22 Perkara Dalam 22 Tahun

>> 31 Julai 2011

erm...payah gak nak perah memori ni. di bawah ini antara beberapa perkara yang aku nak kongsikan pasal diri aku...
  1. aku pernah dibapakan oleh tiga orang bapa. seorang bapa kandung dan dua orang bapa tiri...
  2. mula berkaca mata ketika darjah dua sampai sekarang...
  3. mula ditumbuhi jerawat ketika darjah enam...
  4. foto tingkatan 1
  5. mula merokok ketika tingkatan dua dan akan berhenti suatu hari nanti...
  6. keluarga aku ada bela kucing, ayam, arnab dan dua ekor beruk. aku lebih cenderung untuk bergaul dengan dua ekor beruk tu berbanding yang lain...
  7. binaan yang paling besar pernah dibina ialah reban arnab belakang rumah aku. 90% aku buat. tapi sekarang dah usang...
  8. pengalaman hidup di asrama bermula dari tingkatan satu sampai habis diploma = 8 tahun...
  9. pernah tengok orang kebumikan jenazah secara lansung masa sekolah rendah. tak ingat darjah berapa...
  10. pernah kantoi ponteng sekolah. guru disiplin siap naik atas bas masa nak balik...
  11. pernah belajar taekwando (yellow belt kot) dan silat gayong (bengkung putih kot) masa sekolah dulu. tapi sekarang dah lupa...
  12. pernah mempunyai housemate yang tak pernah panggil nama aku, 'AFHAN'. tah dia ingat ke tak la nama aku masa tu...
  13. handphone pernah kena curi sebanyak dua kali...
  14. baru dua kali main futsal dalam gelanggang futsal kot...
  15. baru dua kali pergi dengar ceramah ustaz azhar. nasib baik membe ajak...
  16. tiada pengalaman dalam kemalangan yang menyebabkan jahit menjahit dan pancutan darah. pernah terbabas je...
  17. tiada pengalaman berkhatan dengan tok mudin @ tukang sunat tradisional...
  18. tiada pengalaman dalam memandu kenderaan empat roda. lesen pun tak de lagi ma. belum datang semangat nak ambil...
  19. follower blog ini lebih ramai daripada friend aku kat facebook...
  20. status perhubungan yang sentiasa single (oh...ini bukan ayat desperate ye)...
  21. mempunyai hubungan jarak jauh dengan seorang kawan perempuan selama lebih enam tahun. sampai sekarang tak pernah jumpa tapi masih berhubungan...
  22. bukan pemakan sayur yang agresif. aku lebih cenderung untuk makan sayur kubis dan taugeh sahaja...
  23. anti daging kambing...
kenapa 22? sebab hari ini 31 julai 2011. genap 22 tahun aku hidup kat atas muka bumi ni dan... aku tahu aku masih muda dan gagah lagi. haha... alhamdulillah!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP