Review The Avengers: Kerjasama 6 Superhero Menyelamatkan Bumi

>> 05 Mei 2012

Malam Rabu lepas, aku bersama teman serumah baru merangkap teman sepejabat sempat melampiaskan keinginan kami untuk menonton filem yang ditunggu-tunggu, Marvel's The Avengers. Hajat untuk mendapatkan tiket yang lebih murah pada hari Rabu tidak kesampaian sebab masa tayangan kami pukul 11 lebih. Orang GSC yang jual tiket kabo kalau pukul 11 ke atas dah kira harga biasa. Hampa buat seketika. Masa tayangan yang lebih awal, seat yang tinggal semua tak best - depan sekali!


Walaupun teremosi semasa membuat bayaran, kami cuba meyakinkan diri dengan filem ini. Lagi pun, aku dah baca beberapa review dalam beberapa blog. Semuanya berpuasa hati. Lantak la, walaupun malam tu kami tengok gambar biasa je, bukan yang 3D, kami termakan dengan trailer filem ni yang sudah lama bermain di panggung. 

Seperti kebanyakan review The Avengers lain yang aku dah baca, aku hampir setuju dengan pendapat-pendapat mereka. Agak puas hati walaupun harga tiket tak semurah seperti yang dirancang. Nasib baik aku sempat layan semua filem adiwira Marvel sebelum ini. Kira kenallah semua watak dalam tu. Cuma, Black Widow dan Hawkeye je yang aku tak pernah kisahkan sebelum ni.

Macam Battleship jugalah. Tak perlu nak fikir jauh-jauh. Jalan cerita yang ringan dan aksi yang memukau. Aku setuju kalau ada yang mengatakan keseimbangan watak-watak adiwira dalam cerita ini - sama rata. Tapi bagi aku, Hulk paling best kot. Dan ramai yang tengok dalam panggung sekali aku pun seakan suka dengan watak Hulk sebab dia paling kelakar. Apa yang dia buat boleh buat orang kagum dan ketawa. Tak seperti Hulk yang ditunjukkan dalam filem-filem sebelum ini.

Namun, mereka semua saling bergantung antara satu sama lain untuk mengalahkan sekutu adik angkat Thor, Loki. Tidak dinafikan, durasi 2 jam setengah filem ini akan membuatkan sebilangan penonton kata filem ini agak 'slow'. Macam kami, kami cop filem ni slow tapi best!


Kalau ada sekuel, nak juga tengok labah-labah dan kelawar join da club!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP