Pengalaman & Rezeki Terlibat Dalam Projek Melaka

>> 13 Oktober 2012

Sudah lebih sebulan aku dan 2 orang rakan sekerja dari Kuantan bekerja di Melaka. Kami yang tak seberapa ini dihantar untuk membantu mereka yang telah berada di sana untuk jangka masa yang masih tidak diketahui. Itu sebab sekarang aku jarang kemas kini blog. Minta maaf juga sebab jarang masuk baca dan komen entri rakan-rakan blog.

"Projek Melaka" ini boleh dikelaskan sebagai projek bermasalah. Sepatutnya siap penghujung bulan Jun lagi kalau tak silap aku. Sampai ke hari ini, construction masih berjalan. Aku hanya sebagai pengganti orang lain yang pada ketika itu sudah menghantar notis berhenti kerja. Siapa tak sanggup kena hantar ke luar? Inilah peluang untuk mendapatkan extra income. Duduk office, makan gaji basic tak cukup ma...Alhamdulillah dengan rezeki dan pengalaman manis ini.

Selain melakukan tugasan di office, kami juga dikehendaki mendapatkan maklumat dari dalam "site". Lebih kurang 2-3 kali seminggu, kami akan turun laut. Pengangkutan yang digunakan untuk ke site adalah dengan menggunakan pengangkutan air. Seperti dalam gambar di atas, kami sedang menunggu bot.

Disebabkan masih under construction, pemandangan beginilah yang akan kerap dilalui. Kren merata-rata memunggah barang. Ini kali pertama aku masuk site selama 2 tahun aku bekerja di company aku sekarang.

Keberanian untuk berjalan di atas paip amat ditagih ketika mendapatkan apa yang diarahkan. Lama-lama pandang ke bawah, boleh gayat gak kot...

Ini antara apa yang diarahkan. Masuk site tangkap gambar "pipe support". Kira macam wartawan dalam site la...

Safety first...takde salah satu PPE yang diperlukan, menjawablah dengan safety officer.

Kami tak kisah kena kerah masuk site. Lagi best kot daripada buat kerja di office. Cuma, satu masalah akan timbul bila nak balik semula ke darat. Nasiblah kalau dapat naik bot. Kalau dah bercampur dengan "worker", naik feri atau bot besarlah jawabnya.

Beratur panjang untuk pulang semula ke darat. Pernah beberapa kali berlaku pergaduhan semasa beratur. Sekarang keadaan semakin terkawal sebab semakin ramai pegawai bertugas. Pelbagai bangsa ada dalam tu. Mentaliti pun macam-macam.

Kapal paling besar di atas ialah LNG carrier. Sudah lama standby kat situ. Belum siap untuknya berlabuh di sini memindahkan muatan. 2 gambar di bawahnya adalah salah satu feri dan bot yang digunakan sebagai pengangkutan. Feri hanya digunakan pada awal pagi dan lewat petang untuk membawa naik/turun pekerja. Setakat ini, baru 2 kali aku naik feri. Lagi best naik bot biasa sebab lagi cepat sampai darat.

Tak boleh mengelak untuk memasukkan gambar ini sekali. Sorry kalau ada yang rasa keterlaluan. haha...Sepanjang di Melaka ini juga, kami semua menginap di hotel. Masing-masing memilih bilik sorang satu. Sempat 3 hari je berada di Hotel Equatorial Melaka.

Bakinya, kami semua menginap di Holiday Inn Melaka. Sudah hampir sebulan di sini dan mungkin akan berterusan di sini sehingga diperlukan. Walaupun Equatorial lagi best, nak buat macam mana, sini lagi murah kot. Company pun bukan kaya sangat nak bayar. Kira untunglah orang bagi free...

Antara yang menarik di Melaka ialah makanannya. Aku rasa makanan di sini lagi murah berbanding di Kuantan. Rasa jimat semacam je kalau pergi makan. Entah le...Selain itu, Melaka ini sedang giat menambak pantainya. Tak cukup tanah mungkin.

Dan di bandaraya Melaka juga terdapat banyak pusat urut. Macam cendawan...moh datang Melaka!!!

Sedikit penambahan, aku tengok ramai membe yang dah konvo. Mesti ramai tengah cari kerja sekarang ni kan? Kalau yang ambil engineering tu, cubalah masuk ke bidang oil & gas. Tambah-tambah korang ada degree, engineer tu. Memang masyuk kot nanti, Insyaallah...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP