Diet Rasulullah SAW

>> 15 November 2013

MOHON BACA DAN SEBARKAN MAKLUMAT INI!

Artikel ini pada mulanya dikongsikan pada 25 November 2011. Sudah hampir 2 tahun usianya dalam blog dan aku rasa banyak orang yang dah baca atau kongsi mende ni. Selepas menerima teguran daripada seorang pembaca dan melakukan sedikit carian di Google dan YouTube, aku andaikan artikel yang sebelumnya megah dikongsikan hanyalah artikel palsu atau hoax.

Diet Rasulullah SAW

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan sesuka hati kita sahaja. Inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga makannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut atau keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)

CARA MAKAN

  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit tetapi kalau tidak percaya, cubalah. Kesannya tidak dalam jangka pendek? Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan-amalan lain antaranya:

  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi: "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

Sumber: Pelbagai Cerita

Teguran atau komen yang diterima pada 3 September 2013

Aku rasa lebih baik aku betulkan entri ni daripada remove seperti yang disarankan. Sekurang-kurangnya cuba untuk memperbetulkan keadaan. Mana tahu ada yang mencari "diet Rasulullah" atau terjumpa balik entri ni. Berikut beberapa video ringkas yang menerangkan isu ni. Harap boleh luangkan masa sekejap untuk menonton.




Harap video-video yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Kalau rasa tak cukup atau kurang faham, rajin-rajinkan diri untuk cari sendiri ye. Mungkin huraian dalam video-video tidak menyeluruh berkaitan artikel. Tapi, atas faktor keselamatan dan kesesatan, anggaplah semua yang dikongsikan dalam artikel sebelum ni tak boleh pakai! Bak kata Dr. Asri, sila rujuk pakar kesihatan.

Bila cuba masuk sumber asal pun tiba-tiba lenyap dari dunia maya. Ingat nak kongsikan dengan tuan blog tu gak. Harap maaf dan sila maklum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP