Makan Malam Semalam

>> 01 June 2010

KALAU nak feel lebih...sila baca dalam mood lapar dan pokai. KALAU...

aku seorang bujang. tidak pandai memasak tapi pandai memakan. malam tu lak aku bernasib kurang baik sebab tuan rumah tak masak. kalau tak, boleh tumpang sekali. disebabkan luck yang kurang baik tu, aku terpaksa mencari kedai makan berdekatan untuk dinner. well...biarpun pokai, destinasi tetap ditujui.

pada malam tersebut, aku cuba ubah destinasi aku. aku nak tukar port. memang banyak kedai makan area sini tapi yang aku pernah pergi tak sampai suku dari semua kedai makan tu kot. so, aku try cari kedai yang tak ramai orang. sebab kalau ramai orang aku tak sanggup tunggu lama ma. perut sudah lapar...

then, sampailah aku kat sebuah kedai ni. memang tak ramai orang lansung. customer ada tiga orang je kot time tu berbanding dengan kedai-kedai yang aku pernah pergi sebelum ni. macam biasa, aku order nasi goreng + sup kosong bersama tea o beng. bagi aku, mampu milik la tu sebagai seorang student yang dah nak merdeka...

beberapa minit kemudian, sampailah santapan aku yang telah di-order tu. 1st time nampak kaler nasi goreng tu pun aku dah rasa lain dah. tapi aku pikir mungkin sebab lighting kat kedai tu kot. lagipun orang cakap don't judge a book by its cover. orang cakap la...tapi bila aku makan nasi goreng tu memang lain betul rasa. mungkin sebab selera aku malam tu betul-betul dah berubah kot. ayam ngan sotong yang dicampur dalam tu rasa ala-ala shusi pun ada. mentah ma. nasi goreng pun tak cukup rasa. hampa aku malam tu. aku makan separuh je. tiba-tiba kenyang bila dah rasa makanan cam tu. time kira lak mereka tu wat suprise lagi. harga memang mahal daripada kedai yang aku makan sebelum ni. banyak betul elemen kejutan malam tu. cilakak!

akhirnya aku tau kenapa kedai tu tak ramai orang. aku yang sengal je tak mengerti awal-awal sebelum ni. lantak la. lain kali jangan ambil risiko sangat macam tu dah r. kepuasan selepas lapar yang patut dinikmati tu tak de ma...cis mereka!

11 komen:

Caroline Ng May Ling 7:09 PM, June 01, 2010  

alamak! kesiannya.. haha. relax n ambil pengajaran. hehehe.. :)

paie.zah 8:15 PM, June 01, 2010  

u silap. kene pilih kedai yg bes n try sume order die. baru move to kedai lain. haa ikut petua i ne :D

APAN 8:22 PM, June 01, 2010  

caroline: tu la pasal...x gi dah situ pasni...:)
paie: wah...u ckap mcm i ni da keje lak. take long time to achieve that ma...:)

Nina Nurziana 8:55 PM, June 01, 2010  

haha.. saba saba... haha

paie.zah 9:34 PM, June 01, 2010  

ishh. xkeje pn boleh buat. smpai u dh bosan dgn sume order tu baru u tuka kedai pulak :D

APAN 9:52 PM, June 01, 2010  

mcm mne nak bosan ma...kalau da lapar xde istilah bosan tu...
bahan je...
huhu...

APAN 9:53 PM, June 01, 2010  

mcm mne nak bosan ma...kalau da lapar xde istilah bosan tu...
bahan je...
huhu...

APAN 9:56 PM, June 01, 2010  
This comment has been removed by the author.
Fay Nana (Cik Fana) 10:17 PM, June 01, 2010  

tak sanggup nak amik risiko gi kedai mkn lain kalau x biasa dan bile dah POKAI!! :D at least ade expeience kann. :)) lepas ni takyah gi kedai tu lagi.:P

meowwmania 11:17 AM, June 02, 2010  

len kali masak megi je kat umah,

mee megi cpt dimasak cpt dimakan ngeh ngeh~

APAN 2:20 PM, June 02, 2010  

mmg xaku xkan jejak kedai tu cik yana.huhu...

xkan hari2 mkn megi kot...keding la aku ma...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP