Apa Itu Impala? Adakah Rusa Atau Antelop?

>> 30 July 2011

entri ini ditulis berdasarkan entri aku sebelum ni, Hubungan Intim Pemangsa Dan Mangsa. dalam entri tersebut terdapat satu perkataan yang menimbulkan persoalan kepada sesetengah pembaca yang rajin komen.

perkataan yang dimaksudkan, 'impala'. impala tu rusa ke? aku pun bukan paham sangat mende ni. lebih kurang gini la...

sumber WikipediaImpala ialah seekor antelop Afrika bersaiz sederhana. Nama impala berasal daripada maksud bahasa Zulu, "gazel". Mereka dijumpai dalam savana dan kawasan semak tebal di Kenya, Tanzania, Swaziland, Mozambique, Namibia Utara, Botswana, Zambia, Zimbabwe, Angola Selatan, Afrika Selatan dan Uganda. Impala boleh dijumpai dalam bilangan sehingga 2 juta di Afrika.
klik SINI untuk pembacaan penuh!

antelop? mende pe lak tu?

contoh antelop
Antelop (kecuali pronghorn) ialah bovid (mamalia daripada keluarga lembu/bovidae), bermakna ia lebih berkait rapat kepada lembu. Mereka mempunyai tanduk kekal - ada teras bertulang tanduk yang semakin tumbuh dari bahagian atas tengkorak, dan keratin (sama seperti dalam kuku anda) tumbuh pada bahagian ini untuk membentuk tanduk itu sendiri. Tanduk disimpan sepanjang hayat. Kebanyakan spesis, kedua-dua jantan dan betina mempunyai tanduk.

contoh rusa
Rusa ialah cervid (mamalia daripada keluarga rusa/cervidae) yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti elk (rusa besar) dan moose (rusa Amerika Utara). Mereka mempunyai tanduk - struktur bertulang yang tumbuh dari tengkorak untuk setengah tahun. Apabila musim mengawan sudah tamat, tanduk mereka tertanggal. Hanya jantan mempunyai tanduk, dan ia dibuat sepenuhnya dari tulang - bukan keratin.
klik SINI untuk pembacaan penuh!

kesimpulan yang boleh dibuat ialah,

Rusa dan antelop kedua-duanya dalam order Artiodactyla, tetapi keluarga yang berbeza - rusa dalam keluarga Cervidae, dan antelop dalam keluarga Bovidae. Oleh itu, anda boleh merujuk rusa sebagai cervine (rusa atau berhubungan denga rusa), dan antelop sebagai bovine (lembu atau berhubungan dengan lembu).

Salah satu daripada perbezaan utama antara kedua-dua keluarga ini ialah cervid mempunyai tanduk yang dipanggil antler, manakala bovid mempunyai tanduk yang dipanggil horn.


tanduk dengan nama antler
Antler ialah struktur bercabang yang dibuat sepenuhnya daripada tulang walaupun ia dilindungi di kulit dengan velvet iaitu kulit lembut seperti bulu yang meliputi antler seekor rusa apabila ia membesar. Antler akan susut dan kembali tumbuh setiap tahun. Hanya jantan yang mempunyai struktur ini dalam semua spesis kecuali reindeer (salah satu spesis rusa). Kedua-dua jantina reindeer mempunyai antler (antelop jantan adalah lebih besar dan lebih terperinci).

tanduk dengan nama horn
Horn ialah struktur tidak bercabang yang dibuat daripada tulang dan bersarungkan keratin. Horn akan kekal dan tidak akan tertanggal. Dalam sesetengah spesis seperti kerbau dan seladang, kedua-dua jantina mempunyai horn, manakala spesis lain seperti impala dan kudu, hanya jantan mempunyai horn.
klik SINI untuk pembacaan penuh!

APAN menambah : sumber rujukan dalam bahasa inggeris. untuk meningkatkan kadar pembacaan, aku translate kepada bahasa melayu. walaupun bahasa inggeris itu universal, target pembaca aku buat masa ini adalah rakyat Malaysia. jika terdapat kesilapan, sila maklumkan.

uish...lama kot aku nak buat entri ni. kalau korang still tak paham lagi tak tau la. memang kejam ma. kepada yang macam keliru dengan istilah dalam  entri sebelum ni diharap dapat membantu anda mengurangkan kekeliruan tersebut. 

kiranya impala tu bukan rusa la kan? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP