Video Mendebarkan Trafik Di Persimpangan Sibuk Tanpa Satu Pun Lampu Isyarat

>> 29 April 2014

Bayangkan situasi kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di Malaysia ketika waktu puncak. Pada waktu yang sama, lampu isyarat di salah satu persimpangan yang dilalui tidak berfungsi dan pihak polis trafik atau yang seangkatan dengannya gagal untuk menghadirkan diri mengawal lalu lintas. Bolok habis beb!

persimpangan bolok
Persimpangan sibuk di Meskel Square.
Berbeza dengan satu persimpangan di Meskel Square, di bandar Addis AbabaEthiopia ini. Satu lampu isyarat pun tak nampak di persimpangan ini. Lebih dasyat, jalannya bukan satu dua lorong, empat lima lorong beb. Ditambah dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan lagi. Daripada apa yang dipaparkan, persimpangan ini memang sibuk. Tengok video di bawah.


Dalam video berdurasi hampir dua minit ini, tiada sebarang malapetaka atau kecelakaan yang berlaku. Mungkin pergerakan dalam situasi sebenar lebih perlahan, tidak seperti dalam video, tetapi ianya tetap bolok. Untuk pengetahuan, persimpangan ini merupakan salah satu hotspot kemalangan di Addis Ababa. Dari 2004 hingga 2006, persimpangan bolok ini mencatatkan 237 kes kemalangan berat atau 8% daripada jumlah kemalangan keseluruhan di Addis Ababa. Jelaslah, lampu isyarat amat memainkan peranan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP