Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat Vietnam

>> 23 May 2014

Pernah lihat landasan keretapi sedekat ini dengan rumah penduduk? Pemandangan ini terdapat di Hanoi, Vietnam di mana keretapinya terpaksa melalui kawasan penempatan padat di sebuah bandar lama bandar tersebut.

tempat menarik di vietnam

Jarak di antara landasan dan bangunan di sini amat dekat, ditambah dengan penduduk tempatannya yang menjalankan aktiviti harian mereka di atas atau di bahu landasan. Sudah menjadi rutin harian di sini, mereka tahu bila keretapi akan tiba, lantas bergerak mengosongkan landasan untuk memberi laluan kepada keretapi.

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

Sejurus keretapi melepasi mereka, aktiviti sebelumnya yang terhenti seketika bersambung seperti biasa, termasuklah kanak-kanak yang dibiarkan bermain di sekitar landasan. Mujur, setiap hari hanya dua kali landasan ini dilalui, namun ia masih sesuatu yang berisiko.


Gambar-gambar ini diambil oleh seorang warga India, Ashit Desai ketika dia bercuti di ibu kota Vietnam itu.

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

tempat menarik di vietnam

Kematian disebabkan kemalangan berkaitan dengan landasan keretapi menyumbang 2% kepada jumlah keseluruhan kematian tahunan di Vietnam. Banyak kes berlaku di lintasan haram yang dibina dengan tidak mempunyai penghadang atau papan tanda amaran. Dianggarkan, terdapat 5,000 lintasan landasan keretapi haram di Vietnam dan pihak kerajaan di sana sedang mencari peruntukan untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan pada landasan keretapi mereka.

Pemandangan hampir serupa turut berlaku di sebuah pasar di Thailand.

Pautan: Mail Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP