Kisah Tragis Mitsubishi Lancer Dicucuk Proton Inspira

>> 16 May 2012

Kisah ini boleh dikatakan top story dalam email baru-baru ini. Siapa yang selalu dan suka membaca atau melanggan email, mesti ada perasan kisah antara sebuah kereta Jepun dan kereta Nasional ini. Kisah ini pun aku dapat melalui email. Pembacaan menarik kepada mereka yang belum baca dan pemandu kereta. Berikut kisahnya...


Cerita daripada seorang kawan c99limited.com.

Lebih kurang pukul 6 petang 6 Mei 2012, aku masuk highway PLUS dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j. Tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dengan kereta aku. Then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow Inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow, hati kering driver Inspira tu! Kereta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j, then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal Inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi. So, aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jalan tak rata aku nampak Inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je, so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lanser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu tak nak ke tepi tapi terus tekan minyak dan Inspira tu terus cucuk. Hmmm, kereta yang sama, cuma pengilang yang berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer!

Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagi pun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw. Hmmm, mungkin ada hikmah tu. So, aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka, ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yang bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk Lancer dengan rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak Inspira, Lancer, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak Lancer tu melanggar pagar kiri highway dan melintas depan kereta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yang menghala ke Terengganu.

Sewaktu Lancer tu di udara, sebuah kereta di laluan sebelah betul-batul berada di bawah Lancer tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila Lancer tu dah terhempas ke laluan sebelah, ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan Lancer tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berhenti, aku perasan penumpang Lancer yang duduk di depan dah kaku.

Sebaik je aku berhenti, aku terus berlari ke Lancer tu untuk membantu. Aku antara orang terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah highway untuk ke laluan sebelah ada seorang brother yang berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!! Menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yang aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yang tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu semua terus berhenti. Aku terus pergi ke Lancer tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seat belt' dan airbag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk ke depan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.

Aku periksa pemandu - lelaki, masih memakai seat belt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yang ada kat situ supaya jangan sentuh mangsa yang dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan Lancer tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan. Terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak - dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yang tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulillah, ada sorang pak cik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yang mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no. ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian, tetiba ada pak cik tu ambil phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai, terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So, aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan. Pastu dalam beberapa minit, polis, bomba, ambulans pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang-ulang kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yang datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dengan kaki yang menggigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je, 2 nyawa melayang, baby terpelanting ke luar kereta dan baby yang tak tau apa-apa kehilangan ibu bapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dengan kelajuan yang tak sampai 160km/j. Isteri aku kat sebelah trauma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol Gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dengan wife aku untuk tenangkan dia.



Lancer crash at 200km/j. Dari laluan Kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). Minyak engine + coolen mengalir keluar. 2 picture ni je aku ambik. Aku tak sampai hati nak ambik gambar mangsa.

*****
Agak-agak kereta apa la yang dipandu oleh saksi ini? Walaupun ada unsur 'kencang', tak salah rasanya kalau ambil pengajaran daripada kisah ini. Jiwa pemandu kita yang cepat terbakor semasa di jalan raya. Pantang orang cucuk sikit.

Turut disertakan dalam email ialah announcement di bawah. Dipercayai daripada pihak majikan isteri mangsa yang turut meninggal dunia dalam kejadian.

It is with deep sadness that we announce our colleague from Maybank Group Customer Care (MGCC), Siti Rohani Binti Abd Ahalim passed away yesterday, 6 May 2012 in a car accident at Lebuhraya Pantai Timur. Allahyarhamah Siti Rohani's husband was also a fatal victim in the same accident.

Allahyarhamah Siti Rohani, 26, was a Customer Service Executive at MGCC. Both of them were laid to rest at Kajang this morning. Their 6-month year old baby survived and is now being treated at Hospital Besar Kuantan, Pahang.

The demise of Allahyarhamah Siti Rohani is indeed not only a great loss to her colleagues and her loved ones but also to the Maybank Group. She will be deeply missed by all.

Al-Fatihah.

Dan video di bawah juga boleh dijadikan sebagai pengajaran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP