Serangan Harimau Bintang Di India

>> 17 January 2012

Seekor harimau bintang dewasa telah menyerang dan mencederakan empat orang selepas tersesat ke kawasan perumahan di Guwahati, India. Seorang penduduk berjaya mengurung harimau bintang tersebut selepas ia masuk ke dalam sebuah rumah. Ia dikunci sehingga pegawai jabatan hutan tiba dan diberikan ubat pelali.

Serangan menyebabkan seorang lelaki terbunuh dan tiga cedera. 

Seorang saksi berkata, mereka terkejut harimau bintang itu berada di dalam rumah dan tidak lama kemudian ia mula menyerang. Salah seorang yang cedera di kepala dan mukanya dimasukkan ke hospital. Harimau itu telah dibawa ke Zoo Negeri Assam di Guwahati.

Salah seorang mangsa yang diserang.

Disebabkan serangan itu, mangsa cedera parah. Nasib baik masih hidup.

Harimau bintang yang telah diberikan ubat pelali dikerumuni orang ramai dan wartawan.

Dibawa untuk 'soal siasat' ke sebuah zoo tempatan.


Pegawai jabatan hutan percaya harimau itu tersesat dari kawasan bukit kecil berhampiran, mungkin untuk mencari makanan. Bukit-bukit di sekitar Guwahati diliputi dengan hutan tebal. Disebabkan banyak kawasan hutan telah diteroka untuk pembangunan, serangan oleh haiwan liar semakin meningkat kerana habitat yang terancam dan kekurangan sumber makanan. - Mail Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP