Pencemaran Sungai Citarum

>> 17 Januari 2012

Sungai Citarum terletak di Jawa Barat, Indonesia. Ia mempunyai peranan penting kepada kehidupan penduduk Jawa Barat sebagai sumber bekalan air, pertanian, perikanan, perindustrian, pembetungan, elektrik dan sebagainya. Terdapat tiga empangan janakuasa Hidroelektrik di sepanjang sungai ini iaitu Saguling, Cirata dan Ir. H. Djuanda (Jatiluhur) untuk membekalkan elektrik ke kawasan Bandung dan Jakarta.

Kira-kira lima juta orang tinggal di kawasan sungai ini, sekaligus menyebabkan berlaku pencemaran yang teruk. Tidak hairan jika sungai ini pernah dikenali sebagai sungai paling tercemar di dunia.







Pada 5 Disember 2008, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman $500 juta untuk membersihkan Sungai Citarum. Lebih kurang Rp35 trilion ($4 bilion) telah digunakan untuk pemuliharaan pada November 2011. Dalam 3 tahun pertama, disasarkan 10.5 juta meter padu mendapan akan dikeluarkan dari sungai itu.

Salah satu usaha yang digerakkan oleh kerajaan Indonesia untuk membersihkan Sungai Citarum (2011).

Elakkan perkara ini daripada berlaku di negara kita. Tak pasal-pasal kena pinjam duit bank dunia. Semakin banyak hutang negara. Ekonomi semakin sengsara.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP