Saya berusia 27 tahun dan ada teman lelaki. Kami bercinta sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, dia menetap di Kuala Lumpur manakala saya di Johor Bahru.
Masalahnya, saya mula jatuh hati kepada seorang warga Bangladesh yang bekerja di tempat sama dengan saya. Pada mulanya saya cuba menghindari perasaan ini.
Apabila saban hari dilimpahi rayuan dan kata-kata janji manisnya, saya tidak sampai hati dan mula jatuh cinta dengannya. Memikirkan hubungan kami tidak mungkin sampai ke mana, saya cuba lawan perasaan ini.
Saya paksa dia lupakan saya tetapi saya pula yang rindu padanya. Sampaikan saya ternanti-nanti panggilan serta SMS daripadanya. Akhirnya saya mengalah dan mula menghantar SMS kepada kekasih gelap saya.
Tambahan pula, saya pernah terlanjur dengannya sehingga ke tempat tidur. Mengingati peristiwa itu, saya pula berasa menyesal. Apakan daya, ia sudah terjadi dan disebabkan itu, saya sukar melupakannya.