatmu menghilang...

Langkahku kan menginjakmu
Habisi tawamu, cumbui pacarmu

Berdiri tegak menantang
Tak pernah menyerah, tak mau mengalah

Bekerja siang dan malam, coba hidupi diri
Terkadang frustrasi
Saat duniaku tertawa, dan dipenuhi bintang
Kau kadang menghilang

Tapi kau slalu ada disaat ku merasa lemah
Jangan pernah, menghilang

Langkahku tak berarti tanpamu
Kegembiraan ini takkan pernah ada

Berdiri tegak menantang arah
Dan kau sahabatku, mari kita bersulang!

Aku Praktikal : Gambar Kenangan

>> 26 Jun 2010

erm... kasi gelak dulu. haha... tak abis-abis story pasal praktikal. layan je la. yang ni kompem yang last sekali kot. lepas ni tak de dah. untuk kali ni banyak masuk gambar je sebagai perkongsian antara aku dan hampa semua. huhu...

trainee yang satu department dengan aku. kedua-dua mereka dari UiTM Shah Alam. uniform yang dipakai tu wajib dipakai untuk masuk plant...

Nice Wording to Share

>> 25 Jun 2010


AWAS! TAKUT-TAKUT ANDA DIDAJALKAN!

>> 24 Jun 2010

Percayakah anda terdapat orang sakit yang hendak anda juga sakit?


Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap dan didakwa, tetapi apa gunanya? Beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tidak berdosa. Jadi sila berhati-hati.

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih: 
  • Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut. Ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 
  • Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yang tidak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur dan kemudiannya didapati HIV positif.
    • Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yang anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai. Jadi berhati-hati.
    • Di Georgia dan Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling pada mesin air minuman. Jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling. Mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
    • Di restoran Burger King. Pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger dan mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis dan sos. Order di tempat lain.
    Dr. Muhd Hishamuddin bin Abdul Halim
    Professor & Head Dept. of
    Chemical Pathology,
    School of Medical Sciences,
    USM, Kubang Kerian, Kelantan,
    MALAYSIA.

    p/s - Ini adalah maklumat yang dihantar oleh pembaca kepada kami. Kami tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

    Aku Praktikal : Peristiwa

    >> 23 Jun 2010

    erm... agak bosan gak bila dah habis praktikal ni. world cup pun sampai tak tertengok. dulu je plan giler babeng nak tengok puas-puas kat rumah. tapi bila dah ada chance tak tengok pulak. hmmm... tu la manusia kot.

    memandangkan aku baru habis praktikal pada 18hb Jun lepas, aku nak bawak anda semua mengenang kembali peristiwa yang berlaku sepanjang 6 bulan aku praktikal. antara peristiwa yang berlaku ialah: pergh... cam karangan sekolah dah. layankan aje!
    • disaman jpj... time ni aku odw balik dari office. dan dan lepas selekoh sikit je, aku dah terperangkap oleh mereka. aku pun buat muka tak bersalah je time tu. padahal moto tak tampal stiker P depan belakang. terima lah aku saman pertama dari jpj. tapi sampai sekarang pun tak gi bayar lagi...
    • aku dilanggar... time ni aku odw balik dari office gak. dah nak sampai rumah sewa dah pun. memang agak banyak kenderaan di atas jalan. aku dengan slumber je masuk simpang untuk ke kanan. akibatnya, moto kriss aku dilanggar oleh sebuah moto rxz ni. habis bersepai aku punya mudguard depan. aku tengok si pelanggar tu tak berhenti pun, aku pun teruskan je la perjalanan aku ke rumah dalam keadaan motor tanpa mudguard depan. cool je. haha...yang ni salah aku kot.
    • kehabisan minyak... yang ni lak berlaku semasa aku odw ke office. time tu meter tak boleh pakai. tak de modal lagi nak repair. tengah stop kat traffic light, pastu tiba-tiba moto kemampusan. dengan muka slumbernye aku menolak motosikal aku perlahan-lahan ke stesen minyak berdekatan walaupun banyak mata yang memerhatikan ma...
    • terbabas... time ni bukan odw pergi or balik office. yang ni berlaku ketika dalam perjalanan balik kampung. dah dekat dah pun sebab dah masuk area kampung aku dah. tah macam mana boleh terbabas lak. nasib baik tak de pape cume habis duit repair moto je la...
    • tayar pancit... peristiwa ni berlaku dalam 3 kali gak la selama 6 bulan aku praktikal ni. yang ni memang mendatangkan tekanan hidup kerana menyebabkan aku terkapai-kapai di bahu jalan lebih daripada sejam. tambah lak sorang-sorang. yang sekali tu berlaku time kat office tak pe lagi, ni kalau happen time aku balik kampung memang tertekan sey...
    haha... semuanya membabitkan motosikal buruk aku. dan semua tu hanya tinggal kenangan dan akan dijadikan pengalaman di hari mendatang. harapan aku, semua tu tidak terjadi lagi ma. sikit pun tak bes...

    and, inteview kerja hari tu berjalan dengan lancar. cuma keputusan samada aku diambil atau tidak je belum tau lagi ma. apelah nasib...

    AKU di-REJECT

    >> 19 Jun 2010

    Erm...dengan rasminya, di sini aku nak maklumkan yang aku baru habis praktikal semalam iaitu pada tarikh 18 Jun 2010. Biarpun aku tak boleh sesuaikan diri mana dengan suasana dalam company tu selama 6 bulan ni, tapi rasa sedih tu tetap ada ma. Ditambah lagi dengan majlis perpisahan yang dibuat pada jam-jam terakhir hari tersebut. Sempat juga (diwajibkan) memberi ucapan sambil terketar-ketar time tu...

    Aku dimaklumkan juga bahawa semalam merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pemohon lepasan STPM/setaraf untuk menyemak keputusan permohonan mereka untuk sambung belajar di institusi kerajaan.  Aku juga merupakan salah seorang daripada berjuta-juta pemohon tu (berjuta ke?). Pada awalnya pun aku lupa gak, tapi nasib baik ada membe tolong ingatkan. Jadi, aku pun cek jugalah keputusan permohonan aku selepas majlis perpisahan tu...

    Dan...samalah macam tajuk tu...

    Diea Bagi Award

    >> 18 Jun 2010


    erm...1st time dapat award. so, tak tau la prosedur macam mana kan. lepas diselidik dan menjalankan penyiasatan baru tau. orang dah bagi kita kena terima la. gembira gak sebab sebelum ni asek tengok orang punya je ma. terima kasih kepada beliau yang bernama diea. pastu moh jawab soalannya lak...

    Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.
    aku tak berapa pasti dengan beliau yang bernama diea ni. agak-agak je la...

    erm...kenal beliau sebab dia rajin masuk blog aku.
    erm...beliau seorang perempuan.
    erm...kakak UKM.
    erm...penonton world cup.
    erm...yang pasti beliau ni kembar... :)

    Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies.
    cam salah je soalan ni (sorry...bi ku lemah). layankan je la. tiada yang menarik pasal diri aku. lagipun segan. nanti aku digelar mat khoya lak...hobi? kaki bangku yang suka menonton manshester united... :)

    Picks your 10 most deserving receipients and describe them.
    paie => my sis...someone yang boleh dipercayai... :)
    fay nana => mempunyai semangat pandang ke timur yang tinggi. awek jaejoong... :)
    yua zawa => boleh masuk kapla dan baru menyaksikan kekalahan spain baru-baru ni... :) 
    hafiz ismi => dah bekerja dan senang berinteraksi... :)
    shuk => start kenal sebab aku ada buat entri kucing... :) 
    rhapsody lin => rajin komen blog... :)
    eqa => orang kuantan dan sudah berpunya... :)
    hisyam => orang pahang. entri yang berilmu... :)
    caroline => blogger dari seberang laut... :)
    pidot otai => rajin mengendap blog aku... :)

    ~TQ~

    Husband vs Wife

    >> 17 Jun 2010

    Husband: Do you know the meaning of W I F E? It means, Without Information, Fighting Everytime!

    Wife: No darling, it means, With Idiot For Ever.

    *********
    Wife: I wish I was a newspaper, so I'd be in your hands all day.

    Husband: I too wish that you were a newspaper, so I could have a new one everyday.

    *********
    Doctor: Your husband needs rest and peace. Here are some sleeping pills...

    Wife: When must I give them to him?

    Doctor: They are for you!

    Pendapat Tentang Imam Muda

    >> 16 Jun 2010

    erm... artikel ni diperoleh dari Berita Harian Online bertarikh 15 Jun 2010. seorang sahabat ni telah memberikan pendapat beliau mengenai rancangan imam muda di tv tuh. moh kongsikan...

    ‘Imam muda tak layak pimpin solat, jurunikah’

    SAYA rasa semua pihak sudah maklum mengenai rancangan yang disiarkan pihak Astro di saluran Oasis iaitu program realiti TV pencarian Imam Muda.

    Tidak dinafikan program seperti ini memberi banyak peluang kepada anak muda menunjuk bakat mereka tetapi saya juga beranggapan pihak Astro janganlah mengambil kesempatan ke atas senario ini tanpa memikirkan impaknya.

    Agama bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia tidak seharusnya menjadi bahan untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak. Ia sepatutnya dipelajari dengan penuh sifat ketakwaan bukan dengan niat untuk memenangi hadiah.

    Satu daripada hadiah yang bakal diterima oleh juara pertandingan ini adalah sebuah kereta bernilai RM150,000, lumayan sekali. Selain itu, pemenang akan menjawat jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Senangnya hendak menjadi imam sekarang ini, sedangkan perkataan iman itu sendiri membawa maksud yang amat dalam dan bukan calang-calang orang boleh digelar imam. Macam manalah agaknya nasib imam muda ini pada masa depan jika ada imam yang lebih layak menyandang jawatan itu.

    Peserta Imam Muda ini mestilah berusia antara 18 hingga 27 tahun. Ternyata di sini apa yang saya nampak, golongan remaja yang bakal menjadi imam muda ini tidak sesuai untuk memimpin jemaah ketika solat, menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami isteri malah lebih besar tanggungjawab yang bakal mereka kendalikan di kalangan masyarakat kita ini.

    Jika seseorang itu berjaya menjadi imam muda, adakah secara tidak langsung ia akan mula menimbulkan perasaan riak dan takbur di dalam dirinya? Bagaimana imam yang berjiwa seperti ini mampu untuk membimbing makmumnya?

    Saya rasa perkara ini tidak harus diambil sambil lewa dan tidak wajar dipermain-mainkan.

    AHMAD NIZAM HASHIM,
    Ampang, Selangor.

    okeh... sebelum ni, banyak orang memberi komen yang positif mengenai rancangan imam muda ni. tu daripada tinjauan aku la. positif tu di sini bermaksud menyokong la rancangan tu. tapi lepas baca artikel dalam berita harian ni, macam betul gak pandangan sahabat kita ni. kita kalau orang buat something ada kaitan sikit dengan agama terus kita pikir WAH, BAGUS LAH! padahal mungkin sebaliknya. eh... kita pulak. mungkin aku je kot yang pikir macam tu. korang mana mungkin pikir macam tu kan...

    Interview

    >> 15 Jun 2010

    erm... aku lagi 2 hari lagi nak habis praktikal. memang plan nak dok rumah tengok world cup la lepas ni. hari tu tawaran sambung belajar dah tolak. memang lama ar rasa dapat lepak kat umah. biarpun aku kompem time dok rumah nanti suasana bosan tu banyak tapi perasaan nak bebas dari praktikal ni memang membuak buak ma...

    dan dan tadi dapat call kena gi inteview keje lak. ikutkan kena pergi esok tapi aku bitau praktikal hari jumaat ni habis. jadi, masa ditukar kepada hari isnin depan lak. company dari nilai. sape la nak tolak offer interview...

    tapi terlalu cepat lak rasa. cam tak ready lagi pun ada. aku hajat nak dok rumah dalam sebulan dua ni dulu. nak kosongkan kepala otak aku ni balik. ceh... macam keje time praktikal banyak guna kepala otak lak. kenapa la time time macam ni...

    aku ni lak macam tak bersyukur dapat interview. lagi pun bukan kompem dapat keje pun lagi. baru interview. kena pergi je la dulu... temanya di sini, aku tak puas hati ma...

    Suka or Terpaksa Layan

    >> 14 Jun 2010

    erm... adakah musik itu lagu atau lagu itu musik? lebih kurang la tu kot. dan aku percaya, banyak orang sepi tanpa musik. ada orang suka dengar pop, ada orang suka dengar rock, dan tak salah kalau nak suka dangdut sekalipun. ada orang layan justin bieber, ada orang layan amy searh dan tak salah juga kalau nak layan ramlah ram ma...

    apa yang nak disampaikan di sini, setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam mendengar musik. juga, aku sure setiap orang pun akan memilih masa yang sesuai untuk mendengar musik. ada orang selesa mendengar musik ketika sedang menyiapkan soalan matematik tambahan, ada orang selesa mendengar musik semasa menyediakan mee maggi ketika lapar dan ada yang lagi hebat, selesa mendengar muzik ketika membaca...

    disebabkan setiap manusia ni berbeza-beza, bukan semua orang boleh melakukan seperti yang dinyatakan di atas. ada orang hanya selesa mendengar musik apabila kepala otaknya berhenti berfungsi. maksudnya bebas daripada memikirkan perkara-perkara yang perlu dipikirkan. dan golongan ini sudah pasti tidak selesa apabila mendengar musik ketika membaca. kompem!

    dan aku ingin mengaitkan musik ini dengan apa yang aku terpaksa tempuhi saban hari. aku tidak mempunyai minda yang terlalu cergas. jadi, aku sukar untuk memahami penulisan teman-teman ku di blog jika itu merupakan kali pertama aku membaca penulisan mereka. keadaan menjadi bertambah sukar apabila aku tiba-tiba didendangkan dengan lagu kegemaran mereka. malangnya, pembacaan aku tiba-tiba diganggu dengan lagu kegemaran mereka tu dan mood untuk membaca tu terus bertempiaran dan lesap sekelip mata...

    erm... mereka mungkin cakap, "blog aku, suka hati aku la", tak pun kalau nak sopan sikit "mampos ko la". memang betul apa yang diluahkan tu tapi kena sedar la sikit. orang lain-lain ma. cara nak feel baca blog sure dah lain-lain. bosan gak kalau asek nak blogwalking je. tak sampai kemana pun. sekali sekala nak gak tinggal komen. tapi bila suasananya macam tu, benda simple jadi sukar ma...

    kenapa tak mute volume? loh... kalau masuk nak baca blog mereka tak kan asek kena buat macam tu je kot. bosan ma...

    terus kepada point utama. tak salah pun kalau nak pasang lagu dalam blog kita ma, tapi kena pikir keselesaan orang lain gak. pilih la pemain lagu yang memberi pilihan kepada pembaca. maksudnya yang boleh di-pause-kan. tak de la nampak macam memaksa sangat kalau orang lain masuk baca kat blog kita. kita kena la sedar, lagu yang kita layan tu tak semestinya menjadi pilihan orang lain ma. tu je motip aku... hoho...

    LELAGU : The Siblings - Hanya Kau


    LIRIK : The Siblings - Hanya Kau

    hanya kau yang selalu kurindu
    wajahmu sering mewarnai hidupku


    hanya kau hanya engkau
    yang selalu kucinta selamanya



    [Korus]


    apa saja yang kau pinta
    akan kutunai segala


    wahai dewi kaulah penyeri
    di kala aku sepi ketika kusendiri
    oh sayang kehadiranmu umpama
    sinar suria



    [Korus]


    bagaimana aku bisa melupakan dirimu
    hingga keakhir hayatku
    cubalah kau renungi kata-kata ku ini
    satu-satunya di hatiku hanya kau sayang

    Aku Kaki Bangku

    >> 12 Jun 2010

    kaki bangku
    Erm...kaki bangku. Ia membawa maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak. Sebagai seorang lelaki, agak sukar gak kalau dilahirkan berkaki bangku ni. Perempuan tak kisah la. Memang tak sesuai pun bagi aku kalau perempuan main. Dan aku sebagai lelaki tergolong dalam kumpulan kaki bangku ni. Kaki bangku masuk air yang kritikal.

    Bagaimanapun, bola sepak merupakan sukan kegemaran aku. Serius aku suka tengok bola biarpun aku tak pandai main. Tambah-tambah lak time World Cup ni. Memang sesuai sangat la sebab lepak umah je lepas ni. Kalau tak de World Cup, dapat tengok Man U main pun dah puas dah. Favourite team aku tu...

    Untuk rekod, last aku main bola sepak di atas padang besar ialah semasa aku form 3 rasanya. Tu pun sebab ada subjek pendidikan jasmani. Minat tak minat kena main gak. Tapi time tu aku rasa aku semangat lagi nak main bola. Kaki tengah aktif lagi time tu biarpun tak sehebat mereka yang lain. Apa yang boleh dibanggakan kat sini sebab aku pernah score goal. Bukan 1 ma, lebih dari 1 la kot. Boleh gak story kat anak cucu nanti kalau dorang tanya.

    Kalau main futsal lak, aku rasa baru 2 kali dalam seumur hidup aku jejak masuk dalam gelanggang futsal. Main sebab dipaksa time tu. Aku dah cuba explain yang aku tak pandai main tapi player tak cukup katanya. Aku sahut je la tugasan tu. Namun, nasib dalam futsal tidak menyebelahi aku. Tak pernah score goal langsung time main futsal. Passing pun terabor. Kalau anak cucu tanya aku nanti, aku nak jawab yang futsal tak wujud lagi time tu. huhu...

    Bagi aku, tak salah kalau nak main bola biarpun tak sehebat mana. Aku tengok orang lain pun tak de la hebat mana tapi mereka bersungguh-sungguh dalam game. Aku ni je kot pelik sikit. Selalu pikir kalau main nanti semua orang akan pandang. Padahal dorang wat dono je. Konon-konon jadi perhatian, macam hebat sangat lak. Tu la masalah besar aku.

    Lagipun, aku malas la memberi harapan kat kawan-kawan lain. Nanti bila mereka tengok aku main, mereka mesti hampa kawan ngan aku. Jadi, elok aku simpan je kaki bangku aku ni ma...

    Top 10 Tallest Ladies

    cinta itu buta. itulah orang selalu cakap. aku tak berpegang sangat pada ayat tu. orang pun selalu cakap jodoh semua di tangan tuhan. yang ni aku percaya. tuhan pun ada cipta makhluk yang lain dari lain. ada yang tinggi dan ada yang ketot. tapi kalau terlebih tinggi macam mana? bahagiakah pasangan tu nanti? nak tido sekatil pun boleh mendatangkan masalah kot. tapi jawapan itu semua pada si punya badan. kalau korang nak tau, korang test la dulu. cari sorang. ada bran? so, marilah tengok awek-awek yang tinggi kat dunia ni...


    Yao Defen claims to be the tallest woman in the world, with 7' 8" (233 cm). She weighs 200 kg (440 lbs) and has size 26 (UK)/78 (EU) feet. Her gigantism is due to a tumor in her pituitary gland.

    aku tengok kasut dia pun dah seram ma...pituitary gland tu kelenjar di bawah otak.

    Paras Rupa Dan Blog

    >> 11 Jun 2010

    erm... entri pe tah ni. papepun penulisan perlu diteruskan. aku nak tau. paras rupa pemilik blog boleh membantu dalam kejayaan blog mereka ke? maksud kejayaan di sini dari aspek bilangan pembaca dalam sehari, bilangan follower, bilangan komen dan bilangan perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan kejayaan. bilangan dapat cek daripada nuffnang pun kira boleh masuk gak tu.

    orang mesti berkata-kata; paras rupa tak penting, yang penting pengisian dalam blog tu. aku pun rasa macam tu gak. tapi ada nada-nada halus dari sudut hati aku ni menyangkal kanyataan tu. bila perkara tu berlaku aku nak kongsikan la. dah nama blog pun KONGSA KONGSI kan. AKU SUKA, AKU KONGSI. camdoh punya tagline.

    berbalik kepada tajuk aku pada hari ini; aku selalu masuk skodeng-skodeng blog mereka ni. siapa mereka ni? mereka ni merupakan kerabat aku dan kawan-kawan yang sudi masuk blog aku dan tulis kat shoutbox "salam ziarah", "selamat pagi" dan macam-macam ayat lagi la. jadi, bila masuk tu automatik aku boleh tengok berapa rat dia punya follower. berapa banyak komen untuk satu entri. dan, hasil perskodengan aku ni membawa keyakinan akan kebenaran teori aku ni. hoho... mereka yang mempunyai rupa paras yang TERBAIK mempunyai bilangan follower yang banyak dan komen yang memberangsangkan jiwa.

    kalau dari pandangan kat dunia realiti ni lak, paras rupa tak penting. yang penting ayat manis. pandai main ayat sikit kompem boleh dapat ma. tapi aku tak dapat la sebab ayat aku bertaburan di sana sini. statement ni dari pandangan aku ma. korang lain sebab mata lain-lain.

    tapi bila pikir balik, agak tak masuk akal gak. orang malaysia kan tau beza kualiti dan diskriminasi. tak kan la rakyat malaysia nak buat macam tu. dah follower ramai, kompem-kompem la komen pun banyak. lagipun mereka tu kuat berusaha. tu pasal dapat berjaya macam tu ma. jadi contohilah mereka.

    kesimpulannya, hati kecil aku masih berkata-kata; PARAS RUPA membantu dalam kejayaan mereka... dan aku konfius sebenarnya. PARAS RUPA or RUPA PARAS ek? lantak la. da nak habis pun ma...

    Adab Mendengar Azan



    Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
     
    Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
    'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan. Jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'.

    Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
     
    Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba. Maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
     
    'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami...Amin...amin...amin Yarobbala'lamin...'

    Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah...

    Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

    Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia... Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

    Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

    Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

    Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

    Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan azan tidak putus-putus.

    Allahu Akhbar!

    Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah sering kali berfikir 2 atau 3 kali... FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

    APAN menambah : okeh...macam ayat kat atas tu. marilah kongsikan info ni. tak susah pun. aku tak forward guna email. wat masuk blog terus. orang nak baca ke tak terserah pada si punya badan. yang penting maklumat sudah disampaikan. sama-samalah kita amalkannya. selamat!!!

    Tawaran Sambung Belajar

    >> 09 Jun 2010

    erm...hari tu aku ada isi permohonan secara online nak masuk UniKL. mana tau boleh sambung up sikit dari diploma aku sekarang ni. ye la...sekarang ni last sem. apply kerja or continue study je la pilihan yang ada. berbelah bagi gak dengan status UniKL ni. tapi disebabkan ada kawan-kawan lain yang pernah masuk sana aku pun konfiden je la. dan UniKL ni terbahagi kepada banyak institut di bawahnya macam IPROM, BMI ngan MFI.

    aku isi permohonan ni last minute time tu. bukan last minute gak. time dah habis tarikh permohonan dah. bila semak status lepas tu lak dinyatakan yang permohonan aku bergantung kepada kekosongan. dan aku terima je la alasan tu sebab salah aku yang isi lambat. aku pun terus tak masuk dah laman web tu.

    hari ni aku bosan kat office (praktikal). jadi aktiviti mengular pun dimulakan dengan meng-online-kan diri. tiba-tiba lak terdetik nak semak status permohonan UniKL tu. dan berita baik aku peroleh daripada aktiviti gelap aku tu. permohonan aku untuk sambung belajar diterima dan aku akan ditempatkan di Institute of Product Design & Manufacturing (IPROM). program aku lak ialah Bachelor of Engineering Technology (HONS) In Industrial Design selama  4 tahun.

    tetapi nasib aku malang sebab aku lambat bertindak. daripada kenyataan yang aku baca dalam tu, aku perlu memberi maklum balas penerimaan sebelum 26 Mei 2010. sekarang ni dah 9 Jun ma. aku dianggap menolak tawaran kalau tak bagi maklum balas sebelum tarikh 26 Mei tu. uish...gawat ni.

    usaha aku diteruskan dengan menghubungi pihak berkenaan. aku call dan di-answer oleh kakak sorang ni. dia menyambungkan aku kepada pihak lain yang lebih arif dengan pertanyaan aku ni. ye la...aku nak tau apa yang boleh aku buat. aku nak undur masa kompem-kompem da tak boleh ma. tapi pihak yang lebih arif tu tak angkat telepon lak. aku disuruh untuk call balik dalam masa 20 minit lagi. rasa mengalah tu mula datang dah...

    dalam masa menunggu 20 minit tu, aku sempat berpikir lagi. apakah harus aku meneruskan hajat aku ni? nak sambung belajar ke tak ni? kalau tunggu UPU pun boleh lagi aku rasa. lagipun kerja insyaallah ada. hmm...jadi, aku give up untuk tanya. melepas aku nak masuk UniKL biarpun program yang ditawarkan tu memang pilihan hati ku.

    kesimpulannya di sini, janganlah kita bersikap sambil lewa dalam menentukan masa depan kita. biarpun kita tak sayang diri sendiri, cuba sayangkan orang yang menyayangi kita tu. rasa menyesal tu memang ada biarpun keputusan aku nanti tak semestinya masuk daftar sana...sudah habis!!!

    MALAYSIA di-BOIKOT?

    >> 08 Jun 2010

    kisahnya bermula... hari ni aku berhajat membuat satu carian di internet berkaitan boikot barangan yang menyokong israel. ye la... nak cari bahan sebab nak wat entri baru. aku memasukkan kata kunci 'boikot' je dalam kotak google search tu. tapi hasil yang aku dapat lari daripada hajat utama aku tadi. hmmm... jadi gak la ni nak wat bahan untuk entry baru.


    salah satu hasil carian google tu ialah sebuah group di dalam facebook yang menggunakan nama BOIKOT MALAYSIA. 1st time aku jumpa group ni. mungkin ada yang dah pernah masuk kot. aku tau dulu hubungan Malaysia dan Indonesia ni pernah tegang sikit kes salah faham pasal sebuah tarian. aku pun tak berapa sure akan nama tarian tu. tapi lebih kurang macam tu la isunya. aku tak sangka pulak isu ni memberi inspirasi kepada sesetengah makhluk ni untuk menubuhkan group BOIKOT MALAYSIA ni. dan kemungkinan besar yang create group ni pun rakyat sana la. aku explore gak group tu tadi. baca-baca komen dan orang mesia pun ada komen dalam tu. dorang bertindak sebagai pembela kepada segala pertuduhan yang dilemparkan dalam group tu. aku malas nak komen. bukan boleh setel pun.


    isu ni dah lama dan dalam media sekarang pun dah tiada berita pasal ni dah. kalau tak silap aku isu ni tahun lepas lagi. tapi, aku nak bagitau kat sini yang group ni still aktif lagi dan kegiatan kutuk-mengutuk tu masih berlaku lagi. sampaikan isu yang tak berkait pun mereka boleh bahaskan gak. yang lucu sekali pasal thomas cup baru ni. boleh lak tiba-tiba naikkan kekalahan malaysia dalam tu. banyak lagi la. tak percaya masuk sendiri la tengok ma.


    sehingga entri ni di post, jumlah ahli yang terkumpul dalam group ni melebihi 9000 orang. lagipun bukan payah pun nak join group dalam facebook ni. just klik LIKE je. setel!

    nasib baik masih ada yang waras sebab memberi komen-komen yang positif. maksudnya mereka tidak memburukkan mesia sebaliknya mengajak semua untuk berdamai. lebih kurang macam tu la.

    gambar blur? klik gambar untuk enlarge
    kalau korang nak cuba try usha group ni klik SINI!!!

    LELAGU : I Kill Your Boyfriend - Konspirasi Kehancuran

    Aku Baru Tengok Citer Tu

    >> 06 Jun 2010

    time citer tu tengah tayang kat tv dulu aku tak sempat tengok. ye la, mende tayang petang-petang. lagipun penat baru balik dari office lagi bes kalau baring-baring dalam bilik. kawan-kawan yang lain asek dok sembang pasal citer tu. tambah lak time aku turun kelantan baru ni nak present latihan industri kat kolej aku, kawan-kawan aku yang lain pun menyarankan aku suruh tengok citer tu. dan-dan pulak time tu sume episod citer tu dah siap di-download. eh...tak gak. sampai episod 22 je. aku rasa semua sekali sampai 23 episod kot.

    erm...aku jarang tengok drama melayu ni. tambah-tambah lagi kalau pasal cinta. lain la kalau tengok ngan kawan-kawan. kalau tengok sorang memang tak kan tengok kot. tapi disebabkan sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri aku ni, aku pun try la layan. aku tau citer ni adaptasi dari satu movie ni dulu. so, aku paham la sikit-sikit jalan citernya. dan untuk citer ni lak, boleh lak aku gi layan sorang-sorang. memang ada rasa gak feel tu. aku pun terima la ramai orang cakap citer ni bes. memang pun kot.

    time aku tengok citer ni gak aku perasan yang heroin tu mempunyai masalah dalam menyebut 'R'. mula-mula pun aku tak perasan tapi bila da masuk dekat 10 episod tu memang nyata dan jelas sekali. agak lucu gak. tambah lak time scene yang banyak menggunakan huruf R tu. macam terseksa je aku tengok dia tu. tapi muka cun tak pe. segala kekurangan tu orang tak pasan sangat kot.

    dan secara realitinya tak kan berlaku macam dalam citer tu sebab semua tu lakonan je. agak menyampah pun ada ngan watak-watak dalam tu sebab boleh bikin penonton panas je ma. kalau aku ada shot gun time tengok boleh meletup kot laptop aku. cam cilakak je. tapi aku ni tengok gak. dan sekarang ni aku tengah tunggu masa yang sesuai untuk tengok episod last. mamang aku tau macam mana ending dia, cuma nak saksikan sendiri ngan mata aku ni. agak malu gak sebab kawan aku ni perempuan. tapi bila tanya pasal citer ni dia layan 3 episod je. aku boleh lak layan sampai habis...biar la. da citer bes. jadi macam tu la. huhu...

    Promosi Siri Televisyen Dengan Berbogel

    >> 04 Jun 2010

    It was a cheeky and unexpected sight that greeted commuters as they boarded a Tube into work. But the four naked men and women certainly livened up the usually dull journey for many people – attracting gasps from stunned workers.

    Carrying handbags or briefcases to cover their modesty – and wearing shoes – the nudes travelled on escalators and rode in the carriages as though their lack of suitable attire was completely normal.

    oh...kenapa nak bawak handbag and briefcase? ada rasa malu lagi la ni? or takut kena tungau?

    bogel

    "Kami Prihatin"

    >> 03 Jun 2010

    sekarang ini musim membuang bayi begitu meriah sekali. mereka iaitu ibu bapa bayi malang tersebut membuang anak mereka seperti membuang sampah. buktinya, terdapat bayi yang dijumpai di kawasan pembuangan sampah dan beberapa kawasan strategik yang lain. berita-berita mengenai isu ini hampir setiap hari terdapat di kaca televisyen dan surat khabar. dan sebagai rakyat, aku turut menonton dan membaca berita mengenai isu ini.

    "Kami Prihatin". itulah salah satu kempen yang telah dijalankan untuk membendung gejala ini daripada berlaku. pasti banyak rakyat yang memandang positif kempen ini kerana rakyat kita yang penuh dengan belas kasihan ini tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi comel yang cukup sifat mati ditinggalkan oleh ibu bapa sendiri. aku sebagai manusia biasa turut bersimpati ke atas nasib mangsa-mangsa kerdil ini.

    dan mereka iaitu pihak yang bertanggungjawab memimpin negara kita ini menyokong sepenuhnya kempen sebegini. bagi mereka gejala ini boleh menjejaskan nama negara. mereka sibuk membincangkan bagaimana untuk mencegah masalah membuang bayi ini. mereka turut menyediakan sebuah tempat untuk bayi-bayi yang ditinggalkan ibu bapa. namun, apa yang aku lihat masih ada bayi yang dibuang oleh ibu apa mereka. aku sedar bukan mudah untuk membendung sepenuhnya masalah ini.

    kebanyakan bayi yang dibuang disebabkan oleh keterlanjuran ibu bapa bayi tersebut yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. dari sudut islam pula disebut zina dan salah di sisi agama. kenapa keterlanjuran ini tidak dibincangkan? bukankah mencegah lagi elok daripada mengubati. atau mereka hanya menggunakan istilah itu untuk kempen mencegah denggi.

    tunjukkanlah keprihatinan yang sebenarnya. mereka tidak patut prihatin kepada bayi-bayi yang dibuang sahaja sebaliknya prihatin kepada syariat kita.

    LELAGU : Sky Juice Coffee - Losing Melody


    LIRIK : Sky Juice Coffee - Losing Melody

    [Verse1]
    I can feel your gentle touch on my heart
    Reminds me to hold on for just a little while
    I can see youre smiling at me, the love in your eyes
    I long to snuggle close, my fears are taking flight


    [Chorus]
    Im losing you
    (Ive been weeping out
    For a long time
    Now its time to die)
    Im losing you, my heart calls out
    (Ill prove no pride
    Blind my eyes out
    Now its time to die)
    Wanting you and me in this special place of mine
    The world of outside


    [Verse2]
    I can feel your presence surrounding me (be in love with you)
    I know deep in my heart our love was meant to be (nor death do us apart)
    I can see the shining bright lights on you (my love my only one)
    Why you are the one whos going to leave me here alone on my own


    [Pre Bridge]
    Dying as you saved my life
    But why you didnt save yours?
    Why dont you just let me die?
    So I wont cry for you


    Turn back the time and you will see
    Our love is strong and shimmering
    No one will never ever fractious me
    Buried a lie and set us free
    Destiny will never in our hands
    But still we could amend our being
    Looking back at the story that weve made
    Deny the fate and let me scream


    [Bridge]
    Should you see me here?
    Should you see me now?
    Ill keep our promise until the end of time

    Amalan Mengelakkan Santau

    >> 02 Jun 2010

    Apakah amalan yang selalu digunakan untuk menghindarkan diri daripada santau?

    Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali.

    Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali lagi.


    Setelah dibacakan ayat tersebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita dibolehkan untuk meminumnya. Namun sekiranya tidak ada, maka sebaiknya jangan diminum.

    Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca,


    Jika terdapat racun santau insyaallah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah.

    Surau al-Quraisy hendaklah dijadikan amalan daripada terkena racun santau dan dan juga sebarang gangguan.

    sumber : Dato' Haji Ismail Kamus

    APAN menambah : doa makan pun jangan la lupa lak...moh amalkan bersama.

    Makan Malam Semalam

    >> 01 Jun 2010

    KALAU nak feel lebih...sila baca dalam mood lapar dan pokai. KALAU...

    aku seorang bujang. tidak pandai memasak tapi pandai memakan. malam tu lak aku bernasib kurang baik sebab tuan rumah tak masak. kalau tak, boleh tumpang sekali. disebabkan luck yang kurang baik tu, aku terpaksa mencari kedai makan berdekatan untuk dinner. well...biarpun pokai, destinasi tetap ditujui.

    pada malam tersebut, aku cuba ubah destinasi aku. aku nak tukar port. memang banyak kedai makan area sini tapi yang aku pernah pergi tak sampai suku dari semua kedai makan tu kot. so, aku try cari kedai yang tak ramai orang. sebab kalau ramai orang aku tak sanggup tunggu lama ma. perut sudah lapar...

    then, sampailah aku kat sebuah kedai ni. memang tak ramai orang lansung. customer ada tiga orang je kot time tu berbanding dengan kedai-kedai yang aku pernah pergi sebelum ni. macam biasa, aku order nasi goreng + sup kosong bersama tea o beng. bagi aku, mampu milik la tu sebagai seorang student yang dah nak merdeka...

    beberapa minit kemudian, sampailah santapan aku yang telah di-order tu. 1st time nampak kaler nasi goreng tu pun aku dah rasa lain dah. tapi aku pikir mungkin sebab lighting kat kedai tu kot. lagipun orang cakap don't judge a book by its cover. orang cakap la...tapi bila aku makan nasi goreng tu memang lain betul rasa. mungkin sebab selera aku malam tu betul-betul dah berubah kot. ayam ngan sotong yang dicampur dalam tu rasa ala-ala shusi pun ada. mentah ma. nasi goreng pun tak cukup rasa. hampa aku malam tu. aku makan separuh je. tiba-tiba kenyang bila dah rasa makanan cam tu. time kira lak mereka tu wat suprise lagi. harga memang mahal daripada kedai yang aku makan sebelum ni. banyak betul elemen kejutan malam tu. cilakak!

    akhirnya aku tau kenapa kedai tu tak ramai orang. aku yang sengal je tak mengerti awal-awal sebelum ni. lantak la. lain kali jangan ambil risiko sangat macam tu dah r. kepuasan selepas lapar yang patut dinikmati tu tak de ma...cis mereka!

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP