Serigala Termasuk Dalam Najis Mughallazah

>> 23 September 2011

Babi dan anjing adalah najis mughallazah. Bagaimana pula dengan serigala? Adakah ia di dalam kategori berkenaan?

MARINA, Singapura


Jawapan : Menurut Kamus Dewan (2005: 1471) serigala sejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kelabu). Ia juga disebut sebagai canis lupus, iaitu sejenis anjing hutan dan cyon rutilans.

Istilah bahasa Inggeris untuk serigala ialah "gray wolf" atau "grey wolf" atau sekadar "wolf" (http://en.wikipedia.org/wiki/Gray_wolf; juga lihat http://commons.wikimedia.org/wiki/Canis_lupus).

Memandangkan serigala termasuk dalam golongan anjing atau spesies kanin (canine species), hukumnya sama dengan anjing. Mazhab Shafie menghukumkan anjing dengan najis mughallazah (berat) sama dengan babi.

Justeru segala hukum berkaitan dengan anjing seperti jilatan dan pemeliharaan diguna pakai dan perlu diambil kira.

sumber : myMetro
klik SINI untuk pembacaan penuh

juga disertakan di bawah ini video ringkas bagaimana untuk menyucikan najis mughallazah :


APAN menambah : info di dalam entri ini mempunyai unsur keagamaan kepada pembaca. jika terdapat kesilapan hukum atau maklumat, harap boleh dikongsikan untuk manfaat bersama. selamat beramal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP