Brickfields, Mu Tunggu Aku Datang!

>> 23 Januari 2014

Sebelum aku sampai ke sini, sempat bertanya kepada beberapa orang kenalan akan lokasi dan kemudahan pengangkutan awam di sekitar Brickfields ini. Disangka belum pernah jejak tetapi apabila sampai, it's look familiar. Zaman bersekolah di Lembah Klang dulu, aku pernah guna KL Monorail dari stesen KL Sentral. Tak tahu pula aku sedang berpijak di bumi Brickfields waktu itu.

brickfields
Brickfields, Kuala Lumpur

Aku memilih untuk memandu dari Kuantan pada lewat petang, mengenepikan pilihan sebelum itu untuk menaiki bas ekspres. Alhamdulillah, dengan berpandukan GPS, aku selamat sampai ke destinasi pada malamnya.

Jersi Rasmi 12 Pasukan Liga Super Malaysia 2014

>> 19 Januari 2014

Kemenangan 1-0 pasukan Pahang ke atas Lions XII dalam saingan Piala Sumbangsih memberi tiga mata berharga kepada skuad Tok Gajah dalam memulakan kempen Liga Super Malaysia 2014. 10 lagi pasukan lain dalam kempen Liga Super musim ini juga sudah memulakan perlawanan pertama mereka menentang lawan masing-masing.

Liga Super Malaysia 2014

Untuk makluman, 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia 2014; 6 pasukan negeri, 5 pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura. Sebelum terlewat, di sini ingin dikongsikan jersi rasmi yang digunakan oleh setiap pasukan dalam mengharungi kempen bola sepak sepanjang tahun 2014. 

Masalah Badan Kerap Berpeluh

>> 17 Januari 2014

Rasa malu boleh wujud bila mata orang tertumpu pada bahagian badan kita yang berpeluh terutamanya ketiak. Lebih teruk, kebanyakan mereka akan fikir kononnya kita tidak bersih. Lainlah kalau ianya disebabkan aktiviti fizikal seperti berlari atau berjoging kerana semua orang pun akan alami perkara yang sama. Masalahnya bila tiada aktiviti fizikal berat yang dilakukan, peluh tetap deras mengalir. Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah badan kerap berpeluh?

ketiak berpeluh

Sekilas fakta berkenaan peluh, ia berasal daripada darah dan mengandungi air serta natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuhan yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh.

Kangkung Najib Trending Laman Sosial

>> 14 Januari 2014

Susulan tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

kangkung

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

20 Binatang Bersaiz Luar Biasa

>> 11 Januari 2014

'Gergasi' dan 'raksasa', dua perkataan yang banyak digunakan dalam gambar-gambar berikut. Sesuai dengan saiz binatang-binatang ini, di sini dikongsikan 20 binatang bersaiz luar biasa.

20 Binatang Bersaiz Luar Biasa
Kumbang Titan boleh membesar sehingga panjang 6.5 inci (16.7 cm), namun ia bukanlah spesies kumbang terpanjang kerana gelaran tersebut milik kumbang Hercules Walaubagaimanapun, kumbang Titan mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding kumbang Hercules di samping si Hercules memiliki tanduk yang panjang, memberi kelebihan dari segi panjang keseluruhan.

Hukum Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

>> 09 Januari 2014

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai solat sunat tahiyatul masjid ketika khatib membaca khutbah. Bukankah kita dilarang melakukan apa saja ketika khutbah disampaikan? Dengan itu, bagaimanakah hukum atau kedudukan solat sunat itu?

Jawapan: Kepada saudara yang bertanya, sebenarnya ada hadis menyatakan demikian; "jika engkau berkata kepada temanmu, 'diamlah' ketika mana imam atau khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka tidak ada Jumaat baginya." Hadis ini diriwayatkan oleh enam ulama hadis daripada seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r.a.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Isu Bughah: Kerana Gelaran Atau Kejujuran Mufti?

BUGHAH - istilah yang digunakan oleh Mufti Perak sebagai alasan menghalalkan darah para peserta dalam Himpunan Turun yang diadakan pada malam menjelang tahun baru yang lepas. Di sini, satu artikel daripada Sinar Harian ingin dikongsikan bersama pembaca sekalian.

bughah
Saya menyeru diri saya, teman-teman dan semua untuk mohon ampun pada Ilahi di atas dosa dan silap yang lalu dan keampunan untuk yang mendatang. Bimbang jari yang laju menari untuk menaip sepotong komen sehingga berlebihan dari yang sepatutnya. Juga bimbang akan lisan yang pantas melontar kata yang tidak semena-mena. Jangan diserang peribadi, kelak memakan diri. Merenung firman Allah:

Maksudnya: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Surah Qaf: Ayat 18)

Saya tidak berhasrat untuk mengulas soal bagaimana menetapkan hukum bughah terhadap seseorang. Serahkan sahaja pada yang punya ilmu dan ada autoriti ilmunya. Tulisan ini sekadar sedikit teguran seimbas buat Mufti. Kenyataan Mufti tidak ubah seolah-olah jawab Saidina Ali terhadap golongan Khawarij sebagaimana berikut:

'Half-Ton Killer' Seberat 470 kg Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

>> 07 Januari 2014

Mayra Lizbeth Rosales dilahirkan pada tahun 1980. Wanita yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini telah tersenarai sebagai salah seorang manusia paling berat di dunia dengan berat badannya yang pernah mencecah 470 kg.

Mayra Rosales
Mayra Rosales

Selain berat badannya, ada kisah lain yang menyebabkan Mayra Rosales menjadi terkenal. Pada tahun 2008, dia menerima gelaran 'Half-Ton Killer' kerana tuduhan menyebabkan kematian anak saudara lelaki, Eliseo Rosales Jr. yang dijaganya di rumah. Ketika itu dia ingin mendapatkan Eliseo dan disebabkan masalah berat badan yang dihadapi dia terpaksa menggulingkan badan dari atas katil ke arah Elisio. Tanpa diduga, tangan kanannya tergelincir dari atas katil dan menerpa Eliseo.

Kalendar Penyeri Tahun 2014

>> 01 Januari 2014

Masuk sudah tahun 2014, tahun yang dijangkakan sebagai tahun yang lebih mencabar bagi seorang rakyat macam aku. Aku kini mempunyai 3 tahun lebih pengalaman kerja dan usia sudah mencecah 25 tahun.

BYE 2013
Selamat tinggal 2013!

Di sini ingin dikongsikan ringkasan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2013. Antaranya aku dapat 2 orang anak buah lelaki masing-masing daripada perkahwinan abang sulung dan abang kedua. Gelaran 'Pak Lang' secara rasminya telah digunakan. 

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP