Review Journey 2: The Mysterious Island

>> 30 Januari 2012

Kelapangan dan kebosanan di hujung minggu dikesempatkan dengan aktiviti tengok wayang di ECM. Pembacaan review Underworld: Awakening, yang kurang memuaskan di beberapa blog menyebabkan Journey 2: The Mysterious Island terpilih untuk dijadikan bahan tontonan. Rabak sikitlah sebab cerita ni 3D. Harga sudah tentu mahal sikit.

Sinopsis: Sebuah filem kesinambungan daripada filem hit 2008 "Journey to the Center of the Earth", filem "Journey 2: The Mysterious Island" bermula apabila Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri yang disangka tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan yang pelik dan banyak rahsia yang menakjubkan di sana. Selepas gagal menghalang Sean meneruskan niat untuk pergi ke pulau tersebut, Hank (Dwayne Johnson) menyertai usaha anak tiri barunya itu. Bersama-sama dengan juruterbang helikopter (Luis Guzman) dan anak perempuan yang cantik (Vanessa Hudgens), mereka berlepas untuk mencari pulau itu. Mereka berusaha menyelamatkan satu-satunya penghuni tunggal di pulau itu dan bekerjasama keluar sebelum pulau itu tenggelam bersama dengan khazanahnya buat selama-lamanya.


Antara barisan pelakon: Dwayne Johnson, Josh Hutcherson, Luis Guzman dan Vanessa Hudgens.

Kagum dengan kebolehan The Rock 'menggoncang' dadanya yang berketul tu. Macam mana dia buat entah. Aku pernah cuba, tapi tak pernah nak jadi. Katanya pompuan suka laki guna gaya tu. Karut! haha...

Kali pertama tengok 3D. Lemahnya kena sarung 2 spekmata sebab aku ni rabun. Takde rasa kurang selesa sangat. Lagi tak selesa kalau tanggal salah satu rasanya. Memang feel lain sikit bila tengok 3D.

Rata-rata pun berpuas hati dengan cerita ni. Takde rasa bosan. Ditambah dengan adanya Luiz Guzman yang membawakan unsur-unsur komedi bersama The Rock dalam tu. Boleh la...

Tapi mungkin juga sebab aku tengok cerita ni dalam 3D. Kalau tengok dalam 2D tak tahu la feel macam mana pula nanti. Yang penting, esok kena bangun awal ma. Kerja!

Semua maklumat dan gambar diperolehi daripada page facebook Journey 2: The Mysterious Island.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP