Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris

>> 29 Jun 2012

Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).

Review Mael Lambong: Memang Kelakar Tapi Agak Terlampau

Peminat filem tempatan mesti dah atau nak tengok filem Mael Lambong. Tarikan utama filem ini sudah tentunya sebab lakonan Zizan dengan watak yang sebelum ini dibawanya dalam Maharaja Lawak Mega. Mael Lambong yang mencari makan sebagai penarik kereta profesional amat cemerlang dalam melakukan tugasnya. Di awal cerita, penonton diperkenalkan dengan kehebatan Mael Lambong menarik pelbagai jenis kereta. Lori pun tidak terkecuali.

Cerita mula berkembang apabila watak Maria lakonan Juliana Evans muncul. Bermulalah perjalanan Mael Lambong bersama Maria ke satu destinasi. Daripada situ diceritakan juga kenapa muka Mael Lambong berparut. Jalan cerita keseluruhannya menarik dan tidak membosankan.

Aksi Selamba Burung Camar Bersarang Sangat Dekat Dengan Landasan Keretapi

>> 28 Jun 2012

Pemilihan kawasan rumah yang dekat dengan jaringan pengangkutan awam adalah satu pilihan yang bijak. Selain dapat menjimatkan masa, kita juga dapat menjimatkan kos seharian. Memang berguna jika anda seorang manusia tapi bagaimana pula jika pilihan tersebut dibuat oleh seekor burung? 

KONGSA KONGSI

Tak salah kalau burung pun nak buat keputusan sebegitu. Apa yang perlu dikisahkan sangat kan? Tapi bila dah terlalu rapat dengan laluan, sampai ke kita pula yang terasa bahayanya. Rakaman gambar ini diambil di Perhentian Mallaig di Lochaber, Scotland. Kelihatan seekor burung camar bersarang betul-betul di sisi landasan keretapi di perhentian itu.

Rabu Yang Bisu #48 - Astro Oasis

>> 27 Jun 2012

7 Tahun Berlatih Kemekkan Muka Untuk Rekod Dunia

>> 25 Jun 2012

Tang Shuquan, 43, berasal dari Bandar Chengdu, Sichuan, China mempunyai kebolehan unik yang membolehkannya mencatat nama dalam Guinness World Record. Dia yang diberikan gelaran 'most twisted face' dalam Guinness World Record mampu 'mengemekkan' mukanya seperti dalam gambar. Memang tak nampak comel tapi sekurang-kurangnya dia dah dapat $10,000 dan pingat.

KONGSA KONGSI
Tang Shuquan, most twisted face in the world

Tang menghabiskan masa selama 7 tahun untuk mendapatkan hasil yang paling sempurna dalam mengemekkan mukanya sebelum mendedahkan kebolehannya kepada umum 10 tahun yang lalu. Dia mendakwa bakat yang dimilikinya adalah yang paling sempurna dan tiada tandingan.

Berakhir Sudah Liga Blogger Malaya

>> 24 Jun 2012

Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai EPL telah melabuhkan tirainya pada 13 Mei lepas untuk musim 2011/2012. Jaringan minit akhir permainan membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan liga sekaligus meyebabkan Manchester United berduka bersama penyokong-penyokongnya.

Berakhirnya liga tersebut bermakna berakhir juga Liga Blogger Malaya yang telah dimainkan sepanjang musim 2011/2012 ini. Memang dah lama habis, baru teringat nak update pasal liga fantasi ni. Tambah pula musim Euro 2012 sekarang, takut semakin tertunda nanti.

Di bawah, kedudukan 10 teratas para peserta dalam Liga Blogger Malaya. Nasib baik tercapai juga sasaran untuk berada dalam kelompok 10 teratas. Jumlah keseluruhan pasukan yang menyertai liga ini adalah sebanyak 48 pasukan. Kira ok la team aku dapat no. 7 daripada 48.

Buatan Malaysia: 10 Ragam Pemilik Kereta (Bahagian 2)

>> 23 Jun 2012


Lagi 10 ragam pemilik kereta di Malaysia dalam gambar-gambar berikut. Macam-macam gaya dan karenah ada bagi menonjolkan kewujudan kereta mereka di atas jalan raya.

Keadaan di mana spoiler sama tinggi dengan bumbung

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

>> 22 Jun 2012

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Kenapa Suami Merokok

Isteri: "Abang, dah berapa kali saya cakap. Jangan merokok di dalam rumah!"

Suami: "Iya, abang tau sayang".

Isteri: "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan".


Suami: "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok ni, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan gejala merokok di negara kita".

LAGU & LIRIK: Pesawat - Mesti Mau

>> 21 Jun 2012


Download mp3 Pesawat - Mesti Mau


Rabu Yang Bisu #47 - Ayam Melintas

>> 20 Jun 2012

Video Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi

>> 19 Jun 2012

Dikhabarkan kemalangan berlaku pada hari Jumaat melibatkan kereta Toyota Camry yang dipandu oleh mangsa dengan kelajuan 200 km/j ketika itu tiba-tiba "drift" sebelum berpusing berkali-kali menyebabkan 4 orang yang berada di dalamnya meninggal dunia di tempat kejadian. Siap ada anggota badan yang terputus dan terpelanting di atas jalan raya!

Al-Fatihah... - Apa Khabar Orang Kampung


Beratur Panjang Di Pesta Durian Kota SAS, Pahang

Mesti ramai yang sukakan buah durian. Bagi penggemar durian sekitar Kuantan, hari Ahad bersamaan 17 Jun lepas telah dijalankan satu pesta durian di Kota SAS. Mungkin dianjurkan oleh pihak pemaju untuk memperkenalkan Kota SAS kepada orang ramai. Aku dan beberapa rakan yang lain kali pertama masuk sini. Kawasan 'elit' katakan...


Nak juga merasa suasana pesta durian. Kalau kena bayar sekalipun, kami sanggup je. Nak beli, belum waktu kemuncak durian lagi sekarang. Harga pun mesti payah nak nego. Jadi, ini salah satu inisiatif untuk berjimat cermat sambil melepaskan gian makan durian.

Bila Diri Amat Diperlukan

>> 18 Jun 2012

Sebagai pekerja bawahan, sebolehnya aku akan mengikut segala arahan daripada pihak atasan. Walaupun bukan semua yang ditugaskan itu kesukaan aku, nak tak nak kena siapkan. Janji apa yang disuruh itu dalam waktu pejabat dan boleh dicas kalau kena kerja lebih masa. Orang baru macam aku payah nak bagi alasan. Tambah-tambah bujang, selalu sangat jadi mangsa.

Jika satu-satu kerja lewat seperti yang telah dijadualkan, suasana kelam kabut pasti berlaku. Payah betul nak terima bila pukul 5 petang hari Jumaat, waktu orang lain berkemas untuk bebas dari pejabat, tiba-tiba orang suruh tunggu. Katanya, sekejap je.

Sekejap-sekejap pun, pukul 5 pagi baru balik rumah. Kejap apa macam tu. Entah boleh cas lagi ke tak la projek tu. Nasib baik bukan aku seorang masa tu. Laju sikit kerja. Kalau tak, esoknya mesti kena masuk kerja balik walaupun perancangan di hari cuti banyak sekali (update blog je padahal).

20 Gambar Kereta Mewah Bintang Bola Sepak Euro 2012

Memandangkan demam Euro 2012 yang sedang berlangsung kini, mari kita tengok salah satu koleksi kereta 20 bintang bola sepak Euro 2012. Peluang yang diperolehi mereka untuk bermain dalam liga-liga besar Eropah di samping pendapatan yang lumayan menjadikannya tidak mustahil. Tambah-tambah bagi pemain yang sering menjadi sebutan ketika jendela perpindahan. 

1. Artem Milevsky - Mercedes-Benz G 55 AMG

2. Cristiano Ronaldo - Ferrari 599 GTO

Binaan Di Atas Kubah Masjid Nabawi - Kubur Atau Jendela?

>> 15 Jun 2012

Cerita tentang binaan yang didakwa kubur di atas Masjid Nabawi boleh mengejutkan banyak orang. Lepas je aku baca cerita tu melalui email, aku memang semangat untuk kongsikan dalam blog. Selepas menjalankan sedikit kajian, majoriti pendapat menolak kesahihan cerita ini. Untuk mengelak daripada menyampaikan maklumat palsu, aku pun batalkan niat untuk kongsi.

Tak lama selepas cerita kubur di atas Masjid Nabawi menjadi popular, satu email lain telah diterima yang mengatakan cerita tu tidak benar dan dihuraikan seperti di bawah.

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi.

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi

Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah.

Salah Seorang Akan Mati Bila Bergambar Bertiga

>> 13 Jun 2012

Bahaya apabila bergambar bertiga atau dalam ayat lainnya, ada tiga orang dalam satu gambar. Kesannya membawa kepada kematian salah seorang daripada individu dalam gambar tersebut. Mati percuma hanya kerana bergambar. Mesti pernah dengar larangan ini kan?

Aku sendiri pun pernah dengar tapi tidak meyakinkan aku untuk percaya. Semakin meningkat dewasa, kekerapan mendengar larangan macam ini semakin berkurangan. Mungkin disebabkan peredaran masa yang telah sedikit sebanyak membilas pemikiran orang sekarang.

Apakah motif yang mengatakan tak boleh? Apa kesan buruknya? Orang dulu-dulu banyak mencipta pantang larang. Diakui, kebanyakan penciptaan pantang larang tersebut untuk tujuan kebaikan. Contohnya; kalau duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul. Moralnya, bantal yang kita guna untuk alas kepala semasa tidur tidak sesuai untuk melapik punggung. Masuk akallah kan?  Aku sendiri pun tak sanggup memunggungkan bantal aku. Tapi, kalau ada yang betul-betul dah naik bisul, dijemput kasi maklum sama saya.

Rabu Yang Bisu #46 - Transmisi Manual


Kelazatan Burger Ular Indonesia

>> 12 Jun 2012

Difahamkan, terdapat restoran di Indonesia yang menyediakan hidangan snake burger atau burger ular kepada para pelanggan. Ular-ular ini ditangkap dari kawasan sekitar sebelum diproses untuk menjadi daging burger. Proses yang menggiurkan itu dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah.


Bahagian dapur beroperasi umpama sebuah kilang yang penuh dengan ular di segenap ceruk. Pada peringkat awal, ular akan dipotong kepalanya. Kemudian, diasingkan kulitnya yang bersisik dari bahagian badan. Ia seterusnya dibersihkan sebelum dicincang dan dicampur dengan bahan perasa. Sungguh menggiurkan bukan?

8 Stadium EURO 2012 & Jersi Home+Away Pasukan Bertanding

>> 09 Jun 2012

Sepak mula perlawanan pertama UEFA EURO 2012 telah bermula. Perlawanan yang menemukan tuan rumah bersama, Poland berkesudahan seri 1-1 menentang Greece. Kad merah pertama kejohanan telah dilayangkan dalam perlawanan ini. Tidak cukup satu, kad merah sekali lagi keluar dari poket pengadil.

Aku tak berapa ghairah menonton perlawanan pembukaan EURO 2012 sebab kedua-dua pasukan bukan pasukan kegemaran aku. Sementara menunggu perlawanan-perlawanan berikutnya, apa kata kita layan dulu gambar-gambar di bawah. Sedia maklum, lapan buah stadium telah digunakan secara rasmi untuk perlawanan EURO 2012. Masing-masing empat stadium di Poland dan Ukraine.

National Stadium, Warsaw, Poland
1. National Stadium, Warsaw, Poland

Bahaya Makan Kepak Ayam

>> 08 Jun 2012

Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.


KISAH BENAR: Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

*sista - (Ubat) ketumbuhan di dlm tubuh atau di bawah kulit yg mengandungi cecair.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Dia bergegas turun ke pakar sakit puan untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Info & Jadual Perlawanan Euro 2012 Waktu Malaysia

>> 07 Jun 2012

Euro 2012 yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi di Poland dan Ukraine merupakan UEFA European Football Championship edisi yang ke-14. Bermula pada 8 Jun ini dan akan berakhir pada 1 Julai 2012 nanti. Waktu Malaysia yang cepat beberapa jam menyebabkan para peminat bola sepak di sini terpaksa berjaga malam untuk melihat pasukan kegemaran mereka bermain.

Ini merupakan kali ketiga penganjuran Euro yang menggabungkan dua negara sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Belgium-Belanda (2000) dan Austria-Switzerland (2008) pernah menjadi tuan rumah bersama.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran jaguh Eropah. Euro 2012 bakal menjadi kali terakhir format 4 pasukan dalam setiap 4 kumpulan digunakan. Dalam edisi 2016 akan datang, penyertaan pasukan bertanding akan dinaikkan kepada 24 pasukan.

Rabu Yang Bisu #45 - Jimat Kos

>> 06 Jun 2012


10 Pertemuan Menarik Antara Sungai-sungai Di Serata Dunia

>> 05 Jun 2012

Dalam geografi, istilah "gabungan" atau "fusion" merujuk kepada tempat pertemuan dua atau lebih takungan. Ia boleh menjadi suatu tempat pertemuan aliran ke dalam sungai utama atau tempat di mana dua sungai bertemu, membentuk satu sungai dengan nama yang berbeza. Dalam entri ini, 10 tempat pertemuan menarik antara sungai-sungai terpilih dapat dilihat dalam gambar-gambar berikut dengan jelas.

Pertemuan Sungai Rhone dan Arve di Geneva, Switzerland.
1. Pertemuan Sungai Rhone dan Arve di Geneva, Switzerland.

Cara Menangkap Ikan Yang Unik

>> 03 Jun 2012

Jarang sekali tengok orang guna cara ini untuk menangkap ikan. Mungkin lebih tepat kalau aku mengaku tak pernah kot. Paling biasa pun kalau tengok orang guna joran, jala atau pukat. Memang unik habis yang ini.


Kaedah yang tidak diketahui namanya ini menggunakan sejenis binatang yang kelihatan seperti itik. Biasanya kita menggunakan cacing untuk dijadikan umpan, yang ini menggunakan itik sebagai 'umpan'.

Hukum Cukur Bulu Dada

>> 01 Jun 2012

Telah dikongsikan sebelum ini kelebihan memiliki bulu dada pada seorang lelaki. Jika perempuan yang memiliki bulu dada, bukan namanya kelebihan, lebih kepada kekurangan. Itu pun kalau betul-betul wujud perempuan sedemikian. Harapnya mereka cekal menghadapi hidup.

Sebagai salah seorang dalam kalangan lelaki, pernah timbul persoalan berkaitan bulu dada ini. Bolehkah kita cukur atau cabut bulu dada? Ilmu aku sebelum ini mengatakan tidak boleh sehingga aku terbaca beberapa penulisan awam selepas itu. Orang perempuan tidak ditegah untuk membaca sebab isi dalam maklumat di bawah bukan berkaitan bulu dada semata-mata. Umum ma...

Dalam kes mencabut rambut/bulu dari badan manusia, ulama membahagikannya kepada 3 kategori:-

  1. Rambut/bulu yang dilarang dicabut/cukur. Cth: bulu mata, janggut bagi lelaki.
  2. Rambut/bulu yang digalakkan dicabut/cukur. Cth: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
  3. Rambut/bulu yang didiamkan dalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP