6 Hubungan Aneh Antara Binatang

>> 28 January 2012

Sudah banyak gambar dan artikel yang boleh dijumpai mengenai hubungan aneh antara binatang. Dalam banyak-banyak yang diperolehi, ada 6 kes yang ingin aku kongsikan di sini. Semuanya bukan berlaku secara semulajadi. Setiap kes ada unsur campur tangan manusia di atas sebab-sebab tertentu. Kalau tak, mustahil hubungan kebinatangan seperti ini boleh terhasil sendiri kot.

Kucing Betina Dan Tikus Jantan (2002)

Auan dan Jeena. Jilat-jilat ada makna ke tu?

Auan, seekor kucing betina yang berusia 7 tahun berkongsi hidangan dengan Jeena, seekor tikus jantan berusia 3 tahun. Gambar diambil di sebuah rumah seorang petani di tengah wilayah Phichit, 281 kilometer utara Bangkok pada 7 Ogos 2002. Pemilik haiwan ini berkata Auan berjumpa Jeena tiga tahun lalu dan kemudian mereka menjadi rakan sepermainan.

Serigala Dan Keldai Berkongsi Kurungan (2007)

Keldai yang tersedia untuk disantap bertukar menjadi teman kepada serigala.

Seekor serigala dan seekor keldai berkongsi satu kurungan di bandar Patok, barat laut Albania, kira-kira 25 km dari ibu kota Tirana. Gambar yang diambil pada 9 Mei 2007 ini menunjukkan serigala dan keldai bersama-sama. Keldai ini pada mulanya bertujuan untuk diberi makan kepada serigala yang telah ditangkap di pergunungan utara Albania tetapi mereka umpama tertarik antara satu sama lain. Mereka terus tinggal bersama di dalam kurungan dan menarik perhatian penduduk kampung dan media tempatan yang tertanya-tanya akan kejadian itu. - China Daily

Anjing Bulldog Mengasuh Anak Harimau Bengal (2007)

Kalau harimau Bengal mengasuh anak anjing bulldog apalah yang jadi agaknya?

Seekor anjing bulldog Perancis bermain dengan anak harimau Bengal yang berusia dua minggu. Anak harimau ini telah diabaikan oleh ibunya. Gambar diambil pada 11 May 2007 di Zoo Shirotori, Higashikagawa di Jepun. Menurut pihak zoo, si anjing menjaga anak harimau seperti anaknya sendiri. - ALF (Yuriko Nakao/Reuters)

Ibu Kucing Menjaga 7 Ekor Anak Ayam (2007)

Nimra menjaga tujuh ekor anak ayam. Kucing vegetarian agaknya.

Nimra, kucing yang berusia setahun duduk bersama anak-anaknya dan tujuh lagi anak ayam di Amman pada 13 Mei 2007. Nimra telah menjaga anak-anak ayam ini selepas kematian ibu mereka sebulan yang lalu. - People's Daily Online (Xinhua/Foto Reuters)

Beruk Kurang Upaya Bertemankan Arnab (2008)

BoonLua dan Toby. Kalau beruk ni cukup anggota, masaklah arnab ni diperlakukan.

BoonLua, seekor beruk berekor panjang tinggal bersama dengan seekor arnab, Toby di wilayah Ayutthaya, kira-kira 50 batu ke utara Bangkok. Gambar yang diambil pada 6 September 2008 ini menunjukkan BoonLua berusia 6 tahun pada ketika itu. Ia kehilangan kedua-dua belah kaki dan sebelah tangannya selepas diserang anjing. Ia mengheret dirinya ke sebuah kuil berdekatan di mana ia menerima rawatan dan terus hidup. Kini, ia tinggal di dalam kurungan yang telah diubahsuai dengan seekor arnab. - thetelegraph.com.au

Ibu Anjing Menyusukan Anak Panda (2009)

2 ekor anak panda merah disusukan oleh ibu angkat mereka.

Di Zoo Taiyuan di wilayah Shanxi di bahagian utara China, seekor panda merah telah melahirkan dua ekor anak pada 25 Jun. Malangnya, selepas dilahirkan anak-anak panda ini diabaikan oleh ibu mereka. Jadi, kakitangan zoo memutuskan untuk mencari ibu angkat yang sesuai. Beberapa anjing betina yang baru melahirkan anak dipertimbangkan untuk tujuan ini. Selepas pemilihan dijalankan, seekor anjing betina milik seorang petani terpilih untuk dijadikan ibu angkat. - Los Angeles Times (Lindsay Barnett Photos: Associated Press)

Betullah semua kes yang berlaku di atas bukan secara semulajadi kan? Tapi ada satu kes ni (banyak lagi sebenarnya), aku rasa yang ni semulajadi kot. Sebagai binatang, tak mungkin beliau di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Tak percaya tengoklah sendiri. Kalau tak puas hati, boleh kasi zoom gambar sampai pecah. Dan kalau ada pakar zoologi atau pakar dalam bab-bab kebinatangan, minta tolong jelaskan tabiat di bawah ini. Apakah yang sedang berlaku?

Rogol atau liwat ni?

Kalau gambar di atas ini dianggap sebagai normal, cuba tengok video di bawah ini pula. Mungkin aneh. haha...


Masih tak aneh? Boleh sambung baca 5 Perkahwinan Manusia Dengan Binatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP