Bapa Bunuh Dan Makan Daging Pembuli Anaknya (10 Gambar)

>> 08 Ogos 2012

Kisah orang makan orang ini menunjukkan kanibalisme yang pernah berlaku di Filipina. Ianya bukan kisah mutakhir kerana telah berlaku sekitar tahun 2009 lagi.


Seorang bapa di bandar Naawan yang terletak di daerah Misamis Oriental, Filipina bertindak kejam dengan membunuh "saing" anak lelakinya sebelum dilapah daging dari tubuh mangsa dan dikongsi bersama teman-teman minumnya. Polis berkata penduduk menemui baki tinggalan tubuh Rey Dadoles yang berusia 16 tahun ketika itu di sebuah kawasan berumput.


Kondom Untuk Orang Islam, Dijamin Halal?

>> 03 Ogos 2012

Terkejut bila dapat tahu info ini melalui email. Wujudkah "kondom" sebegini di dunia nyata atau hanya retorik alam maya semata-mata? Berikut petikan daripada sumber.

Bolehkah kondom di bawah ini digunakan oleh orang bukan Islam, atau hanya untuk mereka yang beragama Islam?

KONGSA KONGSI

Terjemahan: Dicelup dalam air zamzam untuk restu tambahan. Setiap kondom dirahmati dengan ayat-ayat suci dan doa dari sunnah Nabi untuk menghindar gangguan syaitan semasa jimak.

Tip Untuk Kawal Marah

Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;

  1. Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
  2. Kalau anda sedang duduk, baringlah.


Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain!

Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; "Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; "Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP